RSS

Wednesday, 31 December 2014

Diam

Assalamua’alaikum WaRahmatullahi WaBarakatuh,

Setelah merasakan kosongnya satu kehidupan yang bernama ‘Hidup bercuti’, organ-organ yang ada pada jasad ani semakin hari semakin layu. Ani mungkin kerana diri telah diterima bekerja satu pekerjaan yang berpangkat CEO dalam sebuah syarikat yang bernama, ‘Syarikat Jobless-Melangit-Tahap-Berabis-Bersatu Sendirian Berhad dan Anak-anak Jasad’ *Fuh, punyalah panjang nama syarikatnya* *batuk-batuk*. Plus orang yang membaca confirm tarus menghumban telipon atau kompita pasal rasa saspen yang memanaskan jiwa dan hati. Sabar… Bear with me.

Hujung tahun 2014 ani, selaku seorang insan yang memang banyak kekurangan, terasa betapa banyaknya masa yang telah ku buang dan bila mengetahui pasal ani, rasa kesal di jiwa ani bukan kepalang. Improvements memang memerlukan masa yang panjang, apa lagi fitrah hijrah atu memerlukan masa. Dan ya, setiap orang memerlukan masa yang agak lama, inda cukup cuma hanya sejam, sehari dan seminggu. Malah kadang-kadang perubahan atu memerlukan masa bertahun-tahun!

Tertanya-tanya lah jua, adakah azam ku pada tahun ani tercapai? So amacam? Apa khabar jasad? Apa khabar hati? *tersentap* Diam membisu… Apa khabar IMAN?! Allahumma, Astaghfirullahala’dzim… Keseluruhan zahir dan batin ku sewajarnya menangis. Menangis penuh tragis. ‘RrJ, tolonglah. Malu sikit. Kau tu makhluk, apa yang kau buat?! Malu. Malu. Tahun ni kau dah pegi mana?!’.

You lost hope because you saw your sins and could not see what is greater: His Mercy” – anonymous

Kadang-kadang kita lupa yang Allah Maha Pengampun. Kita lupa Allah sayang makhlukNya. Kita lupa Allah is always there for us. Kita lupa yang Allah is always so near just so that we can hold on to Him. Kita lupa cinta Allah melebihi kasih seorang ibu kepada anaknya. Kita lupa mensyukuri setiap nikmat yang Allah bagi setiap kali hari-hari berganti. Kita lupa menadah tangan ke langit untuk menyatakan rasa cinta pada Allah. Kita jua lupa mensyukuri setiap molecule oxygen yang ada di udara yang Allah dah bagi ani untuk kita bernafas. Kita lupakan online dengan Allah tapi boleh online dengan makhluk, bergayut 24 jam siap bertasbih lagi. Astaghfirullahala’dzim.

Namun begitu, sahabatku… senyumlah. Allah Maha Pengasih. Pencinta dari segala pencinta. Do this now! Say Alhamdulillah thumma Alhamdulillah untuk segala apa yang Allah bagi sepanjang kehidupan kita, dari start kita lahir sampai now. Alhamdulillah for every happy and sad moments. Alhamdulillah for everything, through and through. Andainya kita inda berpegang pada tali Allah, selamanya lah kita kan tersesat. Macam layang-layang, putus tali, hilangnya entah kemana. Arahnya entah kemana. Tersangkut arah tiang elektrik, hancur lebur semuanya.

Bila mengenang kembali rahmat Allah yang maha luas, inda semena-mena hati kita pun ikut tersenyum. Benar kan? I won’t lie to myself, but yes-yes, hati berbunga-bunga ros dan teratai kaler warna-warni bila memikirkan rahmatNya. Jadinya jangan berhenti berharap untuk menjadi seorang makhluk yang mencintai dan dicintaiNya. Tahu lah di tengah jalan kadang-kadang kita tesandung batu dan jatuh. Berkali-kali sampaikan lutut berdarah, bengkak dan bernanah *boh*, tapikan perjalanan yang semacam ani cuma sementara lah, kawan. Di hujung jalan sana pasti ada hospital tempat merawat kecederaan tadi. Eh, opps. Di hujung jalan pada setiap kesusahan pastinya ada keceriaan si matahari yang menanti. *macam lain je* Untuk mendapatkan sesuatu yang baik, jarang sekali ada jalan yang mudah. Kalau semua benda baik atu ada jalan mudah then inda lah kita merasai kemanisan mendapatkan benda baik tersebut. Kan?

Tetapan Allah tuu chantek, kawan. Kitani saja yang kadang-kadang susah kan loading. Alih-alih makhluk yang lemah macam kita ani mengeluh. Astaghfirullahala’dzhim. Cuba kita tanam sifat husnudzhon dan diri, bagi peluang untuk kita melihat setiap kemanisan plan Allah. Kalau sepanjang hidup kita cuma ada rasa happy, confirm boring. Kalau sepanjang hidup kita ani merana, lagi lah sadis. Jadinya aturan yang Allah tulis atu banyak pengajaran dan nada langsung cacat celanya. Jadi sekali lagi,pujuk hati dan SENYUM~~

Mungkin di waktu itu,
Bila hanya kerlipan bintang-bintang umpama senandung,
Bercahaya menerangi seluruh angkasa,
Aku akan diam… dan merenung…

Mungkin pada waktu itu,
 Bila purnama malu menampakkan wajah,
Kegelapan malam tanpa bayangan menemani… sepi..
Aku akan diam… dan merenung…

Mungkin bila rasa bertamu,
Menggoncang jasad, dalam setiap helaan nafas,
Lidah berbisik mengharap, jantung kehilangan punca,
Aku akan diam… dan merenung…

Pantasnya tubuh ini beralih dalam pengabdian,
Kerana terasa nikmat syahdunya kesunyian,
Kala diri diserikan segunung kecintaan,
Qalbu berbicara melagukan kerinduan,
Hatta rasa itu mungkin bagimu keterlaluan,
Kasih ku sini sudah kemas dalam pelukkan,
Titipan doa di setiap kiraan masa…
Moga damba ku di bawah naungan Dia…….. (Pernah dah di post arah muka buku, hehe)

Edisi hujung tahun 2014,

RrJ

Saturday, 6 December 2014

Wahai diriku...

Assalamua'laikum WaRahmatullahi WaBarakatuh,

Setelah beberapa waktu aku mendiamkan diri, rasanya hari ini aku mau meluahkan rasa yang ada di jiwa.. *pergh, serious bunyinya~ *batuk2**. Terfikir kadang-kadang, diri ani selalu mementingkan dunia. Kesibukan duniawi… Alasan semua duniawi… Hakikat hidup seolah-olah untuk dunia… Jadi tempat mana Dia dalam diri ku? Astaghfirullahala’dzim… Apa yang aku dah buat?

Monolog sendiri sampai kita faham, muhasabah diri sampai kita sedar. Siapa aku? Bukankah aku cuma seorang stranger yang berjalan di sebuah tempat yang pemiliknya adalah Allah? Tapi umpama seorang tetamu yang inda tau malu, aku buat tempat ani macam rumah ku sendiri. Aku buat apa saja yang ku mau sampaikan aku lupa yang aku pada akhirnya akan kembali jua pada rumah ku yang sebenar. Jadi kenapa aku inda berterima kasih kepada Pemilik tempat ani? Padahal dalam masa ku menjadi tetamu, Pemilik tempat ani memuliakan aku dengan nikmat-nikmat yang sudah disediakanNya di tempat ani. Aduh, inda tau malunya seorang manusia seperti aku ni kan?

Lub, dub, lub, dub… Indakan berterusan degupan jantung ani kalau bukan pasal Dia, jadi siapa aku? Bukankah aku seorang makhluk? Yang kana tiupkan roh ke dalam tubuhku? Sampaikan tubuh yang ada sedia ani penciptaanya sangat detail sekali. Pergerakan organ, tulang, nerve impulse, otot dan segala chemicals yang ada dalam tubuh… Siapa yang dapat gerakkan semua ani kalau bukan Sang Penciptaku? Padahal perjalan darah yang ada dalam urat saraf ku bukan aku yang dapat control so siapa aku? Aku makhluk… Lemah, banyak cacat, banyak kekurangan, banyak kesalahan, banyak dosa… Padahal sebagai satu ciptaan, aku mesti ikut perintah Penciptaku tapi kenapa inda patuh? Penciptaku kan lebih tahu sesuatu yang baik untuk ciptaanNya, tahu perkara yang patut dilakukan ciptaanNya supaya hidupnya atu inda sia-sia.

Selagi wujudnya masa, selagi atu jua kamu masih dapat dan perlu berubah” – Mua’llimah Biology.

Wahai diriku, tanamlah masa lalu ku, kita lakarkan lukisan baru,
Langit jauh terbentang luas di sana, jom kita terbang merentasi keajaiban dunia…

Wahai diriku, tahulah selalu bahawa Tuhan mu melindungi mu…
Jadi jangan bersedih, buang yang keruh, ambil yang jernih.

Wahai hatiku, sentiasalah kau berharap pada Penciptamu,
Meskipun ada duka datang bertamu, Allah penawar mu…

Wahai diriku, barangkali ada ketika kau tak mampu melawan kesedihan mu,
Senyum. Senyum. Senyumlah… bukan kerana ketika itu kau memerlukannya,
Tetapi pada saat itu, senyuman mu itulah pengubat hati mu…

Wahai hatiku, teguhlah kau pada agama kita, teguhkan jua keimanan mu padaNya,
Kerana kau dan aku tau, kita pasti akan rapuh tanpa dakapan kasihNya…

Wahai diriku, selalulah berlindung padaNya daripada cinta yang bersifat fana,
Kerana aku tak ingin tenggelam dalam lautan kepalsuan yang memamah iman di dada…

Wahai hatiku, andai fitrah mengikat jejakmu, payungkan ia dengan cinta Maha Pencipta,
Kerana selain Dia semuanya akan musnah dan Dia tetap setia...

RrJ


Wednesday, 12 November 2014

Diari 4

Assalamua'laikum WaRahmatullahi WaBarakatuh,

Sekarang sudah pun menjelang bulan November, sedikit demi sedikit masa yang merangkak.. eh, bukan… yang berlari memamah umurku. *Boh* Mungkin kan dikongsikan sedikit perkara-perkara yang ku lalui for these past few months until now. Setiap kejadian ada hikmahnya *skema tapi maknanya deep* dan rasanya kalau kita appreciate segala kejadiaan yang berlaku arah kitani, I think we will be able to accept who we are and accept siapa saja yang berada di sekeliling kita. Walau sebanyak mana orang atu membencikan sekalipun, agaknya Allah kan mau uji kita saja; sejauh mana kesabaran seorang makhluk yang claim dirinya ani adalah Hamba Allah bukan hamba dunia ataupun manusia.

Beberapa bulan kebelakangan ani jua banyak perkara yang ku perbualkan bersama dengan Ultra-kids, akhawat seangkatan, seorang insan yang bertinggir di jendela hati ku *pergh, cheesy* (seorang adik lah~) dan juga akhawat yang lebih senior dari ku. Dari bab ilmu *bidang politik? Tak jugak~ bidang yang random giler*, ‘couple’ *lagi-lagi couple, bila mau habis ini topik*, talian persaudaraan *pasal ukhuwah itu manith*, Islam di tanahairku chentaku dan yang sering diperkatakan orang jua; kahwin *bagi glamour sikit lah, ‘khawayne’*. Rasanya kalau kan di-type-in everything segala point yang kami utarakan di sini, konfem para pembaca rasa ampus membaca. *imijin? Adang luan~* Ok, mungkin akan dinyatakan di sini sedikitlah secara bullet points~

                     1.Bab ilmu *yg ani memang random*

                   o   Conversation with Ultra-Kids. Kira-kira macam ani:-

Afiq: Cigu, banaa kah kitani buleh makan babi?!?
Aku: Eh, siapa kata? *terkejut tahap gaban*
Afiq: Nya cigu ugama aa~
Yang lain: Banaa bah?!
Afiq: Aduh, cigu ugama jua bepadah aiee atu… *buat ekspresi muka ‘convincing’*
Aku: *baru te-click* Oh~ Babi haram. TETAPI kalau DARURAT baru buleh.  
Aqil: Saspen jua soalan mu ani. Yata kau inda mendangaa mun cigu ngajaa. Buleh makan tapi jangan kanyang.. kaang becacing paut mu. *Kagum ku jawapannya ani~*
Yang lain: *ketawa pasal tepakai* *aku pun ikut ketawa*

Sekali hari atu jua aku check mengenai hukum makan babi. Memang selalu conversation Ultra-kids membagi impak yang sangat mendalam. Cetek rasanya ilmu ku atu berbanding dari dorang. Hukumnya HARAM tetapi jika dalam keadaan DARURAT; macam tiada bekalan atau inda tejumpa binatang lain lagi then, boleh di makan pada kadar yang tidak mengenyangkan (sekadar mengisi perut sahaja, jangan sampai kenyang).

Firman Allah s.w.t.;
“Dan mengapa kamu tidak mahu memakan dari apa (daging haiwan) yang (ketika disembelih) disebut nama Allah, padahal Allah telah menjelaskan kepada mu apa yang diharamkan-Nya kepada mu, kecuali jika kamu dalam keadaan terpaksa. Dan sungguh, banyak yang menyesatkan orang dengan keinginannya tanpa dasar pengetahuan. Tuhan mu lebih mengetahui orang-orang yang melampaui batas. (6 : 119)

Banyak lagi sebenarnya ilmu yang ku gain dari Ultra-kids ani. *kes asal kana tanya, balik rumah tarus saja research* *udah atu* *barutah kan tekapai-kapai* *hashtagKUINSANBIASA*


2. Couple *topik yang inda kan pernah habis*

                   o   Conversation dengan Akhawat seangkatan . Kira-kira macam ani:-

Aku: Kebiasaan manusia menggunakan fitrah sebagai alasan untuk bercouple. Fitrah mau dichenta dan berchenta. Dalam ana punya opinion, hati yang hidup atu menginginkan chenta dari Maha Pencipta. Kenapa manusia perlu mencari ‘chenta ala-ala fitrah’ dari makhluk yang inda kekal? Hmmm, ana rasa pelik kadang-kadang. Manusia tu resah  memikirkan ‘Chenta fana’ sedangkan Allah dah cakap, dengan mengingati Dia, hati kan tenang. Kan Pencipta Chenta ja yang faham apa ‘chenta hakiki’?

Ana bukan membangkang rasa fitrah atu because ana sendiri menyimpan rasa dalam hati untuk banyak orang. Kemusykilan melanda bila memikirkan hati manusia ani… Apa pandang enti? *

Ukhti Am: Ada kemungkinan manusia atu leka, lupa dan lalai. Bukankah manusia cematu. Bila manusia mengisi hatinya dengan benda lain selain Allah jadinya hati dorang kononnya rasa terisi tetapi deep inside hati durang resah dan gelisah. Kosong.

Actually bercouple ani addictive, lebih menakutkan dari dadah.. Ganya manusia confused, dorang salah mengisi hati dorang. Then they thought dengan mempunyai pasangan saja dapat memenuhi segalanya…. *Allahu Akbar, teriak dalam hati!*

Benarlah jawapan Ukhti Am tu. Bukan sahaja pengisian hati atu salah, kekeliruan melanda bila kita sendiri inda tau apa yang patut kita isi ke dalam hati kita. Peliknya kita jarang sekali memilih benda yang manith. Benar lah kata enonimus, *inda tau siapa tapi pernah baca or tedengar* “Benda baik jalannya banyak liku-likuan, benda inda baik jalannya ada berjuta bunga-bungaan~” . Bila kita menginginkan ketenangan, isilah hati dengan Allah. Caranya mudah, zikir. *Self-reminder* *koreksi diri*

Remember Allah and He will remember you. Love Allah and He will love you. Rindui Allah dan Dia kan merindui mu. Kan Allah tuu sweet.”- RrJ

Allah said;
And do not approach unlawful sexual intercourse; surely it is an indecency and an evil way.” (17 : 32)

Bila kebanyakkan remaja memilih untuk berchenta sebelum khawayne, sampaikan aku kadang-kadang over-generalise *ok, I always do* *RrJ! Ko kene Husnudzon!*, tapi sebenarnya ada jua remaja yang sedar akan hakikat hubungan tanpa ikatan halal. I think we need this kind of remaja-s yang berjiwa daie'. Berjiwa Al-Qassam. *hmm.. dah melencong sikit* Rasanya kanak-kanak mesti dididik pasal apa tugas durang sebenarnya. Supaya lidah durang lebih senang bercakap benda yang membawa manusia ke arah kebaikan. That's why isilah hati dengan kehadiran Allah, pujuk hati supaya jangan terlalu menyimpan harapan pada manusia pasal manusia boleh mengecewakan sedangkan Allah inda. *Selfreminder*

3. Khawayne *nak glamour la sangat~

                   o   Conversation dengan Akhawat yang lebih senior. Peristiwa *pergh* ani                               terjadi sewaktu kami sedang makan-makan bersama-sama. Kira-kira                                 macam ani:-

                       Ukhti Af: Ana suka kalau orang khawayne muda ani.
                       Aku: Aiseh, ukhti. Siapa kah gerangan Imam yang diperkatakan atu? Haha
                       Ukhti Af: Balum eh. Saja bah becakap. Siuk bah meliat orang khawayne                                          muda.
                       Ukhti At: awu, banar.. *tiba-tiba* Macam kawan enti tuu, RrJ.
                       Aku:  Oh~ Awu… sweet banar. Ana pun suka meliat. Terharu rasanya…                                        *teringatkan sahabati yang baru-baru ani khawayne* Ukhti, lakastah                                   khawayne~ *Buat muka iski*
                       Ukhti Af: Apa lagi, agatah enti khawayne dulu. Sebelum nahnu graduate                                          mesti enti khawayne.
                       Aku: Boh. Haha. *tak tentu rasa* Balum tejumpa manusia yang kan                                           memenuhi separuh dari Islam ana atu. Haha
                       Ukhti At: sanang saja tuu. Ada banyak di institusi ani yang mencari. Macam                                 Akhi Emyu, Akhi yang dari firqah lain pun mencari-cari. Apa lagi?                                       Pilih saja..
                       Ukhti Af: Awu eh. Ana sokong. Mau rasanya ana mengangkatkan dulang                                        hantaran enti. Hahaha
                       Aku: aih, kenapa ana plang dulu yang khawayne ni..? Tapi Akhi Emyu atu                                    jamil kalau senyum. Haha. *ani memang random*
                       Ukhti Af: Hahaha, dari sem lapas dah enti ani cakap pasal Akhi Emyu punya                                  senyuman. Ok tuu, ana pun rasa enti ngan huwa ngam. *Aku teriak,                                  ada wah sem lapas?*
                      Ukhti At: plus huwa mencari zaujah tuu jua. Hahaha. Taarufan lah entum.                                    Jadi macam Khadijah r.a. dengan Rasulullah s.a.w.~
                       Aku: ‘Maisarah’nya mana?

                       *Banarnya panjang lagi cuma terlalu… Haha. If you know what I mean.*

                     Firman Allah s.w.t.,

Bagi kalian Allah menciptakan pasangan-pasangan (istri-istri) dari jenis kalian sendiri, kemudian dari istri-istri kalian itu Dia ciptakan bagi kalian anak cucu keturunan, dan kepada kalian Dia berikan rezeki yang baik-baik.” (16 : 72)

Manisnya perhubungan yang halal, *ok ignore conversation di atas, just take the isi, orite?* Cuma yang ditekankan di sini adalah, bab jodoh adalah rahsia Allah. Inda kira lah umur nya tua kah, muda kah, hanya Allah sahaja yang tahu. Of course, banyak lagi faktor cara untuk memilih pasangan dan jua macam mana procedure-nya dalam Islam. *Maybe I’ll write about this next time* *sekarang masih low ilmu pasal ani*

Wahai manusia, bertaqwalah kamu sekalian kepada Tuhanmu yang telah menjadikan kamu satu diri, lalu Ia jadikan daripadanya jodohnya, kemudian Dia kembang biakkan menjadi laki-laki dan perempuan yang banyak sekali.” (4 : 1)

Haaa! Tampal-tampal dah dalam Al-Qur'an mengenai jodoh ani. So La Tahzan. Ea akan datang pada waktu yang tepat. Plus dari kita memikirkan mengenai jodoh, baiknya kita fikirkan satu lagi rahsia, iaitu mengenai ajal kita. *Allahu* *tersentap seketika*

Now that you mention it, mungkin masa pembaca reading this particular post ada yang mual, ampus dan sebagainya tapi apa yang diharapkan, ada yang dapat mengambil iktibar. Ani semua menunjukkan, setiap perkara atu ada motif (hikmah) di belakangnya. Bebalik semuanya arah diri kita, sama ada kita mau mengambil pengajaran atau inda. Pasal setiap kejadian yang kita lalui setiap hari memang ada pasang surut tapi impaknya penting. Adakah kita membangun atau roboh? Adakah penglihatan (bukan saja dari segi mata tapi jua hati kita) kita semakin terang *izhar, mubin.. apa lagi?* atau kabur?


RrJ

Wednesday, 29 October 2014

Cermin transform!

Assalamua'laikum WaRahmatullahi WaBarakatuh,

Setelah beberapa hari mengerah peluh sehingga tulang pun rasa layu semacam dan dalam pada atu jua meng-upload bahan-bahan ke dalam otak yang melampau lah jua gigabyte-nya, Alhamdulillah, now I reach my limit *for now plang tuu, pushing myself is quite fun actually, hehe*. Overheating segala sistem yang terdapat dalam tubuh yang indalah sekuat mana ani. Wahai diri ku, Syafakillah~ Somehow suara pun turut ilang, dah jadi macam penyanyi rock! Ada iras suara Jinbara sama Amuk! Ye-yeah~~ *trademark Amuk*

Lembaran demi lembaran muka surat sudah ku baca. Tapi tiba-tiba muka surat seterusnya masih kosong. Warna mukasurat atu sendiri pun macam misterius! Anilah perumpamaan hidup kita sebenarnya. Kadang-kadang hidup atu macam sinetron Indon dan ada kalanya jua macam drama Korea. Ada masa macam novel Ayat-ayat cinta selepas atu jadi ala-ala filem Hindustan tia. Bila masanya inda logik, mengalahkan anime and also bila datangnya emotional, menang cerita hidup kita dari drama Filipin. Kejadian yang inda kurang jua mengejutkan sampaikan kalah cerita seram Thailand sama inda kurang lucunya dari Maharaja Lawak, sampaikan ketawa pun inda perlu pakai speaker! Semua perasaan yang ku lalui termaktub dalam sebuah buku yang bernama 'Hikayat Hidup ku di Alam Fana'. *Bowh!*

Melihat kembali detik-detik manis masa berjalan di bumi Allah ani, masih lagi belum cukup ringan lidah menyatakan perasaan Syukur pada Nya. SYUKURILLAH, segala puji untuk Mu! Di setiap langkah ku, di pejam celiknya mata ku, di setiap hayunan tangan ku, disetiap gerak geri bahasa zahir dan batin ku, di setiap sel-sel  yang ada ditubuhku, ku bersyukur, Ya Rabb.

Boleh jadi kadang-kadang kita hanya memandang sebelah mata saja nikmat yang Allah bagi ani. *Allahu, aku mesti koreksi diri!* Hatta keempukkan tilam pun kita jarang kan bersyukur. Jadi Nikmat Allah yang mana satu yang kita kan dustakan? NauzubillahiMinZalik. Salah satu status dari MukaBuku yang menarik qalbu ku untuk memuatkannya di sini ialah:

Wahai diri,
Jika diletakkan dunia sebagai syarat bahagia... kau tidak akan bahagia. Dunia menipu dengan mengatakan bahagia itu ada di hujung jalan, sedangkan pemburuan terhadapnya tidak berhujung!’ - Pahrol Mohamad Juoi

Betol lah sebenarnya. Kalau dunia yang kita genggam erat-erat dan siap masuk dalam hati, rasanya boleh kah kitani rasa bahagia? Sedangkan melangkah ke hujung dunia ani pun kita inda mampu. Dunia ani hanya layak disimpan dalam pocket bukan di simpan dalam qalbu. *ciplak dari mrtheallshared* Yang dalam genggaman kita sepatutnya Akhirat sana and yang ani peluk ketat-ketat, simpan dalam kotak hati supaya iman selalu upgrade.

“… Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukkan terhadap satu kaum, maka tidak ada yang dapat menolaknya dan tidak ada pelindung bagi mereka selain Dia” (13:11)

 Bukan lah saying that we must sehari suntuk betapa dalam bilik dan inda buat keraja kita seharian, kalau buleh makan pun, roti jacob cacah aing panas. *ani kes penyeluru ni* No! Jalani hidup kita dengan lebih bermanfaat sebagai contoh kalau selama ani sebelum ke kuliah atau sekolah kita selalu salam mama bapa, why not start cium pipi dan dahi dorang jua. *Ok, macam lari dari example yang sepatutnya* Kalau selama ni kita solat pertengahan waktu atau diujung-ujungnya, why not try on time solat. Or kalau selama ani kita ke kuliah yang pukul 8 sekali kita selalu datang pukul 10, why not try datang 7.30. *Extreme dah ni orang yang datang kuliah akhir 2 jam ani* Kalau selama ni baca Al-Qur'an sebulan pun macam ampus cuba upgrade jadi setiap hari. Pada Kalam Allah atu sendiri letaknya ketenangan

Transformasi kita bukan sebab orang lain, *like "c Fulan atu alim sulnya, cam ragat. Ikut eh."* *Adang luan~* buat semua ani untuk mendapat redha Yang Maha Penyayang. Memang diakui bagi menjayakan satu transformasi atu memerlukan masa yang agak panjang tapi jangan putus asa. Apatah lagi bila kan diupdate jadi transformasi 99.0 *nombor yang random. Contoh lah sahaja*, confirm kepayahan atu melanda tapi kawan, Allah tau hambaNya mencuba sama Allah jua tau hambaNya mudah alpa. Jadikan kesilapan sebagai batu loncatan untuk meraih keredhaanNya. Tanda Allah sweet sangat-sangat macam hadith di bawah ani:

Firman Allah dalam Hadith Qudsi:

Sabda Rasulullah s.a.w. bahawa Allah s.w.t. telah berfirman;

Aku adalah seperti sangkaan hambaKu terhadap Aku. Dan Aku bersamanya tatkala Dia mengingatiKu. Sekiranya dia mengingatiKu dalam dirinya, maka Aku akan mengingatinya dalam diriKu.

Sekiranya dia mengingatiKu di khalayak ramai, maka Aku akan mengingatinya di depan khalayak ramai yang lebih mulia (para malaikat dan nabi-nabi). Jika hambaKu mendekatiKu sehasta, Aku akan mendekatinya sedepa.

Jika hambaKu mendekatiKu dalam keadaan berjalan, Aku akan mendekatinya dalam keadaan berlari (cepat)” Hadith Qudsi Riwayat Bukhari dan Muslim
Hadith nombor 59 dalam kitab Al-Wafi karangan Imam Nawawi

Supersaiya kah, superman kah, yang penting jom transform jadi ULTRA! Kalau kita selama ani biasa-biasa, cuba try jadi EXTRAORDINARY! Biar ordinary bila dipandang oleh manusia, tapi luar biasa bila Allah memandang. Senyum~



RrJ

Sunday, 12 October 2014

Dari Poyo ke HERO!

Assalamua'laikum WaRahmatullahi WaBarakatuh,

Bulan Oktober ni mungkin ku banyak berceloteh. Sekurang-kurangnya indalah berhabuk sangat blog ni. Sampai sekarang sudah berpuluhan blog posts yang ku tulis. Dan semuanya me-reveal what kind of person I am. Setiap lapisan muka, emosi dan akal sudah pun dicurahkan dalam setiap tulisan sampaikan terpancar dengan sangat ketara betapa banyaknya kekurangan yang ada dalam diri. 

Beberapa hari yang lalu, I listen to one talk about tugas kita sebagai seorang Muslim. Pada zaman dahulu, *Aisehmen* pada waktu di mana, jalan yang ku lalui atu masih melencong, *hashtagKUINSANBIASA* I always thought that berdakwah ani hanya layak di lakukan oleh 'Pendakwah' yang hafal 30 Juzuk Al-Qur'an dan 40++ hadith Nabi. Seorang yang kena gelar 'Ustaz' atau 'Ustazah'. However that is not the case. Setiap Muslim IS pendakwah! 

Apabila seorang baby yang lahir di muka bumi ani, dorang semua dilahirkan dalam keadaan Islam, yang menjadikan mereka non-Muslim is how they were raised. Kalau anak tersebut dibesarkan dalam keadaan Islam, maka akan Islam lah dia and vice versa. Pasal atulah, anak yang dilahirkan atu adalah umpama kain putih. Yang melukis lakaran adalah orang sekelilingnya. Cantik lakaran, indah lah jadinya lukisan yang ada pada kain atu. *secara logic-nya*

So apa tugas kita sebagai Muslim? Macam yang ku cakap di atas. Tugas kita adalah spreading the words of Islam. Macam hadis Rasulullah s.a.w.:

'Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:

"Sampaikan dari ku walaupun hanya satu ayat" (HR. Bukhari)'

Wafatnya Rasulullah s.a.w. doesn't mean that tugas dakwah atu terhenti. Kita lah yang mesti menyambung syiar Islam. Di akhirat nanti Allah akan tanya adakah kita sudah menjalankan tugas kita sebagai seorang Islam? So apa yang kita kan jawab nanti? Wake up, wahai Pemuda. Sampaikan, even beberapa patah pekataan sekali pun. *e.g. Kebersihan adalah sebahagian dari Iman* *dakwah lah jua ni* *opcos banyak lagilah orang yang terer dari aku kalau bab membagi nasihat ani*

Aku selalu rasa kagum bila bercakap dengan Ultrakids ku. Soalan dorang inda pernah menghampakan bukan atu saja logic akal dorang pun a WOW! Kadang-kadang diri pun rasa kecil jua bila kanak-kanak yang baru melihat dunia pulang yang mengeluarkan kata-kata yang bermanfaat

"Cigu, Malaikat sama Syaitan atu sama kah? Dua-duanya ada sayap macam gambar ani." (Firas, 9 tahun) *sambil menunjukkan ku gambar yang ada arah sebuah majalah.

"Macam mana kamu tahu yang Malaikat ada sayap?," soalan cepumas yang ku bagi arah semua Ultrakids.

"Sebalah sayap malaikat dapat paluk bumi jua, cigu." (Saidun, 10 tahun)

"Haaa! Bagus. *hati teriak MasyaAllah* Malaikat diperbuat dari apa?" I asked.

"Nur! Nur!," Ultrakids jawab.

"Syaitan?"

"Api!"

"Jadinya, sama or inda?" 

"Err.. inda cigu." Ultrakids jawab.

Kagum, terharu bercampur-campur perasaan bila berjumpa dengan Ultrakids ani. Kenakalan atu memang difahami since dorang masih budak-budak *and also lelaki* tapi dalam dorang belajar, I actually gain tazkirah from menjawab soalan-soalan dorang. Ada soalan challenging tahap level 1000 tapi banyaknya macam teguran dari Allah rasanya. *Allah kan bagitau, "Masihkah kau ingat, wahai hambaKu?"*

Budak kecik pon boleh berdakwah, ni kan pulak kita yang dah besar panjang ni. "Aku ni jahil bah, inda ku dapat barang-barang cemani ani, lagipun aku bukannya dari sekulah arab, baca Ya Siin pun kapus-kapus," adodoi, jadinya orang dari Sekolah Arab ja lah yang layak jadi Ustaz-Ustazah, Pendakwah, gitu? Sedangkan si kabur lagi memimpin si buta, kita? "Aku bukan apa wei, inda layak bah rasanya aku ni," adih, alasan macam apakah ini? Layak inda layak, you were born Muslim, which means you WILL ALWAYS layak to berdakwah *yay~ eksaited sampai melompat ke Bukit Pagon* *opcos lah, jangan berdakwah benda yang bercanggah dari Al-Quran dan As-Sunnah* 

Ask ourself, syurga hanya layak untuk mereka yang miskin kah? Then Nabi Sulaiman yang kaya, masuk syurga kan~ Syurga layak untuk orang yang kaya belaka kah? Aik, lupa kah, Rasulullah mana ada istana di dunia. Sampai lapar pun Rasulullah ikat perut dengan batu. Allahu. *sedih bila baca seerah nabi. Macam ketara sangat diri ni kurang bersyukur* Syurga hanya layak untuk mereka yang pandai tahap planet pluto kah? Rasulullah tidak pandai membaca dan menulis tapi masuk syurga pun. Syurga hanya layak untuk mereka yang alim ulama kah? Aih, INGAT rahmat Allah atu Maha Besar, tahu cerita pasal Pembunuh 99? *lupa tajuknya* Pasal perjalanan taubatnya hampir dari perjalanan maksiatnya tetap Allah masukkan ea ke syurga. Walhal orang alim pun ada yang masuk neraka. *ani pasal dorg takabbur, ujub, riyak dan sebagainya*

Sebenarnya nada alasan untuk kita meninggalkan dakwah. Of course, niat atu penting, kalau kita ikhlas berdakwah supaya orang pergi ke jalan Allah, orang pun dengan sendirinya feel melalui dakwah kitani walaupun pengetahuan kita terbatas. Tidak ada manusia yang sempurna. So berlapang dada lah, wahai sahabat~

Kan jadi hero sejati bukan dengan mencipta seribu alasan tapi hero mencipta seribu keajaiban! So aku poyo ke hero? *jom renungkan kembali* Of course kan menjadi manusia yang Ultra bukanlah sesuatu yang senang. Jangantah jauh sebelum Goku dapat menjadi supersaiya, berapa kali ea mati? *ok, out of topic* Tapi kita kena faham, seseorang inda kan menjadi luarbiasa dalam sekelip mata. 

Untuk meng-istiqomah-kan diri ke jalan Allah memang memerlukan masa yang agak lama, tapi semangat di dada mesti kuat. Kalau menginginkan sesuatu yang baik, perjalanan untuk mendapatkannya konfem berbatu, berduri dan macam-macam 'ber' lagi. Tapi bila dah dapat semua kepayahan atu rasa macam worth it! Cematu lah jua dengan syurga. Syurga dipagari dengan ujian sedangkan neraka dipagari dengan keseronokkan. We knew this from the very moment kita mengenal syurga sama neraka. 

So sahabat jom jadi hero! *Jom jadi manusia Ultra!* 

RrJ

Thursday, 9 October 2014

Cover kaler Kelabu, Page kaler Misteri~

Assalamua'laikum WaRahmatullahi WaBarakatuh,

Cuaca mendung menyapa pandangan kami, setitik dua tergugur air dari langit *tapi inda sampat kami basah*, pergerakkan kaki menghentam simen jalan seolah-olah membuat bunyi orang sedang berjalan dalam keadaan marah *walhal kami berlari pulang saja*. Kami lihat ke kiri dan ke kanan, "Siip, takde kete," hati kami mengiyakan. Dengan bukan sepantas kilat kami berlari menuju ke bangunan sebelah. *introduction yang berjela-jela tapi nada membagi impak apa-apa* *hanya untuk memanuhkan page* *don't try this at home* 

Pernah ku terdengar satu phrase ani, "ahai~ first impression always counts, geng." Well memang without doubt ada kebenaran dalam kata-kata di atas tapi ada keadilan kah disebalik 'first impression' atu? UltraUmmi pernah cakap, "Pakai baju biar sopan, manis mata memandang." *UltraUmmi, heroin di hati~ sampat trolling* If we read between the lines, sebenarnya bila ada orang melihat keadaan pakaian yang pelik, memang inda dapat dinafikan ada yang TERcakap dalam hati;

"Aduh, bubus stukin nya ah, achuunar" *ani sebagai contoh sja* "Baiktah membali baru eh, tiga jari kakinya sosial ni, kan melihat dunia" *sebagai sambungan contoh tadi*. Hah, kan disalahkan sepenuhnya arah org yang mengata di dalam hati tuu macam not fair. 

Pada pendapat exclusiveku sendiri, salah atu arah both individu atu sendiri. Kenapa pakai stokin koyak? kenapa pakai baju compang-camping? "Ana nak jadi manusia zuhud, geng," hampeh! alasan semata. Inda lawalah kalau koyak, nampak comot. Let's try to jaga orang lain punya hati jua. Sama yang melihat janganlah sanpai mengata, kalau boleh buat-buat lah inda nampak. Or doakanlah ea memakai stokin baru. *ok, nasihat yang alahai~* 

Jangantah jauh, if we are going to have a job interview, kita inda memakai baju yang koyak-rabak. Of course we are going to wear something that looks presentable. Ingat kawan, Allah tuu Maha Cantik sama Allah suka pada sesuatu yang Cantik. I think if we islah our niat, niatkan dalam hati, "I want redha Allah from the dress that I'm going to wear," mungkin kita akan lebih berhati-hati dan in shaa Allah, try to look good just so that we can please Allah. 

Ok, sebenarnya topik sudah menyimpang so let's kembali ke pangkal jalan. Tiba-tiba teringat hiwar ku dengan seorang teman karib ku, kira-kira bunyinya macam ani:

TK: yoh, dulu ku pikii ko ni ambung wah.
Aku: *terkejut mengalahkan beruk* Kenapa rasa mu catu?
TK: antah, cam payah kan hampir dangan kau ani.. 
Aku:... *diam*

So ada keadilankah untuk first impression? 

Right, I admit if I don't know a person, I usually ignore them. *jahat kan?* And I also confessed that if somebody that I don't know approach me, automatically ada invisible wall yang memisahkan my world and that stranger's world. Bukan sengaja, cuma it's my nature to do so. Mungkin aku perlu bersifat lebih husnudzon. *wahai diri, jom husnudzon!* Sama atu kira the power of first impression. When we see a person, automatic otak kita menerime mesej, "Jangan dekati orang atu, he/she looks different". Then this power made us do the assumption thingy and when this happen kita mula melihat orang atu dari cover semata! So what is our opinion on having a first impression on certain somebody?

That's why jangan sekali melihat buku pada cover, lihat isi buku atu~ Sama lah kali macam pepatah melayu, 'rambut sama hitam, hati lain-lain' = 'cover kaler kelabu, page kaler misteri' = 'rambut sama hitam, hatinya mungkin ada atau tak ada taman!' *Haa! Ani example yang melampau ni* 

Seperti berada ditempat asing, mata kami liar mencari arah. *tiba-tiba punchline betukar, bear with me* 

Sahabatii: Mana admin building ani?
Aku: Wallahu a'lam, cuba cek! *ala-ala slang boboi dalam radio*
Sahabatii: Anti ani, sampat lagi penyeluru. Haha.
Aku: Cuba tanya wanita cina tu *sambil memandang seorang wanita yang bercakap dengan sungguh passionate ke arah sekumpulan remaja lelaki yang nampak macam gengster*
Sahabatii: Eh, ana malu. 

Ok, pada pandangan kami masa tuu, remaja-remaja tu gengster habis. Rambut panjang berwarna ala-ala ong puteh, telinga betindik dan ada beberapa yang memakai calak *Alhamdulillah, walau ganas tapi masih mengikut sunnah nabi* *Moh lah husnudzon!* whereas the cikgu yang bercakap dengan dorang atu probably adalah seorang guru maths *since ea cina tuu, sampat lagi stereotyping*. Pada waktu atu kami berurusan dengan pihak sekolah tersebut, kira kami sedang mencari pengetua lah. Di pendekkan cerita, dalam bilik pengetua di admin building sekolah atu, kedengaran perbualan kira-kira cemani:

Pengetua: Inda dapat tu. Pasal ani periksa o-level. Kalau abis sudah masa examnya memang inda dapat lagi kan exam
Wanita: Cemana ni ah, anak buah ku tadi inda ada yang dapat mengantar. Indungnya bejanji tapi nada jua datang-datang. 
Pengetua: Since ani periksa antarabangsa, saya inda dapat buat apa-apa jua. 
Wanita: Adui, tadi atu aku keraja, bila anak buah ku ni menelipun, begagas ku. Pasal tampat keraja ku tu jauh, rumah pun ali-ali jua. Ani nah, kelambatan pulang.
Pengetua: Cemani saja, kalau ada masalah lagi, kita call saja saya tarus. Saya sendiri akan mengambil anak buah biskita di rumah kita. Inda payah kita ingau. Ani nombor saya...

Fuh! Kami shock! AllahuAkbar~ pengorbanan seorang guru. Inda semena-mena kami rasa kagum seketika arah pengetua atu. Inda pernah ku encounter such situation. Wow~ MasyaAllah! Then tiba giliran kami berurusan dengan pengetua. Lagi sekali, WOW! Kami betul-betul shock! Di hadapan adalah seorang guru cina tadi. Inda sangka beliau adalah seorang pengetua yang sayang banar-banar kan pelajar-pelajarnya. I salute lah. Terharu sampaikan meleleh air mata. *ok, penggunaan perkataan 
'meleleh' yang tidak tepat*

That's why people, boleh first impression tapi first impression kenalah husnudzon. Jangan sekali suudzon. #Selfreminder. Sama yang gengster tadi, kemungkinan suatu hari nanti, barangkali duranglah da'ie yang bertauliah berbanding dari diri ani. Kerana manusia atu berubah. Jangan lihat luaran, hatinya yang kita patut selami. Ingat! Cover sesuatu buku can be samar-samar (kelabu), tapi page kaler will always be a misteri! *Bilingual, kalau cikgu English melihat, konfem pengsan* 

p.s. Coretan ketika Sambutan Hari Guru, 09102014
Kebetulan yang bukan kebetulan melainkan takdir semata,
Macam tribute to para guru tapi bukan sebenarnya.. pengalaman cuma.
RrJ

Monday, 6 October 2014

Perasaan dua: Rindu

Assalamua'laikum WaRahmatullahi WaBarakatuh,

Sekejap-kejap otak kiri ligat mengingati memori, inda kiralah memori atu 'daubaten' atau hodoh sekalipun. Sampaikan kenangan-kenangan ani mencalit senyuman di wajah kita sekarang when we reminisced about it. Dulu, satu perkara yang kecil pun boleh jadi besar. Mungkin jua fikiran telampau kebudak-budakkan. Sikit-sikit, inda mau kawan, buang jabat lah dan sebagainya. Definisi kanak-kanak riang versi 90's.

Hah. Inda semena-mena rasa nostalgia datang balik. Sebagai sambungan bab Perasaan, kali ani mungkin akan ku tulis mengenai RINDU

Perasaan 2: Rindu 

Beberapa minggu kebelakangan ni, adalah rasa sayu di hati. Flashbacks selalu bermain di kotak ingatan seolah-olah memanggil-manggil. Terfikirlah jua mungkin pasal beban komitmen terhadap pelajaran yang tiada kesudahan membuatkan diri merindui masa lampau. *aduh bukanlah masa yang terlampau melampau* Cuma rindu beberapa orang yang tempatnya bersarang di hati. 

Kerinduan ani bukan terhad pada makhluk ajnabi tapi kebanyakkannya rindu saudara-saudari yang jauh dari pandangan mata apatah lagi bila mengetahui tangan ani sendiri pun inda mampu menjangkau bayangan dorang, bertambah pilu rasanya. Besarnya kesan rindu di hati, kalau boleh simpan dalam botol kaca mungkin kilauan cahaya kerinduan atu mampu menerangi sebuah istana permata. Bila saja ani terjadi, satu istana atu pun mampu menerangi satu negeri!

I realised one thing, diri ani bukan jenis conversation starter. So when I miss somebody, I tend to keep it to myself. Bila dah kena tegur, baru ada rasa kan luahkan. One thing for sure, perasaan rindu lebih baik disimpan dan dipersembahkan untuk Yang Maha Pencipta Rindu.

Bila dah rasa rindu di dalam hati, apa yang kita dapat buat? Terkadang diri lupa yang Maha Pemilik rindu atu adalah Dia Di Atas Sana. Ada jua kalanya diri meletakkan rindu di tempat yang tidak sepatutnya sampaikan menegetepikan Pencipta perasaan ani. Allahu. Boleh dah di bawa ke tukang jahit ni, hati ani ada masalah sikit, ada bocor. Kasi tampal lah. Tampalnya pun harga banyak mahal . Di bayar dengan rasa cinta pada Allah. *Aduh2*

Inda salah lah merindui makhluk lain yang Allah ciptakan. Perasaan rindu atu sendiri pun adalah fitrah manusia. Sedangkan Nabi Yusuf lagi rindukan Zulaikha, so tak salah. Tapi tahap kerinduan atu janganlah melampaui batas. Macam mana kan tenangkan hati bila dah rindukan seseorang atau sesuatu?

Panah doa ke langit pasal Allah Maha Mendengar. Ea indakan mensia-siakan doa hambaNya. Plus kan Allah lebih memahami perasaan kita more than anyone else in this world. Plus doa selalunya mengena sasarannya, sweet cara perhubungan manusia yang Allah ciptakan. Tak perlu wireless ataupun service. Free of charge, hatta dalam lautan sekali pun boleh sampai pada Allah. Sebagai tambahan, Allah bagi extra discount, Dia siap jagakan makhluk yang kita rindukan atu sekali! 

Masya Allah, that's why perasaan rindu yang terlampau melampau hanya milik Dia. Sama dalam pada merindui makhluk, jangan lupa pada satu insan yang merindui kita jua, Rasulullah s.a.w., kalau rindu pada Rasulullah, selawat banyak-banyak. Kerinduan untuk Rasulullah s.a.w. mestilah tahap seluruh planet ikut bercahaya...

RrJ

Wednesday, 1 October 2014

Yay~ bila genap masa itu...

Assalamua'laikum WaRahmatullahi WaBarakatuh,


Alhamdulillah, hari ani genaplah masaku semakin hampir. Memang inda dapat dinafikan betapa WAKTU atu pantas meninggalkan diri ani. Sudah XX tahun ni, rasanya apa lagi azamku? Mungkin azamku selamanya indakan berubah; "to be a better Muslimah, to be a better servant of Allah, to be the best child for my parents, to be the better person for my friends and also to fix my heart yang sudah full of contengan yang inda secantik mana." In shaa Allah, akan dihakis sedikit demi sedikit sikap yang kurang munasabah sama perasaan yang kurang logika akal. Hanya of course, ianya mengambil masa. 

Selama beberapa tahun menetap di alam yang Allah ciptakan ani, banyaklah perkara-perkara yang terjadi. *macam cliche', haha* Sampaikan serapuh-rapuh iman di dada ni menginginkan agar ditarik balik nikmat ingatan. Tapi bila direnung balik semua detik-detik yang kurang manis inda kurang jua lah rasa pahitnya melebihi rasa pahit ubat panadol acti-fast, semua atu sebagai bisikan rindu Allah yang menginginkan diri ani supaya bebalik semula arahnya. Kadang-kadang terfikir jua, kenapa lah diri ani nda sedar awal? 

Ada orang kata didikkan starts at home. Tapi jangan silap ada jua, manusia yang dilahirkan dalam keluarga yang berilmu tapi anaknya mungkin inda mengamalkan ilmu seperti apa yang ibu bapanya buat. Sama halnya dengan Iman. Iman bukan boleh diwarisi. *Wah macam lagu Raihan sudah* It comes from the heart. Semuanya berbalik pada individu atu sendiri sebenarnya. Allah indakan mengubah sesuatu kaum andai durang inda mau mengubah diri dorang sendiri. Plus andai kata hidayah atu bentuknya pipih, ia inda kan melayang menghempap muka or hati kitani. Hatta kalau ea berbentuk bulat sekalipun, ia indakan tiba-tiba datang berguling macam guli. Cari. Cari. Cari. 

Ada orang kata, "aih, belum sampai seru bah." Haaa! Malaikat Izrail mana menyeru mun ia kan ngambil nyawa kitani. So? Sampai bila? Sampai bila kita kan sedar dunia ani sebagai pinjaman semata? Sampai tua kerepot? *baik masa hidup lama?* Sampai badan lumpuh setampik? Sampai hanya mampu makan bubur, pasal gigi sudah inda dapat menampung kekerasan daging ayam? Sampai jantung barangkali hanya mampu membagi darah ke otak? Sampai tiba-tiba pandangan kabur, hati meraung kesempitan? *rhetorical question*

Di sempena hari yang, In shaa Allah, manis ani, mungkin ada baiknya aku muhasabah diri. Cek minyak iman, kalau kurang, memang parah. *adalah parahnya terasa* Suka duka kehidupan atu menjadikan who we are, mungkin ada kalanya manis macam teh yang ku buat hari-hari *kes 5 sudu dibagi, haha*, masam melebihi rasanya limau kasturi, kelat macam pisang yang ari atu ku TERmakan or yang menyedihkan, pahit yang melampau sampaikan lidah kalau tergigit pun inda lagi terasa. *pahit banar sudah tu* Apa saja event, when we think about it, ea menjadikan kita orang yang baru! Hikmah disetiap sesuatu atu Allah rahsiakan, kalau kita tau we will never learn...


Edisi spesel, 110.
RrJ