Assalamua'laikum
WaRahmatullahi WaBarakatuh,
Setelah
beberapa hari mengerah peluh sehingga tulang pun rasa layu semacam dan dalam
pada atu jua meng-upload bahan-bahan ke dalam otak yang melampau lah jua
gigabyte-nya, Alhamdulillah, now I reach my limit *for now plang tuu, pushing
myself is quite fun actually, hehe*. Overheating segala sistem yang terdapat
dalam tubuh yang indalah sekuat mana ani. Wahai diri ku, Syafakillah~ Somehow
suara pun turut ilang, dah jadi macam penyanyi rock! Ada iras suara Jinbara
sama Amuk! Ye-yeah~~ *trademark Amuk*
Lembaran
demi lembaran muka surat sudah ku baca. Tapi tiba-tiba muka surat seterusnya
masih kosong. Warna mukasurat atu sendiri pun macam misterius! Anilah
perumpamaan hidup kita sebenarnya. Kadang-kadang hidup atu macam sinetron Indon
dan ada kalanya jua macam drama Korea. Ada masa macam novel Ayat-ayat cinta
selepas atu jadi ala-ala filem Hindustan tia. Bila masanya inda logik,
mengalahkan anime and also bila datangnya emotional, menang cerita hidup kita
dari drama Filipin. Kejadian yang inda kurang jua mengejutkan sampaikan kalah
cerita seram Thailand sama inda kurang lucunya dari Maharaja Lawak, sampaikan
ketawa pun inda perlu pakai speaker! Semua perasaan yang ku lalui termaktub
dalam sebuah buku yang bernama 'Hikayat Hidup ku di Alam Fana'. *Bowh!*
Melihat
kembali detik-detik manis masa berjalan di bumi Allah ani, masih lagi belum
cukup ringan lidah menyatakan perasaan Syukur pada Nya. SYUKURILLAH, segala
puji untuk Mu! Di setiap langkah ku, di pejam celiknya mata ku, di setiap
hayunan tangan ku, disetiap gerak geri bahasa zahir dan batin ku, di setiap
sel-sel yang ada ditubuhku, ku
bersyukur, Ya Rabb.
Boleh jadi
kadang-kadang kita hanya memandang sebelah mata saja nikmat yang Allah bagi
ani. *Allahu, aku mesti koreksi diri!* Hatta keempukkan tilam pun kita jarang
kan bersyukur. Jadi Nikmat Allah yang mana satu yang kita kan dustakan?
NauzubillahiMinZalik. Salah satu status dari MukaBuku yang menarik qalbu ku
untuk memuatkannya di sini ialah:
‘Wahai diri,
Jika
diletakkan dunia sebagai syarat bahagia... kau tidak akan bahagia. Dunia menipu
dengan mengatakan bahagia itu ada di hujung jalan, sedangkan pemburuan
terhadapnya tidak berhujung!’ - Pahrol Mohamad Juoi
Betol lah sebenarnya.
Kalau dunia yang kita genggam erat-erat dan siap masuk dalam hati, rasanya
boleh kah kitani rasa bahagia? Sedangkan melangkah ke hujung dunia ani pun kita
inda mampu. Dunia ani hanya layak disimpan dalam pocket bukan di simpan dalam
qalbu. *ciplak dari mrtheallshared* Yang dalam genggaman kita sepatutnya Akhirat sana and yang ani peluk
ketat-ketat, simpan dalam kotak hati supaya iman selalu upgrade.
“…
Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sebelum mereka
mengubah keadaan mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukkan
terhadap satu kaum, maka tidak ada yang dapat menolaknya dan tidak ada
pelindung bagi mereka selain Dia” (13:11)
Bukan lah saying that we must sehari suntuk
betapa dalam bilik dan inda buat keraja kita seharian, kalau buleh makan pun,
roti jacob cacah aing panas. *ani kes penyeluru ni* No! Jalani hidup kita
dengan lebih bermanfaat sebagai contoh kalau selama ani sebelum ke kuliah atau
sekolah kita selalu salam mama bapa, why not start cium pipi dan dahi dorang
jua. *Ok, macam lari dari example yang sepatutnya* Kalau selama ni kita solat
pertengahan waktu atau diujung-ujungnya, why not try on time solat. Or kalau
selama ani kita ke kuliah yang pukul 8 sekali kita selalu datang pukul 10, why
not try datang 7.30. *Extreme dah ni orang yang datang kuliah akhir 2 jam ani* Kalau selama ni baca Al-Qur'an sebulan pun macam ampus cuba upgrade jadi setiap hari. Pada Kalam Allah atu sendiri letaknya ketenangan.
Transformasi
kita bukan sebab orang lain, *like "c Fulan atu alim sulnya, cam ragat. Ikut
eh."* *Adang luan~* buat semua ani untuk mendapat redha Yang Maha Penyayang. Memang diakui bagi
menjayakan satu transformasi atu memerlukan masa yang agak panjang tapi jangan
putus asa. Apatah lagi bila kan diupdate jadi transformasi 99.0 *nombor yang
random. Contoh lah sahaja*, confirm kepayahan atu melanda tapi kawan, Allah tau hambaNya mencuba sama Allah jua tau
hambaNya mudah alpa. Jadikan kesilapan sebagai batu loncatan untuk meraih
keredhaanNya. Tanda Allah sweet sangat-sangat macam hadith di bawah ani:
‘Firman
Allah dalam Hadith Qudsi:
Sabda
Rasulullah s.a.w. bahawa Allah s.w.t. telah berfirman;
“Aku
adalah seperti sangkaan hambaKu terhadap Aku. Dan Aku bersamanya tatkala Dia
mengingatiKu. Sekiranya dia mengingatiKu dalam dirinya, maka Aku akan mengingatinya
dalam diriKu.
Sekiranya
dia mengingatiKu di khalayak ramai, maka Aku akan mengingatinya di depan
khalayak ramai yang lebih mulia (para malaikat dan nabi-nabi). Jika hambaKu
mendekatiKu sehasta, Aku akan mendekatinya sedepa.
Jika hambaKu
mendekatiKu dalam keadaan berjalan, Aku akan mendekatinya dalam keadaan berlari
(cepat)” Hadith Qudsi Riwayat Bukhari dan Muslim
Hadith
nombor 59 dalam kitab Al-Wafi karangan Imam Nawawi’
Supersaiya kah, superman kah, yang penting jom transform jadi ULTRA! Kalau kita selama ani biasa-biasa, cuba try jadi EXTRAORDINARY! Biar ordinary bila dipandang oleh manusia, tapi luar biasa bila Allah memandang. Senyum~
RrJ

0 comments:
Post a Comment