Cuaca mendung menyapa pandangan kami, setitik dua tergugur air dari langit *tapi inda sampat kami basah*, pergerakkan kaki menghentam simen jalan seolah-olah membuat bunyi orang sedang berjalan dalam keadaan marah *walhal kami berlari pulang saja*. Kami lihat ke kiri dan ke kanan, "Siip, takde kete," hati kami mengiyakan. Dengan bukan sepantas kilat kami berlari menuju ke bangunan sebelah. *introduction yang berjela-jela tapi nada membagi impak apa-apa* *hanya untuk memanuhkan page* *don't try this at home*
Pernah ku terdengar satu phrase ani, "ahai~ first impression always counts, geng." Well memang without doubt ada kebenaran dalam kata-kata di atas tapi ada keadilan kah disebalik 'first impression' atu? UltraUmmi pernah cakap, "Pakai baju biar sopan, manis mata memandang." *UltraUmmi, heroin di hati~ sampat trolling* If we read between the lines, sebenarnya bila ada orang melihat keadaan pakaian yang pelik, memang inda dapat dinafikan ada yang TERcakap dalam hati;
"Aduh, bubus stukin nya ah, achuunar" *ani sebagai contoh sja* "Baiktah membali baru eh, tiga jari kakinya sosial ni, kan melihat dunia" *sebagai sambungan contoh tadi*. Hah, kan disalahkan sepenuhnya arah org yang mengata di dalam hati tuu macam not fair.
Pada pendapat exclusiveku sendiri, salah atu arah both individu atu sendiri. Kenapa pakai stokin koyak? kenapa pakai baju compang-camping? "Ana nak jadi manusia zuhud, geng," hampeh! alasan semata. Inda lawalah kalau koyak, nampak comot. Let's try to jaga orang lain punya hati jua. Sama yang melihat janganlah sanpai mengata, kalau boleh buat-buat lah inda nampak. Or doakanlah ea memakai stokin baru. *ok, nasihat yang alahai~*
Jangantah jauh, if we are going to have a job interview, kita inda memakai baju yang koyak-rabak. Of course we are going to wear something that looks presentable. Ingat kawan, Allah tuu Maha Cantik sama Allah suka pada sesuatu yang Cantik. I think if we islah our niat, niatkan dalam hati, "I want redha Allah from the dress that I'm going to wear," mungkin kita akan lebih berhati-hati dan in shaa Allah, try to look good just so that we can please Allah.
Ok, sebenarnya topik sudah menyimpang so let's kembali ke pangkal jalan. Tiba-tiba teringat hiwar ku dengan seorang teman karib ku, kira-kira bunyinya macam ani:
TK: yoh, dulu ku pikii ko ni ambung wah.
Aku: *terkejut mengalahkan beruk* Kenapa rasa mu catu?
TK: antah, cam payah kan hampir dangan kau ani..
Aku:... *diam*
So ada keadilankah untuk first impression?
Right, I admit if I don't know a person, I usually ignore them. *jahat kan?* And I also confessed that if somebody that I don't know approach me, automatically ada invisible wall yang memisahkan my world and that stranger's world. Bukan sengaja, cuma it's my nature to do so. Mungkin aku perlu bersifat lebih husnudzon. *wahai diri, jom husnudzon!* Sama atu kira the power of first impression. When we see a person, automatic otak kita menerime mesej, "Jangan dekati orang atu, he/she looks different". Then this power made us do the assumption thingy and when this happen kita mula melihat orang atu dari cover semata! So what is our opinion on having a first impression on certain somebody?
That's why jangan sekali melihat buku pada cover, lihat isi buku atu~ Sama lah kali macam pepatah melayu, 'rambut sama hitam, hati lain-lain' = 'cover kaler kelabu, page kaler misteri' = 'rambut sama hitam, hatinya mungkin ada atau tak ada taman!' *Haa! Ani example yang melampau ni*
Seperti berada ditempat asing, mata kami liar mencari arah. *tiba-tiba punchline betukar, bear with me*
Sahabatii: Mana admin building ani?
Aku: Wallahu a'lam, cuba cek! *ala-ala slang boboi dalam radio*
Sahabatii: Anti ani, sampat lagi penyeluru. Haha.
Aku: Cuba tanya wanita cina tu *sambil memandang seorang wanita yang bercakap dengan sungguh passionate ke arah sekumpulan remaja lelaki yang nampak macam gengster*
Sahabatii: Eh, ana malu.
Ok, pada pandangan kami masa tuu, remaja-remaja tu gengster habis. Rambut panjang berwarna ala-ala ong puteh, telinga betindik dan ada beberapa yang memakai calak *Alhamdulillah, walau ganas tapi masih mengikut sunnah nabi* *Moh lah husnudzon!* whereas the cikgu yang bercakap dengan dorang atu probably adalah seorang guru maths *since ea cina tuu, sampat lagi stereotyping*. Pada waktu atu kami berurusan dengan pihak sekolah tersebut, kira kami sedang mencari pengetua lah. Di pendekkan cerita, dalam bilik pengetua di admin building sekolah atu, kedengaran perbualan kira-kira cemani:
Pengetua: Inda dapat tu. Pasal ani periksa o-level. Kalau abis sudah masa examnya memang inda dapat lagi kan exam
Wanita: Cemana ni ah, anak buah ku tadi inda ada yang dapat mengantar. Indungnya bejanji tapi nada jua datang-datang.
Pengetua: Since ani periksa antarabangsa, saya inda dapat buat apa-apa jua.
Wanita: Adui, tadi atu aku keraja, bila anak buah ku ni menelipun, begagas ku. Pasal tampat keraja ku tu jauh, rumah pun ali-ali jua. Ani nah, kelambatan pulang.
Pengetua: Cemani saja, kalau ada masalah lagi, kita call saja saya tarus. Saya sendiri akan mengambil anak buah biskita di rumah kita. Inda payah kita ingau. Ani nombor saya...
Fuh! Kami shock! AllahuAkbar~ pengorbanan seorang guru. Inda semena-mena kami rasa kagum seketika arah pengetua atu. Inda pernah ku encounter such situation. Wow~ MasyaAllah! Then tiba giliran kami berurusan dengan pengetua. Lagi sekali, WOW! Kami betul-betul shock! Di hadapan adalah seorang guru cina tadi. Inda sangka beliau adalah seorang pengetua yang sayang banar-banar kan pelajar-pelajarnya. I salute lah. Terharu sampaikan meleleh air mata. *ok, penggunaan perkataan
'meleleh' yang tidak tepat*
That's why people, boleh first impression tapi first impression kenalah husnudzon. Jangan sekali suudzon. #Selfreminder. Sama yang gengster tadi, kemungkinan suatu hari nanti, barangkali duranglah da'ie yang bertauliah berbanding dari diri ani. Kerana manusia atu berubah. Jangan lihat luaran, hatinya yang kita patut selami. Ingat! Cover sesuatu buku can be samar-samar (kelabu), tapi page kaler will always be a misteri! *Bilingual, kalau cikgu English melihat, konfem pengsan*
p.s. Coretan ketika Sambutan Hari Guru, 09102014
Kebetulan yang bukan kebetulan melainkan takdir semata,
Macam tribute to para guru tapi bukan sebenarnya.. pengalaman cuma.
RrJ

0 comments:
Post a Comment