RSS

Saturday, 6 December 2014

Wahai diriku...

Assalamua'laikum WaRahmatullahi WaBarakatuh,

Setelah beberapa waktu aku mendiamkan diri, rasanya hari ini aku mau meluahkan rasa yang ada di jiwa.. *pergh, serious bunyinya~ *batuk2**. Terfikir kadang-kadang, diri ani selalu mementingkan dunia. Kesibukan duniawi… Alasan semua duniawi… Hakikat hidup seolah-olah untuk dunia… Jadi tempat mana Dia dalam diri ku? Astaghfirullahala’dzim… Apa yang aku dah buat?

Monolog sendiri sampai kita faham, muhasabah diri sampai kita sedar. Siapa aku? Bukankah aku cuma seorang stranger yang berjalan di sebuah tempat yang pemiliknya adalah Allah? Tapi umpama seorang tetamu yang inda tau malu, aku buat tempat ani macam rumah ku sendiri. Aku buat apa saja yang ku mau sampaikan aku lupa yang aku pada akhirnya akan kembali jua pada rumah ku yang sebenar. Jadi kenapa aku inda berterima kasih kepada Pemilik tempat ani? Padahal dalam masa ku menjadi tetamu, Pemilik tempat ani memuliakan aku dengan nikmat-nikmat yang sudah disediakanNya di tempat ani. Aduh, inda tau malunya seorang manusia seperti aku ni kan?

Lub, dub, lub, dub… Indakan berterusan degupan jantung ani kalau bukan pasal Dia, jadi siapa aku? Bukankah aku seorang makhluk? Yang kana tiupkan roh ke dalam tubuhku? Sampaikan tubuh yang ada sedia ani penciptaanya sangat detail sekali. Pergerakan organ, tulang, nerve impulse, otot dan segala chemicals yang ada dalam tubuh… Siapa yang dapat gerakkan semua ani kalau bukan Sang Penciptaku? Padahal perjalan darah yang ada dalam urat saraf ku bukan aku yang dapat control so siapa aku? Aku makhluk… Lemah, banyak cacat, banyak kekurangan, banyak kesalahan, banyak dosa… Padahal sebagai satu ciptaan, aku mesti ikut perintah Penciptaku tapi kenapa inda patuh? Penciptaku kan lebih tahu sesuatu yang baik untuk ciptaanNya, tahu perkara yang patut dilakukan ciptaanNya supaya hidupnya atu inda sia-sia.

Selagi wujudnya masa, selagi atu jua kamu masih dapat dan perlu berubah” – Mua’llimah Biology.

Wahai diriku, tanamlah masa lalu ku, kita lakarkan lukisan baru,
Langit jauh terbentang luas di sana, jom kita terbang merentasi keajaiban dunia…

Wahai diriku, tahulah selalu bahawa Tuhan mu melindungi mu…
Jadi jangan bersedih, buang yang keruh, ambil yang jernih.

Wahai hatiku, sentiasalah kau berharap pada Penciptamu,
Meskipun ada duka datang bertamu, Allah penawar mu…

Wahai diriku, barangkali ada ketika kau tak mampu melawan kesedihan mu,
Senyum. Senyum. Senyumlah… bukan kerana ketika itu kau memerlukannya,
Tetapi pada saat itu, senyuman mu itulah pengubat hati mu…

Wahai hatiku, teguhlah kau pada agama kita, teguhkan jua keimanan mu padaNya,
Kerana kau dan aku tau, kita pasti akan rapuh tanpa dakapan kasihNya…

Wahai diriku, selalulah berlindung padaNya daripada cinta yang bersifat fana,
Kerana aku tak ingin tenggelam dalam lautan kepalsuan yang memamah iman di dada…

Wahai hatiku, andai fitrah mengikat jejakmu, payungkan ia dengan cinta Maha Pencipta,
Kerana selain Dia semuanya akan musnah dan Dia tetap setia...

RrJ


0 comments:

Post a Comment