RSS

Wednesday, 31 December 2014

Diam

Assalamua’alaikum WaRahmatullahi WaBarakatuh,

Setelah merasakan kosongnya satu kehidupan yang bernama ‘Hidup bercuti’, organ-organ yang ada pada jasad ani semakin hari semakin layu. Ani mungkin kerana diri telah diterima bekerja satu pekerjaan yang berpangkat CEO dalam sebuah syarikat yang bernama, ‘Syarikat Jobless-Melangit-Tahap-Berabis-Bersatu Sendirian Berhad dan Anak-anak Jasad’ *Fuh, punyalah panjang nama syarikatnya* *batuk-batuk*. Plus orang yang membaca confirm tarus menghumban telipon atau kompita pasal rasa saspen yang memanaskan jiwa dan hati. Sabar… Bear with me.

Hujung tahun 2014 ani, selaku seorang insan yang memang banyak kekurangan, terasa betapa banyaknya masa yang telah ku buang dan bila mengetahui pasal ani, rasa kesal di jiwa ani bukan kepalang. Improvements memang memerlukan masa yang panjang, apa lagi fitrah hijrah atu memerlukan masa. Dan ya, setiap orang memerlukan masa yang agak lama, inda cukup cuma hanya sejam, sehari dan seminggu. Malah kadang-kadang perubahan atu memerlukan masa bertahun-tahun!

Tertanya-tanya lah jua, adakah azam ku pada tahun ani tercapai? So amacam? Apa khabar jasad? Apa khabar hati? *tersentap* Diam membisu… Apa khabar IMAN?! Allahumma, Astaghfirullahala’dzim… Keseluruhan zahir dan batin ku sewajarnya menangis. Menangis penuh tragis. ‘RrJ, tolonglah. Malu sikit. Kau tu makhluk, apa yang kau buat?! Malu. Malu. Tahun ni kau dah pegi mana?!’.

You lost hope because you saw your sins and could not see what is greater: His Mercy” – anonymous

Kadang-kadang kita lupa yang Allah Maha Pengampun. Kita lupa Allah sayang makhlukNya. Kita lupa Allah is always there for us. Kita lupa yang Allah is always so near just so that we can hold on to Him. Kita lupa cinta Allah melebihi kasih seorang ibu kepada anaknya. Kita lupa mensyukuri setiap nikmat yang Allah bagi setiap kali hari-hari berganti. Kita lupa menadah tangan ke langit untuk menyatakan rasa cinta pada Allah. Kita jua lupa mensyukuri setiap molecule oxygen yang ada di udara yang Allah dah bagi ani untuk kita bernafas. Kita lupakan online dengan Allah tapi boleh online dengan makhluk, bergayut 24 jam siap bertasbih lagi. Astaghfirullahala’dzim.

Namun begitu, sahabatku… senyumlah. Allah Maha Pengasih. Pencinta dari segala pencinta. Do this now! Say Alhamdulillah thumma Alhamdulillah untuk segala apa yang Allah bagi sepanjang kehidupan kita, dari start kita lahir sampai now. Alhamdulillah for every happy and sad moments. Alhamdulillah for everything, through and through. Andainya kita inda berpegang pada tali Allah, selamanya lah kita kan tersesat. Macam layang-layang, putus tali, hilangnya entah kemana. Arahnya entah kemana. Tersangkut arah tiang elektrik, hancur lebur semuanya.

Bila mengenang kembali rahmat Allah yang maha luas, inda semena-mena hati kita pun ikut tersenyum. Benar kan? I won’t lie to myself, but yes-yes, hati berbunga-bunga ros dan teratai kaler warna-warni bila memikirkan rahmatNya. Jadinya jangan berhenti berharap untuk menjadi seorang makhluk yang mencintai dan dicintaiNya. Tahu lah di tengah jalan kadang-kadang kita tesandung batu dan jatuh. Berkali-kali sampaikan lutut berdarah, bengkak dan bernanah *boh*, tapikan perjalanan yang semacam ani cuma sementara lah, kawan. Di hujung jalan sana pasti ada hospital tempat merawat kecederaan tadi. Eh, opps. Di hujung jalan pada setiap kesusahan pastinya ada keceriaan si matahari yang menanti. *macam lain je* Untuk mendapatkan sesuatu yang baik, jarang sekali ada jalan yang mudah. Kalau semua benda baik atu ada jalan mudah then inda lah kita merasai kemanisan mendapatkan benda baik tersebut. Kan?

Tetapan Allah tuu chantek, kawan. Kitani saja yang kadang-kadang susah kan loading. Alih-alih makhluk yang lemah macam kita ani mengeluh. Astaghfirullahala’dzhim. Cuba kita tanam sifat husnudzhon dan diri, bagi peluang untuk kita melihat setiap kemanisan plan Allah. Kalau sepanjang hidup kita cuma ada rasa happy, confirm boring. Kalau sepanjang hidup kita ani merana, lagi lah sadis. Jadinya aturan yang Allah tulis atu banyak pengajaran dan nada langsung cacat celanya. Jadi sekali lagi,pujuk hati dan SENYUM~~

Mungkin di waktu itu,
Bila hanya kerlipan bintang-bintang umpama senandung,
Bercahaya menerangi seluruh angkasa,
Aku akan diam… dan merenung…

Mungkin pada waktu itu,
 Bila purnama malu menampakkan wajah,
Kegelapan malam tanpa bayangan menemani… sepi..
Aku akan diam… dan merenung…

Mungkin bila rasa bertamu,
Menggoncang jasad, dalam setiap helaan nafas,
Lidah berbisik mengharap, jantung kehilangan punca,
Aku akan diam… dan merenung…

Pantasnya tubuh ini beralih dalam pengabdian,
Kerana terasa nikmat syahdunya kesunyian,
Kala diri diserikan segunung kecintaan,
Qalbu berbicara melagukan kerinduan,
Hatta rasa itu mungkin bagimu keterlaluan,
Kasih ku sini sudah kemas dalam pelukkan,
Titipan doa di setiap kiraan masa…
Moga damba ku di bawah naungan Dia…….. (Pernah dah di post arah muka buku, hehe)

Edisi hujung tahun 2014,

RrJ

0 comments:

Post a Comment