RSS

Monday, 12 May 2014

Sepintas lalu & sekarang : Ultraman

ASSALAMUALAIKUM~

Hari ani, inshaAllah, perkara yang ingin ku cakapkan secara keseluruhan ialah mengenai ultraman. Yay, bravo, bravo! Sepanjang hidupku, dari ku mula pandai menonton t.v., of course banyak program-program kartun yang aku minati, bermula dari SesameStreet sampai sekarang program yang selalu ku lihat, Phineas and Ferb (nantilah akucerita pasal ani, hehe). Disebabkan ramai diantara teman-teman, inda kurang juga ahli keluarga, banyak memberi pelbagai jenis soalan mengenai minatku terhadapUltraman.

Yes, aku masih meminati Ultraman. So? What's the problem? 

Walaupun sudah satu per lima abad aku hidup di muka bumi ani, aku masih juga meminati program t.v. tersebut, despite knowing all the tricks and effects yang kena paparkan di skrin t.v. apabila program atu sendiri dipertontonkan. Umur tidak menghalang seseorang untuk meminati sesuatu walaupun sesuatu atu mungkin bagi orang adalah kuno ataupun keanak-anakan. Jadinya? Apa masalahnya?

Antara soalan-soalan ataupun komen yang kena lontarkan di muka ku adalah kira-kira seperti berikut:

1) Apalah sangat Ultraman. Style lama.
- Mungkin bagi kamu lama tapi tidak bagiku. Setiap cerita yang dibawa oleh ultraman mempunyai mesej yang mungkin kamu sendiri inda mengetahuinya. Walaupun ea cerita lama tapi ada Ultraman yang latest. Ketika ku menulis post ani, the current ultraman is, Ultraman Zero. So basically ultraman pun ada yang modern. Bukan lagi style lama, like Ultraman (1966) (the very first siri ultraman yang pernah ku lihat, mau tau lebih lanjut lihat arah web ---> http://en.wikipedia.org/wiki/Ultraman)

2) Kenapalah kau minat ultraman, banyak lagi superhero yang ada diluar sana. Superman, Spiderman, Ironman, kau sebut ja, memang ada.
- Okay, tidak perlulah sebut bermacam-macam nama superheroes. Apa yang aku minat, ikut suka hati aku lah. Asal inda kacau orang, atu sudahpun memadai. 

3) Bagi sebab kenapa kau minat sangat ultraman.
- Sebab? Banyak. Antaranya mungkin akan ku tuliskan di sini.
a. Mengajar erti harapan. Dalam cerita atu, ramai penduduk takut dengan bencana yang datangnya dari raksaksa. Namun macam atu dorang inda berhenti berharap, terus juga berusaha mengalahkan walaupun mereka tahu it's futile. Harapan dorang ada satu agar ada yang mampu menyelamatkan dorang then datanglah ultraman~ Yay~

b. Mengajar untuk sentiasa berusaha dan jangan mudah mengalah. Kalau yang dilihat dari setiap siri ultraman, inda kiralah apa ultramannya, (so far kecuali Ultraman Ginga) ada satu organisasi yang ditubuhkan dalam cerita atu. Contohnya GUTS (Ultraman Tiga), GUYS (Ultraman Mebius) dan sebagainya. Organisasi ani ditubuhkan untuk menentang monster tapi hakikatnya jarang sekali monsters dapat dibunukoleh mereka. Walaupun begitu, ada dorang give up? Nada~ They keep on coming back dan terus jua berjuang.

c. Mengajar erti persahabatan. Yup, banyak episodes yang memaparkan betapa persahabatan atu adalah satu hubungan yang penting. Tolong menolong, sayang menyayang, banyak lagi mesej mengenai sahabat yang dipertontonkan di dalam cerita ani.


Sebenarnya banyak lagi mesej-mesej yang terkandung dalam ultraman yang banyak kita inda tahu. Tapi kalau ingin di tulis semua, memang banyak. Belum lagi dari segi kreativiti yang ada dalam melukis monster dan designing the ultraman itself. Untuk mengekalkan tema ultraman atu sendiri pun sudah payah apatah lagi mendesign ultraman agar ea kekal dengan ciri-ciri ultraman yang lama-lama walaupun sudah modern.

Akhir kata, setiap orang ada minatnya tersendiri. Jadinya kadang-kadang bukan hakkita untuk menghakimi apa yang diminatinya atu patut ataupun tidak patut. Sedangkan orang atu inda pernah pun menghalang kita untuk meminati apa yang kita minat. Jadi wajarkan kita provoke seorang yang inda mengacau kehidupan kitani. Asal kita tahu saja, kalau minat sesuatu janganlah melampau sampaikan lupa Dia yang Maha Esa. Islam itu cantik. Nada larangan untuk berhibur asalkan kita sedar siapa diri kita. Ok, read between the lines. 

RrJ

0 comments:

Post a Comment