RSS

Wednesday, 7 May 2014

Tiada Nama 0

Bab 1

Seperti biasa aku memandang lesu computer riba milik kakakku memikirkan apa yang perlu ku lakukan. Log in ke muka buku sudah; semak inbox terkini pun sudah… Twitter? Sudah dua puluh kali ku online sekarang aku sudah tidak mempunyai agenda lain selain daripada memandang skrin yang kembali memandangku. Aku bangun berlalu dari tempat duduk ku. Perlahan ku buka pintu bilik dan berjalan ke dapur. Walaupun pergerakan ku terlalu cliché, aku tetap juga membuka peti sejuk dan seperti biasanya tiada yang berubah dari segi isi peti itu. Dengan hampa aku penutup kembali peti sejuk dan berlalu dari dapur.

Baru beberapa bulan yang lalu aku kembali ke pangkuan keluarga ku. Aku merenung kembali sejarah silam ku. Aku seperti protagonis hidup dalam filem-filem Indonesia dan mungkin juga dalam novel fantasy Inggeris sampai aku sendiri kurang pasti adakah aku benar-benar insan bernyawa atau hanya watak 2D yang ada dalam komik Ujang. Mungkin aku terlalu memikirkannya sampai otak ku sudah tidak betul.

“Imani dah makan ke? Umi ada masak broccoli kegemaran Imani,” sapa umi sebaik sahaja dia turun dari tangga. Wajahnya yang sedikit berkedut dimamah usia tidak mengurangkan keayuan wajahnya. Alangkah cantiknya umi ku. Parasnya yang pada pandangan ku cantik; pasti di zaman mudanya ramai pemuda yang meminatinya. Tubuhnya yang rendah dan kecil amat berlainan dari ku yang bertubuh tinggi dan tegap.

Aku menghadiahkannya senyuman sambil berkata, “kejap lagi Imani makan. Imani nak ambik buku dulu.” Memang sudah menjadi kebiasaan ku membaca buku ketika makan kerana bagiku dengan cara itu, hidup ku akan lebih produktif.

Setelah menikmati hidangan broccoli kegemaran ku, aku masih lagi asyik dengan novel yang berada di tanganku. Bila ku membaca novel yang menggambarkan kebahagiaan, aku bertanya sendiri, mungkinkah fenomena bahagia ini boleh terjadi pada ku? Entah mengapa terkadang aku terasa yang diri ku ini sungguh negative.

--------------------------------------------
               
                ‘Salam. Nama saya Rayyan. Saya xpernah ada kawan dari Bulan, nak x jadi kawan saya?’

Aku membaca inbox yang baru sahaja aku terima. Rayyan, aku memang tidak mempunyai kawan yang bernama Rayyan. Dengan senang hati aku membalas mesej bakal kawan ku ini.

                ‘W’salam. Kita Imani Farisha tapi kengkawan sume panggil Farish. Nice to know you and I’m very happy to be your friend.’

-----------------------------------------------

“Farish, betol ke kau nak transfer sekolah ni? Kenapa kau tak mention apa-apa pat aku?,” tanya remaja perempuan itu pada Imani. Dia seperti tidak puas hati dengan keputusan Imani yang ingin segera berpindah sekolah tersebut. Bukan itu sahaja, Imani juga telah merahsiakan perkara tersebut daripadanya dan juga geng-geng mereka. Tiba-tiba Imani ingin berpindah dan tiada seorang pun yang mengetahuinya.

“Ha~ sekarangkan kau dah tau. Tak payahlah aku nak bagitau plus memang tak penting pon,” jawab Imani selamba. Dia memang sengaja tidak memberitahu sahabatnya itu kerana dia tidak ingin melihat sahabatnya itu berat hati melepaskannya nanti. Imani memandang wajah sahabat karibnya itu dan cuba mentafsirkan apa yang sedang difikirkan olehnya. “Ala~ janganlah marah pulak. Aku bukannya apa, aku takut kau sedih nanti kalau aku bagitau kau.”

“Kau ingat kalau kau hilang tiba-tiba nanti, aku tak sedih? Sepatutnya kau bagitau lah aku awal-awal, supaya aku dapat prepare emosi aku ni,” marah sahabat Imani.

“Qee, aku pun tak sangka sebenarnya yang aku akan berpindah esok. Maafkan aku, eh. Aku tetap sayangkan kau walaupun kita dah tak berjumpa lagi nanti,” pujuk Imani.

Imani tahu pada keesokkan harinya dia akan memulakan hidup baru. Perubahan fasa pertama ini banyak mengorbankan banyak perasaan. Tapi mereka tidak tahu apakah yang dihadapi oleh seorang remaja yang bernama Imani Farisha ini. Dia sekarang ini menghadapi krisis keluarga yang dia sendiri tidak pasti sama ada dia mampu menghadapi ujian yang satu ini.

Malam itu dia mengeluh panjang, memikirkan apakah yang akan terjadi padanya pada masayang akan datang. Dia seolah-olah sudah kematian akal dan dia terasa betapa dia kehilangan arah pada ketika itu. Sepatutnya dia gembira dengan keadaannya sekarang kerana bukankah ini keinginannya sejak dia kecil lagi? Kembali ke pangkuan keluarga setelah lama tidak berjumpa? Ya, itulah keinginannya tapi kenapa dia merasa sedih pula?


Imani tidak mampu menahan lagi air matanya dan pada ketika itulah dia menyebut nama Penciptanya buat sekian kalinya…

RrJ

0 comments:

Post a Comment