Assalamua'laikum WaRahmatullahi WaBarakatuh~
Berapa lama dah, aku inda menulis blog. Inda lah lama sangat sebenarnya. Mungkin kali ini aku kan share satu sajak yanh ku tulis dan already ku post di muka buku ku. Mungkin ada insan yang mengetahui diri ani therefore barangkali sudah lah dorang semua membaca.
Terima kasih, kalau bukan kerana kamu, aku mungkin takkan berada di sini, menikmati hijaunya dunia, dan birunya kehidupan..
Terima kasih, kalau bukan kerana kamu, aku mungkin takkan menghargai nikmatnya tersenyum. Tahniah! Kamu telah berjaya mengajarku apa itu kepedihan air mata..
Terima kasih, kalau bukan kerana kamu, aku mungkin takkan menghargai nikmatnya perasaan sayang. Tahniah! Kamu telah berjaya mengajarku apa itu kebencian..
Terima kasih, kalau bukan kerana kamu, aku mungkin akan selamanya jatuh, lemah dan kaku. Bravo! Kemarahan kamu mengajarku di mana letaknya kekuatanku.
Terima kasih, kalau bukan kerana kamu, hidupku mungkin tidak berwarna dengan kegelapan emosi, keharuan jiwa. Ya, keperitan kata-katamu merapuhkan hati yg sedia berkecai. Bravo! Kamu telah berjaya mengajarku makna kehinaan.
Sekali lagi, terima kasih. Kamu telah berjaya menjadikan diriku sekarang. Tahniah! Bravo! Bravo!
Sajak ani mungkin mainly mengenai diri ku. Pada hari di mana ku menulis sajak ani, cuacanya pun mendung almost kan hujan. Entah, apalah yang difikirkan sampai by the end of the sajak, hujan jadi lebat semacam. Mungkin Allah kan bagitahu pada diri ani yang hati ku sedang menangis. "Warning-warning, hati mu menangis rindu, sakit dan sepi." Mungkinlah kan. Satu perkara yang ku sedari is that, no matter how sad we are we should always smile, Jihad lah ni kan... Walau sederita mana yang kita rasakan, ingat Allah. Segalanya sebenarnya mengenai diri kita sebenarnya whether we want to accept Him in our life or not. If we can bear the loneliness then go on and leave Him tapi kalau kamu tanya aku lah, aku inda mampu hidup sendirian tanpa cinta Nya~ Aku belum kuat enough to live without Him. And of course, aku inda kan selamanya dapat hidup tanpa Nya!
RrJ

0 comments:
Post a Comment