RSS

Tuesday, 14 June 2016

Sakit tanpa nama

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalamualai'kum WaRahmatullahi WaBarakatuh.

Alhamdulillah, duduknya saya di sini sambil jari menaip dengan penuh rentak yang bersemangat menandakan bahawa masih lagi bernyawa blogger ani. *Eheh, selalu saja, aku hiatus. Kerana blogger yang sorang ani suka menghilangkan diri*

Di bulan yang mulia, Ramadhan Al-Kareem ani, sajak entah pape lah saja yang mampu ku buat. Hakikatnya banyak sajak yang ku tulis tapi untuk di-post segalanya di sini macam… hmmm… bila content-nya terlalu cheesy tahap overdose khayal, aku mengambil keputusan untuk tidak mem-post semuanya. *yalah, selama ani, blogger selalu membuat para pembaca mual-mual. Mau jua jadi budak perihatin pada bulan sweet ani* *sudah atu*

Tum ta dummmm~ jangan kecam saya, hamba bukan sasterawan, hanyalah blogger poyo belako!

Kerana adanya menyakitkan ku mungkin
Menyakitkan kerana aku tidak faham mungkin
Menyakitkan wujudku yang sekarang
Menyakitkan kerana dia
Mengenalkan aku pada ‘aku’ yang baru ku kenal

Sempat ku lukis bayangan senyumannya dalam kotak ingatan
Sebagai peneman dikala rindu menyapa
Tapi lebih takutku pada Dia memaksa ku menghijab dia
Takutku kasih itu salah letaknya
Risauku kasih itu salah tempatnya

Termenung berdiam ku disini
Memandang sunyi malam musim panas
Berharap jawapan dari sang bintang
Apa yang ku dapat cuma suara silau kerlipannya
Mata beralih ke bulan… ah, sabit bentuknya
Mungkin bulan lebih petah berbicara soal rasa
Cuma aku saja tidak paham bahasanya

Aku diamkan seketika
Cuba menahan sebak yang timbul entah apa puncanya
Aku tertanya-tanya, ‘kenapa tiba-tiba? Kenapa tiba-tiba…?’
Muncul mengharukan duniaku, senyuman itu…
Memaksa untuk menerobos keluar dari tempatnya beradu
Memeningkan hati ku, senyuman itu…
Rindu…

Aku mengalah pada air mata
Kerana itu bahasa ku… ayat rasaku
Pendengar ku cuma Dia kerana aku sakit
Sakit yang tanpa nama, sakit tanpa nama yang baru ku kenal
Kuat ku kerana Dia… Jeritan rindu ku dipujuk Dia
Apa cara-Nya? Membisik jiwa, ‘Jangan bersedih, Aku di sini’
Apa cara-Nya? ‘Ingatlah Aku, Aku menjagamu’
Apa cara-Nya? ‘Mintalah pada Ku, akan Ku berikan yang teristimewa untukmu’
Hujungnya… aku senyum atas senyumannya
Kerana rindu itu kekuatan ku

Dan mungkin… rindu yang sama itu adalah kekuatan kami…
Mungkin…

RrJ


0 comments:

Post a Comment