RSS

Saturday, 20 February 2016

FAQ Part 1

Assalamua'laikum WaRahmatullahi WaBarakatuh,

Seperti dalam tajuk di atas, pada post yang inda seberapa ani, in shaa Allah, kan menjawab ‘frequent’ tahap gaban questions yang selalu kena humban ke depan mataku. Okay, mesti banyak orang tetanya-tanya kenapa tiba-tiba blogger ani kan buat post ani kan? Ini adalah kerana kurang rajin kan menjawab lagi bila kena tanya balik-balik plus banyak sudah bubbles formed sampai kering leher sudah menjawab soalan yang cliché. *bah, ada tia over description nya* 

1.  Blogger pernah planning kan buat buku?

-          Okeh, buat masa ani, masih belum ada niat kan membuat buku. Salah satu reasonnya is because aku mempunyai satu kelemahan yang amat terang lagi benderang. Iaitu tatabahasa yang hancus. Usulnya kalau para guru-guru yang pernah mengajarku membaca catatan-catatan ku, memang kana ambat ni pakai rotan dan serius ku katakan, guru-guru yang pernah mengajarku semuanya garang-garang sayang. *tunduk kepala pandang lantai* 

2. Blogger ani masih lagi student kah?
-          Ohohoi, selagi namanya hidup di dunia, kitani ani tetap selamanya menjadi student. Hidup setiap hari saja mengajar kitani banyak benda. Segala mistakes yang kitani buat atu pun sudah cukup membuktikan ke-student-an kitani. *Okay, suka hati buat vocabulary baru*

4.    3. Blogger, apa your favourite?
-          Cuba baca title blog. *Maaf ah. Soalan abiskita ani vague. Kalau dalam ujian ataupun peperiksaan, ada soalan macam ani, awal sudah saya tinggalkan kertas ujian/ peperiksaan atu* Hmmmm..

5.  4. Blogger ani anang penceramah kah?
-          Aaamiiinn. Bagus idea abiskita atu. Ana amatlah tepakai. *Inda faham soalan*

        5. Blogger ani pisin yang suka becali eh, cemana kan tu?
-          Ah?

Alhamdulillah, 5 soalan dahulu yang bisa dijawab. Moga jawapan-jawapan di atas memdapat markah 100%. Sekian dulu, saya pamitan.


RrJ

0 comments:

Post a Comment