Assalamua'laikum WaRahmatullahi WaBarakatuh,
'Yaw, stress ku! Macam jiwa kacau lah. Tahap bila ku
melihat awan atu, nampak theory-theory Haldane effect sama Bohr effect. Ku
pandang ke siring, aku nampak Poiseuille equation atu. Ngeri banar. Lebih ngeri dari Zombie dari
kampong marang kerapu kepunden marang skeper!!'
Ok. Krik, krik, krik…
Ish, ish, ish. Macam ani lah kebanyakkan dari kitani. Ada
kalanya, ujian yang datang membuatkan kitani rasa hampa. Sampaikan setiap
pandangan kitani atu penuh dengan masalah-masalah kitani. Yalah, fikiran kitani
mulai rasa inda menentu, gelisah sama risau yang teramat. Ada masanya, kitani
rasa macam sendirian. Rasa disisihkan pun ada. Seolah-olah orang disekeliling kitani
atu macam racun tikus bagi kitani. Kenapa kitani rasa cematu?
‘Entah lah, sejak kebelakangan ani, aku rasa macam banyak
saja assignments ani. Macam tanpa henti menggunung. Mana lagi events, kuliah,
projek. Ish, si Bedah atu lagi menulak chenta ku. Macam-macam eh. Sudah tah
tedasur di tangga, terabah lagi… adui-adui,’ kata si Dollah sambil minum kopi
kapal api betul-betul kaw di kedai mamak.
Rasanya masalah yang kitani hadapi sebagai satu ummah is
that kitani mempunyai satu kekurangan. Kekurangan ani lah yang menyebabkan
kitani jumud dalam melihat setiap ujian yang kitani rasai. Mau tau apa
kekurangan atu? Kekurangan yang ku maksudkan di sini ialah “KURANGNYA rasa
SYUKUR”. Memang kalau dilihat macam indalah penting usulnya tetapi cuba kita
lihat ‘syukur’ ani dari segi yang berbeza.
Ok. Ok. Sekali apa relevant-nya kan? Kitani happy, kitani
syukur, ok jua sudah tuu. Sekali mau apa lagi?
*Duduk santai like a boss* This is the thing sebenarnya.
Kitani cuma bersyukur masa kitani gumbira!
So what? Aku dah bersyukur. Apa lagi kan?
Aduh, seriyes pemikiran macam ani sebenarnya sempit banar.
Rasa syukur ani meliputi segalanya, kawan. Ani kita lain, masa hepi baru tah
syukur. Kana hadiahkan i-pon 6 baru lah keluar ‘Alhamdulillah’ kitani, dapat
5As, dapat sebuah rumah, kereta baru jenama boogaateee, lap top jenama Aylionway
*tapi eksen*, pensel sebatang *eh*, baru lah lidah tani ringan menyebut
‘Alhamdulillah’. Di mana perginya ‘Alhamdulillah’ kitani atu masa kita
bersedih?
Bukan atu saja syukur kitani sepatutnya meliputi banyak
perkara. Sebagai contoh yang sering kena bagi ialah; ketika kitani sakit.
Sepatutnya masa cani lah kitani belajar untuk bersyukur. Kenapa? Ada
ke-ohsem-an melanda bila kitani kurang sehat sebenarnya. Bayangkan hidup kitani
sebagai hamba yang inda luput melakukan dosa setiap hari kena ampunkan dosa-dosa
kecil kitani yang Allahu’alam banyaknya cemana. Astaghfirullah. Bukankah ani
satu anugerah??? Therefore why is it hard for us to say ‘Alhamdulillah’?
“Allah tidak membebani seseorang
melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Dia mendapat pahala dari kebajikan yang
dikerjakannya dan dia mendapat siksa dari kejahatan yang diperbuatnya…” (1:286)
Ayat di atas ani, sebenarnya selalu kitani nampak.
Barangkali lebih dari 10x ayat ani kena mention dalam ceramah-ceramah. Aku
bukanlah kan jadi manusia skema *hehe* tapi sebagai peringatan untuk diri
sendiri yang hakikatnya amatlah pelupa dan alpa. Ujian yang kitani hadapi atu
mungkin bagi kitani amatlah berat tapikan apalah sangat ujian yang sepele atu
dibandingkan dengan ujian para Nabi-nabi kitani dulu.
‘Wei, nabi-nabi manusia maksum.’
Hah?? Alasan.
“Apakah manusia mengira bahawa
merekaakan dibiarkan hanya dengan mengatakan, ‘kami telah beriman,’ dan mereka
tidak diuji? (29:2)
Dan sungguh, Kami telah menguji
orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar
dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta. (29:3)”
Senang saja perumpamaannya. Kalau kitani seorang yang
bertanggungjawab, buktikan dengan perbuatan kitani. Jangan cuma cakap saja.
Kitani mestilah membuktikan dari segi kualiti kerja yang kitani buat and also
keikhlasan kitani membuat kerja tersebut. Kalau kerja tanpa ikhlas, apa yang
kitani buat serba inda kena, inda bisai dan inda terasa jiwa-damai-permai di
dalamnya *chewah*. Samalah halnya kalau kita jatuh chenta. Kitani buktikannya
dengan pengorbanan kitani untuk makhluk yang kita chentai kan? Kalau kitani
inda buat cemani, rasanya belum cukup chenta lah tu.
‘Sekali? Cemana tah tu?’
TAQWA. Taqwa yang macam mana? Yang paling senang dan simple
gaban is that dengan membuat perkara yang Allah loves dan meninggalkan perkara
yang Allah hates.
‘Ko cakap memang senang. Aku ni yang kan membuat payah!”
Hah??!! Alasan cliché tu, kawan. Kenapa untuk makhluk kita
mampu sedangkan untuk Maha Pencipta, kitani inda dapat buat? Redahi lembah
belukar lah, berenang lautan api lah, berpanas berhujan lah, ombak ribut
mencengkam lah…kononnya kitani okay saja
buat untuk makhluk walau payah cemana sekalipun. Why don’t we go too far for
Allah and forthe sake of Him? Malunya!
Allah inda minta kitani tadahkan emas, duit bebillion,
istana 99 buah, kereta felari 70 buah dan macam-macam lagi lah. Allah hanya
mahu kitani tadahkan tangan, minta dari Dia, syukuri nikmat-Nya dan also
rebahkan kepala kitani pada tanah untuk bersujud pada-Nya. *check-up iman dan
ketuk-ketuk pintu hati*
RrJ

0 comments:
Post a Comment