Assalamua'laikum WaRahmatullahi WaBarakatuh,
Ehem… ehem… Catatan ku kali ani berkisar tentang monolog Si
Musafir Qaseh *Uhuk… uhuk…* Si Musafir Rasa lah *discreetly menukar supaya
orang inda asthma bila membaca*. Pada era ini, telah lahir ke bumi satu jasad
yang tiada cacat celanya. Aiseh, macam peraduan mari bercerita dah. Bila satu
jasad ani mula mengenal perubahan warna di alam sekelilingnya, dia mula
mengeluarkan suara seakan ingin bertanya. Namun yang keluar dari bibir
mungilnya hanyalah “Baa… baa… mmhmmm…”. Ya, sekarang kitani sudah ter-click
siapa yang ku maksudkan. Seorang baby ler… *ada yang inda tau, confirm tutup
muka pakai bantal pasal lambat ter-click*
Hari berganti hari, bulan berganti bulan, tahun berganti
tahun, *ok, cliché amat* baby tersebut telah membesar menjadi seorang insan
yang mengenal erti kehidupan walau terkadang kelam yang dirasakan tapi dia
mengerti, kilauan setiap warna pada wavelength visible light yang ter-reflect
di sepasang mata miliknya akan pasti dapat ditawannya. *para pembaca pun
berkata, “hai, merepek nampak blogger seekoq ni”* Just bear with me, we are
almost there…
Nah ini dia; *lagi saspen, lelah orang menunggu untuk
membaca monolog atu* Sebelum para pembaca meneruskan, sila sediakan beg
plastik. Takut ada yang termuntah. Bersabar, ya…
“Dulu, masa diri ana
masih kecil, ana harap banar-banar diri ana akan hidup bahagia selamanya.
Layaknya seperti seorang putera/ puteri dalam kisah dongeng raja-raja. Bahagia
hidup macam di awang-awangan. High. Nada istilah masalah. Nada istilah sakit.
Sampai rasa ingin di jiwa ana memiliki planet sendiri. Planet milik ana atu
akan ana dekorkan ia dengan binatang-binatang dan tumbuh-tumbuhan pelik yang
ana suka. Swan, pegasus, unicorn, kucing, burung-burung dan bunga-bunga rose
yang berlainan warna dan macam-macam lagi lah. Mesti chantek. Mesti lawa kan?
Di langit malamnya,
ana mahu menyimpan berjuta bintang-bintang yang indakan berhenti kerlipannya
dan satu bulan purnama. Di siangnya sengaja ana mau simpan cahaya matahari,
biar tanam-tanaman dan bunga-bungaan ana happy sambil nyanyi-nyanyi bilamana
dorang melihat cahaya si Matahari. Sahabat-sahabat ana, semestinya pari-pari
kecil yang tinggal di bunga-bunga yang ana tanam. MasyaaAllah, mesti rasa hepi-
kan? Di planet atu jua, ana ingin membina sebuah mahligai yang diperbuat dari
pelbagai jenis batu-batu kristal yang berkilauan sampaikan terciptanya
kaleidoscope impian ana. Ada fountain, barang-barang perabot yang cukup dan
tidak dilupa jua, sebuah perpustakaan milik ana yang di dalamnya ada
berjuta-juta buah buku supaya ana indakan rasa bosan. Macam mana? Mesti bahagia
kn?
Tapi hakikatnya diri
ana sedar, semua ani hanyalah khayalan yang ana inginkan. Khayalan budak kecil
yang masih belum mengenal erti sebuah kehidupan. Khayalan budak hingusan yang
tidak mengetahui apa arah tujuannya. Bila sudah dewasa, ana mula
tertanya-tanya. Kenapa setiap manusia ada masalah? Orang kaya ada juga
masalahnya. Hati inda tenang, takut kehilangan harta dan macam-macam. Orang
miskin, lain pula halnya. Nada makanan, inda mampu dari segi kewangan, hidup
melarat dan banyak lagi. Manusia dengan ragam masalahnya. Sekali ana berfikir, jadinya
kenapa ana rasa ana lah yang paling menyedihkan di dunia?
Pasal ana terlalu
jauh daripada Tuhan ana. Pasal ana inda mengendahkan seruan Tuhan ana. Ana
belum kenal siapa Tuhan ana. Ana tahu Dia ada tapi ana buat endah tak endah
saja. Aduh. Aduh. Aduh. Kejamnya diri ana. Ana lupa untuk bersyukur pasal Dia memberikan
ana kesempatan untuk melihat dunia yang bagi ana indah ani. Jadinya, kalau
dunia ani sudah ohsem pastinya Maha Penciptanya lagi hebat kan? Ana
hitung-hitung diri ana, indalah seberapa sangat diri ana ani. Solat inda tentu,
khusyuk di bibir tapi jiwa melayang ke langit biru, doa pun entah inda tau
makna, apatah lagi menghayati bait-bait isi kalam-Nya. Aduh. Aduh. Aduh. Ana
rasa sakit. Sakit pasal jiwa dan hati ana rasa kosong yang teramat. Menderita
rasanya. Macam rasa ditinggalkan. Putus chenta!!
Tapi masa tu ana
masih belum tahu apa yang menyebabkan kekosongan jiwa ana. Ana cuba mengemis
chenta makhluk ajnabi se-species ana. Masa tuu masih lagi budak mentah, jiwa
muda, otak cetek, tahu hukum tapi inda memahaminya. Ana biarkan diri ana dibawa
arus dalam satu perasaan yang makhluk se-species ana declare: chenta dan berqaseh
syayang. Mereka kata chenta style gini buatkan species kami mabuk kepayang,
makan tak lalu, tido tak lena, mandi tak basah *ana amat cliché*, kan barus
gigi sampai telupa bagi colgate, pakai kasut pun setampik lain, setampik lain
dan banyak pekara pelik lagi. Namun semua ani, inda pernah terjadi pada diri
ana. Jadi ana buat konklusi yang ana species yang luar biasa. Walau luar biasa
sekalipun, ana inda pernah rasa damai di jiwa ana. Kenapa? Bukankah ana sudah
mendapatkan chenta yang ana mahukan atu?
Ana mencari-cari
siapa diri ana. Yalah kan, mana lah tahu, dalam pencarian atu, ana boleh jumpa
apa yang ana mahu. Tapi semakin lama, seolah-olah diri ana terapung-apung arah
vacuum. Tanpa udara, semua perkara terasa sempit. Dunia ana dari luarannya
nampak penuh cahaya, hakikatnya hidup ana macam dipenjara oleh kegelapan. Ana nampak
bayangan ana di bawah cahaya atu tapi bayangan atu macam ingin menerkam ana. Takut.
Takut. Jiwa ana berkali-kali meraung!
Dan suatu hari atu,
ana memandang cahaya bintang di atas. Berkali-kali melambai diri ana dengan
kerlipan-kerlipannya. Inda semena-mena hati ana tiba-tiba menjadi rawan. Selang
beberapa ketika basah pipi ana dek air mata yang tertumpah secara tidak
sengaja. Perasaan hiba membanjiri jiwa ana. Baru ana perasan betapa egonya diri
ana. Baru ana perasan betapa sadisnya diri ana. Ana melupakan Dia! Astaghfirullahal’adzhim…
pandangan ana yang sedari tadinya kabur
tetap memandang langit gelap-Nya. ‘Ya Tuhan, Engkau kah itu? Memanggil diri
hamba untuk menyebut nama-Mu? Ya Rabb pencipta keindahan sang bintang, apakah
ertinya perasaan ini? Mengapa hibanya hati hamba di kala ini? Wahai Pemilik
sekalian alam, rasa ini… apakah kerana hamba terlalu jauh dari Mu? Rasa di hati
hamba… entah… adakah ia kerana Mu? Atau mungkinkah Engkau merindui jiwa
sekosong jiwa hamba?’
“Tuhan mu tidak
meninggalkan engkau (Muhammad) dan tidak pula membenci mu” (93:3)
“Dan Dia
mendapati-Mu sebagai seorang yang bingung, lalu Dia beri petunjuk”(93:7)
Ya. Ana sudah faham,
rupanya diri ana… eh, bukan… hati ana sedang kehilangan-Nya. Hati ana kosong
kerana Dia tidak ana tempatkan di tempat yang sepatutnya. Hati ana rupanya ana
isi dengan chenta yang ala-ala; bukan dengan chenta hakiki. True luv ana
sepatutnya Dia. Aduh, malunya. Kata Maha Pemilik hati ana, “Hanya dengan mengingati-Ku,
hati mu akan damai. Ketahuilah Aku sangat dekat pada mu…” Sweet kan, True Love
ana. Baru ana perasan chenta yang ana idamkan adalah chenta Si Pencipta rasa
chenta. Jiwa ana yang awalnya kosong, sekarang macam terisi. Tenang. Lapang. Wah,
ani baru kebahagiaan. Happiness is… you feel content when you please Him (your
only True Love). Alhamdulillah… Wahai Pemilik hati ku, tetapkan lah iman ku
pada agama-Mu, tetapkanlah hati ku untuk chenta-Mu…” - Inchi’/Chi’ Musafir Rasa
MasyaaAllah~ :’)
RrJ

0 comments:
Post a Comment