RSS

Wednesday, 29 October 2014

Cermin transform!

Assalamua'laikum WaRahmatullahi WaBarakatuh,

Setelah beberapa hari mengerah peluh sehingga tulang pun rasa layu semacam dan dalam pada atu jua meng-upload bahan-bahan ke dalam otak yang melampau lah jua gigabyte-nya, Alhamdulillah, now I reach my limit *for now plang tuu, pushing myself is quite fun actually, hehe*. Overheating segala sistem yang terdapat dalam tubuh yang indalah sekuat mana ani. Wahai diri ku, Syafakillah~ Somehow suara pun turut ilang, dah jadi macam penyanyi rock! Ada iras suara Jinbara sama Amuk! Ye-yeah~~ *trademark Amuk*

Lembaran demi lembaran muka surat sudah ku baca. Tapi tiba-tiba muka surat seterusnya masih kosong. Warna mukasurat atu sendiri pun macam misterius! Anilah perumpamaan hidup kita sebenarnya. Kadang-kadang hidup atu macam sinetron Indon dan ada kalanya jua macam drama Korea. Ada masa macam novel Ayat-ayat cinta selepas atu jadi ala-ala filem Hindustan tia. Bila masanya inda logik, mengalahkan anime and also bila datangnya emotional, menang cerita hidup kita dari drama Filipin. Kejadian yang inda kurang jua mengejutkan sampaikan kalah cerita seram Thailand sama inda kurang lucunya dari Maharaja Lawak, sampaikan ketawa pun inda perlu pakai speaker! Semua perasaan yang ku lalui termaktub dalam sebuah buku yang bernama 'Hikayat Hidup ku di Alam Fana'. *Bowh!*

Melihat kembali detik-detik manis masa berjalan di bumi Allah ani, masih lagi belum cukup ringan lidah menyatakan perasaan Syukur pada Nya. SYUKURILLAH, segala puji untuk Mu! Di setiap langkah ku, di pejam celiknya mata ku, di setiap hayunan tangan ku, disetiap gerak geri bahasa zahir dan batin ku, di setiap sel-sel  yang ada ditubuhku, ku bersyukur, Ya Rabb.

Boleh jadi kadang-kadang kita hanya memandang sebelah mata saja nikmat yang Allah bagi ani. *Allahu, aku mesti koreksi diri!* Hatta keempukkan tilam pun kita jarang kan bersyukur. Jadi Nikmat Allah yang mana satu yang kita kan dustakan? NauzubillahiMinZalik. Salah satu status dari MukaBuku yang menarik qalbu ku untuk memuatkannya di sini ialah:

Wahai diri,
Jika diletakkan dunia sebagai syarat bahagia... kau tidak akan bahagia. Dunia menipu dengan mengatakan bahagia itu ada di hujung jalan, sedangkan pemburuan terhadapnya tidak berhujung!’ - Pahrol Mohamad Juoi

Betol lah sebenarnya. Kalau dunia yang kita genggam erat-erat dan siap masuk dalam hati, rasanya boleh kah kitani rasa bahagia? Sedangkan melangkah ke hujung dunia ani pun kita inda mampu. Dunia ani hanya layak disimpan dalam pocket bukan di simpan dalam qalbu. *ciplak dari mrtheallshared* Yang dalam genggaman kita sepatutnya Akhirat sana and yang ani peluk ketat-ketat, simpan dalam kotak hati supaya iman selalu upgrade.

“… Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukkan terhadap satu kaum, maka tidak ada yang dapat menolaknya dan tidak ada pelindung bagi mereka selain Dia” (13:11)

 Bukan lah saying that we must sehari suntuk betapa dalam bilik dan inda buat keraja kita seharian, kalau buleh makan pun, roti jacob cacah aing panas. *ani kes penyeluru ni* No! Jalani hidup kita dengan lebih bermanfaat sebagai contoh kalau selama ani sebelum ke kuliah atau sekolah kita selalu salam mama bapa, why not start cium pipi dan dahi dorang jua. *Ok, macam lari dari example yang sepatutnya* Kalau selama ni kita solat pertengahan waktu atau diujung-ujungnya, why not try on time solat. Or kalau selama ani kita ke kuliah yang pukul 8 sekali kita selalu datang pukul 10, why not try datang 7.30. *Extreme dah ni orang yang datang kuliah akhir 2 jam ani* Kalau selama ni baca Al-Qur'an sebulan pun macam ampus cuba upgrade jadi setiap hari. Pada Kalam Allah atu sendiri letaknya ketenangan

Transformasi kita bukan sebab orang lain, *like "c Fulan atu alim sulnya, cam ragat. Ikut eh."* *Adang luan~* buat semua ani untuk mendapat redha Yang Maha Penyayang. Memang diakui bagi menjayakan satu transformasi atu memerlukan masa yang agak panjang tapi jangan putus asa. Apatah lagi bila kan diupdate jadi transformasi 99.0 *nombor yang random. Contoh lah sahaja*, confirm kepayahan atu melanda tapi kawan, Allah tau hambaNya mencuba sama Allah jua tau hambaNya mudah alpa. Jadikan kesilapan sebagai batu loncatan untuk meraih keredhaanNya. Tanda Allah sweet sangat-sangat macam hadith di bawah ani:

Firman Allah dalam Hadith Qudsi:

Sabda Rasulullah s.a.w. bahawa Allah s.w.t. telah berfirman;

Aku adalah seperti sangkaan hambaKu terhadap Aku. Dan Aku bersamanya tatkala Dia mengingatiKu. Sekiranya dia mengingatiKu dalam dirinya, maka Aku akan mengingatinya dalam diriKu.

Sekiranya dia mengingatiKu di khalayak ramai, maka Aku akan mengingatinya di depan khalayak ramai yang lebih mulia (para malaikat dan nabi-nabi). Jika hambaKu mendekatiKu sehasta, Aku akan mendekatinya sedepa.

Jika hambaKu mendekatiKu dalam keadaan berjalan, Aku akan mendekatinya dalam keadaan berlari (cepat)” Hadith Qudsi Riwayat Bukhari dan Muslim
Hadith nombor 59 dalam kitab Al-Wafi karangan Imam Nawawi

Supersaiya kah, superman kah, yang penting jom transform jadi ULTRA! Kalau kita selama ani biasa-biasa, cuba try jadi EXTRAORDINARY! Biar ordinary bila dipandang oleh manusia, tapi luar biasa bila Allah memandang. Senyum~



RrJ

Sunday, 12 October 2014

Dari Poyo ke HERO!

Assalamua'laikum WaRahmatullahi WaBarakatuh,

Bulan Oktober ni mungkin ku banyak berceloteh. Sekurang-kurangnya indalah berhabuk sangat blog ni. Sampai sekarang sudah berpuluhan blog posts yang ku tulis. Dan semuanya me-reveal what kind of person I am. Setiap lapisan muka, emosi dan akal sudah pun dicurahkan dalam setiap tulisan sampaikan terpancar dengan sangat ketara betapa banyaknya kekurangan yang ada dalam diri. 

Beberapa hari yang lalu, I listen to one talk about tugas kita sebagai seorang Muslim. Pada zaman dahulu, *Aisehmen* pada waktu di mana, jalan yang ku lalui atu masih melencong, *hashtagKUINSANBIASA* I always thought that berdakwah ani hanya layak di lakukan oleh 'Pendakwah' yang hafal 30 Juzuk Al-Qur'an dan 40++ hadith Nabi. Seorang yang kena gelar 'Ustaz' atau 'Ustazah'. However that is not the case. Setiap Muslim IS pendakwah! 

Apabila seorang baby yang lahir di muka bumi ani, dorang semua dilahirkan dalam keadaan Islam, yang menjadikan mereka non-Muslim is how they were raised. Kalau anak tersebut dibesarkan dalam keadaan Islam, maka akan Islam lah dia and vice versa. Pasal atulah, anak yang dilahirkan atu adalah umpama kain putih. Yang melukis lakaran adalah orang sekelilingnya. Cantik lakaran, indah lah jadinya lukisan yang ada pada kain atu. *secara logic-nya*

So apa tugas kita sebagai Muslim? Macam yang ku cakap di atas. Tugas kita adalah spreading the words of Islam. Macam hadis Rasulullah s.a.w.:

'Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:

"Sampaikan dari ku walaupun hanya satu ayat" (HR. Bukhari)'

Wafatnya Rasulullah s.a.w. doesn't mean that tugas dakwah atu terhenti. Kita lah yang mesti menyambung syiar Islam. Di akhirat nanti Allah akan tanya adakah kita sudah menjalankan tugas kita sebagai seorang Islam? So apa yang kita kan jawab nanti? Wake up, wahai Pemuda. Sampaikan, even beberapa patah pekataan sekali pun. *e.g. Kebersihan adalah sebahagian dari Iman* *dakwah lah jua ni* *opcos banyak lagilah orang yang terer dari aku kalau bab membagi nasihat ani*

Aku selalu rasa kagum bila bercakap dengan Ultrakids ku. Soalan dorang inda pernah menghampakan bukan atu saja logic akal dorang pun a WOW! Kadang-kadang diri pun rasa kecil jua bila kanak-kanak yang baru melihat dunia pulang yang mengeluarkan kata-kata yang bermanfaat

"Cigu, Malaikat sama Syaitan atu sama kah? Dua-duanya ada sayap macam gambar ani." (Firas, 9 tahun) *sambil menunjukkan ku gambar yang ada arah sebuah majalah.

"Macam mana kamu tahu yang Malaikat ada sayap?," soalan cepumas yang ku bagi arah semua Ultrakids.

"Sebalah sayap malaikat dapat paluk bumi jua, cigu." (Saidun, 10 tahun)

"Haaa! Bagus. *hati teriak MasyaAllah* Malaikat diperbuat dari apa?" I asked.

"Nur! Nur!," Ultrakids jawab.

"Syaitan?"

"Api!"

"Jadinya, sama or inda?" 

"Err.. inda cigu." Ultrakids jawab.

Kagum, terharu bercampur-campur perasaan bila berjumpa dengan Ultrakids ani. Kenakalan atu memang difahami since dorang masih budak-budak *and also lelaki* tapi dalam dorang belajar, I actually gain tazkirah from menjawab soalan-soalan dorang. Ada soalan challenging tahap level 1000 tapi banyaknya macam teguran dari Allah rasanya. *Allah kan bagitau, "Masihkah kau ingat, wahai hambaKu?"*

Budak kecik pon boleh berdakwah, ni kan pulak kita yang dah besar panjang ni. "Aku ni jahil bah, inda ku dapat barang-barang cemani ani, lagipun aku bukannya dari sekulah arab, baca Ya Siin pun kapus-kapus," adodoi, jadinya orang dari Sekolah Arab ja lah yang layak jadi Ustaz-Ustazah, Pendakwah, gitu? Sedangkan si kabur lagi memimpin si buta, kita? "Aku bukan apa wei, inda layak bah rasanya aku ni," adih, alasan macam apakah ini? Layak inda layak, you were born Muslim, which means you WILL ALWAYS layak to berdakwah *yay~ eksaited sampai melompat ke Bukit Pagon* *opcos lah, jangan berdakwah benda yang bercanggah dari Al-Quran dan As-Sunnah* 

Ask ourself, syurga hanya layak untuk mereka yang miskin kah? Then Nabi Sulaiman yang kaya, masuk syurga kan~ Syurga layak untuk orang yang kaya belaka kah? Aik, lupa kah, Rasulullah mana ada istana di dunia. Sampai lapar pun Rasulullah ikat perut dengan batu. Allahu. *sedih bila baca seerah nabi. Macam ketara sangat diri ni kurang bersyukur* Syurga hanya layak untuk mereka yang pandai tahap planet pluto kah? Rasulullah tidak pandai membaca dan menulis tapi masuk syurga pun. Syurga hanya layak untuk mereka yang alim ulama kah? Aih, INGAT rahmat Allah atu Maha Besar, tahu cerita pasal Pembunuh 99? *lupa tajuknya* Pasal perjalanan taubatnya hampir dari perjalanan maksiatnya tetap Allah masukkan ea ke syurga. Walhal orang alim pun ada yang masuk neraka. *ani pasal dorg takabbur, ujub, riyak dan sebagainya*

Sebenarnya nada alasan untuk kita meninggalkan dakwah. Of course, niat atu penting, kalau kita ikhlas berdakwah supaya orang pergi ke jalan Allah, orang pun dengan sendirinya feel melalui dakwah kitani walaupun pengetahuan kita terbatas. Tidak ada manusia yang sempurna. So berlapang dada lah, wahai sahabat~

Kan jadi hero sejati bukan dengan mencipta seribu alasan tapi hero mencipta seribu keajaiban! So aku poyo ke hero? *jom renungkan kembali* Of course kan menjadi manusia yang Ultra bukanlah sesuatu yang senang. Jangantah jauh sebelum Goku dapat menjadi supersaiya, berapa kali ea mati? *ok, out of topic* Tapi kita kena faham, seseorang inda kan menjadi luarbiasa dalam sekelip mata. 

Untuk meng-istiqomah-kan diri ke jalan Allah memang memerlukan masa yang agak lama, tapi semangat di dada mesti kuat. Kalau menginginkan sesuatu yang baik, perjalanan untuk mendapatkannya konfem berbatu, berduri dan macam-macam 'ber' lagi. Tapi bila dah dapat semua kepayahan atu rasa macam worth it! Cematu lah jua dengan syurga. Syurga dipagari dengan ujian sedangkan neraka dipagari dengan keseronokkan. We knew this from the very moment kita mengenal syurga sama neraka. 

So sahabat jom jadi hero! *Jom jadi manusia Ultra!* 

RrJ

Thursday, 9 October 2014

Cover kaler Kelabu, Page kaler Misteri~

Assalamua'laikum WaRahmatullahi WaBarakatuh,

Cuaca mendung menyapa pandangan kami, setitik dua tergugur air dari langit *tapi inda sampat kami basah*, pergerakkan kaki menghentam simen jalan seolah-olah membuat bunyi orang sedang berjalan dalam keadaan marah *walhal kami berlari pulang saja*. Kami lihat ke kiri dan ke kanan, "Siip, takde kete," hati kami mengiyakan. Dengan bukan sepantas kilat kami berlari menuju ke bangunan sebelah. *introduction yang berjela-jela tapi nada membagi impak apa-apa* *hanya untuk memanuhkan page* *don't try this at home* 

Pernah ku terdengar satu phrase ani, "ahai~ first impression always counts, geng." Well memang without doubt ada kebenaran dalam kata-kata di atas tapi ada keadilan kah disebalik 'first impression' atu? UltraUmmi pernah cakap, "Pakai baju biar sopan, manis mata memandang." *UltraUmmi, heroin di hati~ sampat trolling* If we read between the lines, sebenarnya bila ada orang melihat keadaan pakaian yang pelik, memang inda dapat dinafikan ada yang TERcakap dalam hati;

"Aduh, bubus stukin nya ah, achuunar" *ani sebagai contoh sja* "Baiktah membali baru eh, tiga jari kakinya sosial ni, kan melihat dunia" *sebagai sambungan contoh tadi*. Hah, kan disalahkan sepenuhnya arah org yang mengata di dalam hati tuu macam not fair. 

Pada pendapat exclusiveku sendiri, salah atu arah both individu atu sendiri. Kenapa pakai stokin koyak? kenapa pakai baju compang-camping? "Ana nak jadi manusia zuhud, geng," hampeh! alasan semata. Inda lawalah kalau koyak, nampak comot. Let's try to jaga orang lain punya hati jua. Sama yang melihat janganlah sanpai mengata, kalau boleh buat-buat lah inda nampak. Or doakanlah ea memakai stokin baru. *ok, nasihat yang alahai~* 

Jangantah jauh, if we are going to have a job interview, kita inda memakai baju yang koyak-rabak. Of course we are going to wear something that looks presentable. Ingat kawan, Allah tuu Maha Cantik sama Allah suka pada sesuatu yang Cantik. I think if we islah our niat, niatkan dalam hati, "I want redha Allah from the dress that I'm going to wear," mungkin kita akan lebih berhati-hati dan in shaa Allah, try to look good just so that we can please Allah. 

Ok, sebenarnya topik sudah menyimpang so let's kembali ke pangkal jalan. Tiba-tiba teringat hiwar ku dengan seorang teman karib ku, kira-kira bunyinya macam ani:

TK: yoh, dulu ku pikii ko ni ambung wah.
Aku: *terkejut mengalahkan beruk* Kenapa rasa mu catu?
TK: antah, cam payah kan hampir dangan kau ani.. 
Aku:... *diam*

So ada keadilankah untuk first impression? 

Right, I admit if I don't know a person, I usually ignore them. *jahat kan?* And I also confessed that if somebody that I don't know approach me, automatically ada invisible wall yang memisahkan my world and that stranger's world. Bukan sengaja, cuma it's my nature to do so. Mungkin aku perlu bersifat lebih husnudzon. *wahai diri, jom husnudzon!* Sama atu kira the power of first impression. When we see a person, automatic otak kita menerime mesej, "Jangan dekati orang atu, he/she looks different". Then this power made us do the assumption thingy and when this happen kita mula melihat orang atu dari cover semata! So what is our opinion on having a first impression on certain somebody?

That's why jangan sekali melihat buku pada cover, lihat isi buku atu~ Sama lah kali macam pepatah melayu, 'rambut sama hitam, hati lain-lain' = 'cover kaler kelabu, page kaler misteri' = 'rambut sama hitam, hatinya mungkin ada atau tak ada taman!' *Haa! Ani example yang melampau ni* 

Seperti berada ditempat asing, mata kami liar mencari arah. *tiba-tiba punchline betukar, bear with me* 

Sahabatii: Mana admin building ani?
Aku: Wallahu a'lam, cuba cek! *ala-ala slang boboi dalam radio*
Sahabatii: Anti ani, sampat lagi penyeluru. Haha.
Aku: Cuba tanya wanita cina tu *sambil memandang seorang wanita yang bercakap dengan sungguh passionate ke arah sekumpulan remaja lelaki yang nampak macam gengster*
Sahabatii: Eh, ana malu. 

Ok, pada pandangan kami masa tuu, remaja-remaja tu gengster habis. Rambut panjang berwarna ala-ala ong puteh, telinga betindik dan ada beberapa yang memakai calak *Alhamdulillah, walau ganas tapi masih mengikut sunnah nabi* *Moh lah husnudzon!* whereas the cikgu yang bercakap dengan dorang atu probably adalah seorang guru maths *since ea cina tuu, sampat lagi stereotyping*. Pada waktu atu kami berurusan dengan pihak sekolah tersebut, kira kami sedang mencari pengetua lah. Di pendekkan cerita, dalam bilik pengetua di admin building sekolah atu, kedengaran perbualan kira-kira cemani:

Pengetua: Inda dapat tu. Pasal ani periksa o-level. Kalau abis sudah masa examnya memang inda dapat lagi kan exam
Wanita: Cemana ni ah, anak buah ku tadi inda ada yang dapat mengantar. Indungnya bejanji tapi nada jua datang-datang. 
Pengetua: Since ani periksa antarabangsa, saya inda dapat buat apa-apa jua. 
Wanita: Adui, tadi atu aku keraja, bila anak buah ku ni menelipun, begagas ku. Pasal tampat keraja ku tu jauh, rumah pun ali-ali jua. Ani nah, kelambatan pulang.
Pengetua: Cemani saja, kalau ada masalah lagi, kita call saja saya tarus. Saya sendiri akan mengambil anak buah biskita di rumah kita. Inda payah kita ingau. Ani nombor saya...

Fuh! Kami shock! AllahuAkbar~ pengorbanan seorang guru. Inda semena-mena kami rasa kagum seketika arah pengetua atu. Inda pernah ku encounter such situation. Wow~ MasyaAllah! Then tiba giliran kami berurusan dengan pengetua. Lagi sekali, WOW! Kami betul-betul shock! Di hadapan adalah seorang guru cina tadi. Inda sangka beliau adalah seorang pengetua yang sayang banar-banar kan pelajar-pelajarnya. I salute lah. Terharu sampaikan meleleh air mata. *ok, penggunaan perkataan 
'meleleh' yang tidak tepat*

That's why people, boleh first impression tapi first impression kenalah husnudzon. Jangan sekali suudzon. #Selfreminder. Sama yang gengster tadi, kemungkinan suatu hari nanti, barangkali duranglah da'ie yang bertauliah berbanding dari diri ani. Kerana manusia atu berubah. Jangan lihat luaran, hatinya yang kita patut selami. Ingat! Cover sesuatu buku can be samar-samar (kelabu), tapi page kaler will always be a misteri! *Bilingual, kalau cikgu English melihat, konfem pengsan* 

p.s. Coretan ketika Sambutan Hari Guru, 09102014
Kebetulan yang bukan kebetulan melainkan takdir semata,
Macam tribute to para guru tapi bukan sebenarnya.. pengalaman cuma.
RrJ

Monday, 6 October 2014

Perasaan dua: Rindu

Assalamua'laikum WaRahmatullahi WaBarakatuh,

Sekejap-kejap otak kiri ligat mengingati memori, inda kiralah memori atu 'daubaten' atau hodoh sekalipun. Sampaikan kenangan-kenangan ani mencalit senyuman di wajah kita sekarang when we reminisced about it. Dulu, satu perkara yang kecil pun boleh jadi besar. Mungkin jua fikiran telampau kebudak-budakkan. Sikit-sikit, inda mau kawan, buang jabat lah dan sebagainya. Definisi kanak-kanak riang versi 90's.

Hah. Inda semena-mena rasa nostalgia datang balik. Sebagai sambungan bab Perasaan, kali ani mungkin akan ku tulis mengenai RINDU

Perasaan 2: Rindu 

Beberapa minggu kebelakangan ni, adalah rasa sayu di hati. Flashbacks selalu bermain di kotak ingatan seolah-olah memanggil-manggil. Terfikirlah jua mungkin pasal beban komitmen terhadap pelajaran yang tiada kesudahan membuatkan diri merindui masa lampau. *aduh bukanlah masa yang terlampau melampau* Cuma rindu beberapa orang yang tempatnya bersarang di hati. 

Kerinduan ani bukan terhad pada makhluk ajnabi tapi kebanyakkannya rindu saudara-saudari yang jauh dari pandangan mata apatah lagi bila mengetahui tangan ani sendiri pun inda mampu menjangkau bayangan dorang, bertambah pilu rasanya. Besarnya kesan rindu di hati, kalau boleh simpan dalam botol kaca mungkin kilauan cahaya kerinduan atu mampu menerangi sebuah istana permata. Bila saja ani terjadi, satu istana atu pun mampu menerangi satu negeri!

I realised one thing, diri ani bukan jenis conversation starter. So when I miss somebody, I tend to keep it to myself. Bila dah kena tegur, baru ada rasa kan luahkan. One thing for sure, perasaan rindu lebih baik disimpan dan dipersembahkan untuk Yang Maha Pencipta Rindu.

Bila dah rasa rindu di dalam hati, apa yang kita dapat buat? Terkadang diri lupa yang Maha Pemilik rindu atu adalah Dia Di Atas Sana. Ada jua kalanya diri meletakkan rindu di tempat yang tidak sepatutnya sampaikan menegetepikan Pencipta perasaan ani. Allahu. Boleh dah di bawa ke tukang jahit ni, hati ani ada masalah sikit, ada bocor. Kasi tampal lah. Tampalnya pun harga banyak mahal . Di bayar dengan rasa cinta pada Allah. *Aduh2*

Inda salah lah merindui makhluk lain yang Allah ciptakan. Perasaan rindu atu sendiri pun adalah fitrah manusia. Sedangkan Nabi Yusuf lagi rindukan Zulaikha, so tak salah. Tapi tahap kerinduan atu janganlah melampaui batas. Macam mana kan tenangkan hati bila dah rindukan seseorang atau sesuatu?

Panah doa ke langit pasal Allah Maha Mendengar. Ea indakan mensia-siakan doa hambaNya. Plus kan Allah lebih memahami perasaan kita more than anyone else in this world. Plus doa selalunya mengena sasarannya, sweet cara perhubungan manusia yang Allah ciptakan. Tak perlu wireless ataupun service. Free of charge, hatta dalam lautan sekali pun boleh sampai pada Allah. Sebagai tambahan, Allah bagi extra discount, Dia siap jagakan makhluk yang kita rindukan atu sekali! 

Masya Allah, that's why perasaan rindu yang terlampau melampau hanya milik Dia. Sama dalam pada merindui makhluk, jangan lupa pada satu insan yang merindui kita jua, Rasulullah s.a.w., kalau rindu pada Rasulullah, selawat banyak-banyak. Kerinduan untuk Rasulullah s.a.w. mestilah tahap seluruh planet ikut bercahaya...

RrJ

Wednesday, 1 October 2014

Yay~ bila genap masa itu...

Assalamua'laikum WaRahmatullahi WaBarakatuh,


Alhamdulillah, hari ani genaplah masaku semakin hampir. Memang inda dapat dinafikan betapa WAKTU atu pantas meninggalkan diri ani. Sudah XX tahun ni, rasanya apa lagi azamku? Mungkin azamku selamanya indakan berubah; "to be a better Muslimah, to be a better servant of Allah, to be the best child for my parents, to be the better person for my friends and also to fix my heart yang sudah full of contengan yang inda secantik mana." In shaa Allah, akan dihakis sedikit demi sedikit sikap yang kurang munasabah sama perasaan yang kurang logika akal. Hanya of course, ianya mengambil masa. 

Selama beberapa tahun menetap di alam yang Allah ciptakan ani, banyaklah perkara-perkara yang terjadi. *macam cliche', haha* Sampaikan serapuh-rapuh iman di dada ni menginginkan agar ditarik balik nikmat ingatan. Tapi bila direnung balik semua detik-detik yang kurang manis inda kurang jua lah rasa pahitnya melebihi rasa pahit ubat panadol acti-fast, semua atu sebagai bisikan rindu Allah yang menginginkan diri ani supaya bebalik semula arahnya. Kadang-kadang terfikir jua, kenapa lah diri ani nda sedar awal? 

Ada orang kata didikkan starts at home. Tapi jangan silap ada jua, manusia yang dilahirkan dalam keluarga yang berilmu tapi anaknya mungkin inda mengamalkan ilmu seperti apa yang ibu bapanya buat. Sama halnya dengan Iman. Iman bukan boleh diwarisi. *Wah macam lagu Raihan sudah* It comes from the heart. Semuanya berbalik pada individu atu sendiri sebenarnya. Allah indakan mengubah sesuatu kaum andai durang inda mau mengubah diri dorang sendiri. Plus andai kata hidayah atu bentuknya pipih, ia inda kan melayang menghempap muka or hati kitani. Hatta kalau ea berbentuk bulat sekalipun, ia indakan tiba-tiba datang berguling macam guli. Cari. Cari. Cari. 

Ada orang kata, "aih, belum sampai seru bah." Haaa! Malaikat Izrail mana menyeru mun ia kan ngambil nyawa kitani. So? Sampai bila? Sampai bila kita kan sedar dunia ani sebagai pinjaman semata? Sampai tua kerepot? *baik masa hidup lama?* Sampai badan lumpuh setampik? Sampai hanya mampu makan bubur, pasal gigi sudah inda dapat menampung kekerasan daging ayam? Sampai jantung barangkali hanya mampu membagi darah ke otak? Sampai tiba-tiba pandangan kabur, hati meraung kesempitan? *rhetorical question*

Di sempena hari yang, In shaa Allah, manis ani, mungkin ada baiknya aku muhasabah diri. Cek minyak iman, kalau kurang, memang parah. *adalah parahnya terasa* Suka duka kehidupan atu menjadikan who we are, mungkin ada kalanya manis macam teh yang ku buat hari-hari *kes 5 sudu dibagi, haha*, masam melebihi rasanya limau kasturi, kelat macam pisang yang ari atu ku TERmakan or yang menyedihkan, pahit yang melampau sampaikan lidah kalau tergigit pun inda lagi terasa. *pahit banar sudah tu* Apa saja event, when we think about it, ea menjadikan kita orang yang baru! Hikmah disetiap sesuatu atu Allah rahsiakan, kalau kita tau we will never learn...


Edisi spesel, 110.
RrJ