ASSALAMUALAIKUM~
Hari ani, inshaAllah, perkara yang ingin ku cakapkan secara keseluruhan ialah mengenai ultraman. Yay, bravo, bravo! Sepanjang hidupku, dari ku mula pandai menonton t.v., of course banyak program-program kartun yang aku minati, bermula dari SesameStreet sampai sekarang program yang selalu ku lihat, Phineas and Ferb (nantilah akucerita pasal ani, hehe). Disebabkan ramai diantara teman-teman, inda kurang juga ahli keluarga, banyak memberi pelbagai jenis soalan mengenai minatku terhadapUltraman.
Yes, aku masih meminati Ultraman. So? What's the problem?
Walaupun sudah satu per lima abad aku hidup di muka bumi ani, aku masih juga meminati program t.v. tersebut, despite knowing all the tricks and effects yang kena paparkan di skrin t.v. apabila program atu sendiri dipertontonkan. Umur tidak menghalang seseorang untuk meminati sesuatu walaupun sesuatu atu mungkin bagi orang adalah kuno ataupun keanak-anakan. Jadinya? Apa masalahnya?
Antara soalan-soalan ataupun komen yang kena lontarkan di muka ku adalah kira-kira seperti berikut:
1) Apalah sangat Ultraman. Style lama.
- Mungkin bagi kamu lama tapi tidak bagiku. Setiap cerita yang dibawa oleh ultraman mempunyai mesej yang mungkin kamu sendiri inda mengetahuinya. Walaupun ea cerita lama tapi ada Ultraman yang latest. Ketika ku menulis post ani, the current ultraman is, Ultraman Zero. So basically ultraman pun ada yang modern. Bukan lagi style lama, like Ultraman (1966) (the very first siri ultraman yang pernah ku lihat, mau tau lebih lanjut lihat arah web ---> http://en.wikipedia.org/wiki/Ultraman)
2) Kenapalah kau minat ultraman, banyak lagi superhero yang ada diluar sana. Superman, Spiderman, Ironman, kau sebut ja, memang ada.
- Okay, tidak perlulah sebut bermacam-macam nama superheroes. Apa yang aku minat, ikut suka hati aku lah. Asal inda kacau orang, atu sudahpun memadai.
3) Bagi sebab kenapa kau minat sangat ultraman.
- Sebab? Banyak. Antaranya mungkin akan ku tuliskan di sini.
a. Mengajar erti harapan. Dalam cerita atu, ramai penduduk takut dengan bencana yang datangnya dari raksaksa. Namun macam atu dorang inda berhenti berharap, terus juga berusaha mengalahkan walaupun mereka tahu it's futile. Harapan dorang ada satu agar ada yang mampu menyelamatkan dorang then datanglah ultraman~ Yay~
b. Mengajar untuk sentiasa berusaha dan jangan mudah mengalah. Kalau yang dilihat dari setiap siri ultraman, inda kiralah apa ultramannya, (so far kecuali Ultraman Ginga) ada satu organisasi yang ditubuhkan dalam cerita atu. Contohnya GUTS (Ultraman Tiga), GUYS (Ultraman Mebius) dan sebagainya. Organisasi ani ditubuhkan untuk menentang monster tapi hakikatnya jarang sekali monsters dapat dibunukoleh mereka. Walaupun begitu, ada dorang give up? Nada~ They keep on coming back dan terus jua berjuang.
c. Mengajar erti persahabatan. Yup, banyak episodes yang memaparkan betapa persahabatan atu adalah satu hubungan yang penting. Tolong menolong, sayang menyayang, banyak lagi mesej mengenai sahabat yang dipertontonkan di dalam cerita ani.
Sebenarnya banyak lagi mesej-mesej yang terkandung dalam ultraman yang banyak kita inda tahu. Tapi kalau ingin di tulis semua, memang banyak. Belum lagi dari segi kreativiti yang ada dalam melukis monster dan designing the ultraman itself. Untuk mengekalkan tema ultraman atu sendiri pun sudah payah apatah lagi mendesign ultraman agar ea kekal dengan ciri-ciri ultraman yang lama-lama walaupun sudah modern.
Akhir kata, setiap orang ada minatnya tersendiri. Jadinya kadang-kadang bukan hakkita untuk menghakimi apa yang diminatinya atu patut ataupun tidak patut. Sedangkan orang atu inda pernah pun menghalang kita untuk meminati apa yang kita minat. Jadi wajarkan kita provoke seorang yang inda mengacau kehidupan kitani. Asal kita tahu saja, kalau minat sesuatu janganlah melampau sampaikan lupa Dia yang Maha Esa. Islam itu cantik. Nada larangan untuk berhibur asalkan kita sedar siapa diri kita. Ok, read between the lines.
RrJ
Monday, 12 May 2014
Friday, 9 May 2014
Rasa ku 1
ASSALAMUALAIKUM~
Setelah sekian lama panas yang berpanjangan, bumi Brunei dirahmati dengan hujan. Beberapa hari berlalu dengan cuaca yang panasnya Allah saja tahu. Barangkali semua orang yang tinggal di negara ani pun terasa betapa hangatnya cuaca. As soon as menapakkan kaki keluar, macam kana tampar muka rasanya pasal hangatnya, Ya Rabbi.
Masa hujan atu seorang lelaki yang sangat ku sayangi cakap macam ani:
"Haaa! Hujan rahmat ni... Mun batah udah panas, ani namanya ujan rejiki." (Bapa, Ultrafather ku selamanya)
Then aku pun terasalah jua, selama ani, selalukah aku mensyukuri nikmat yang satu ani? Nikmat air yang Allah turunkan ke bumi untuk membasahi segala tumbuh-tumbuhan dan secara tidak langsung jua menyejukkan alam persekitaran? Sampaikan kalau tidur masa hujan, rasa nyamannya.. (Bah, out topik sudah.. huhu)
Aku perasan kalau sekiranya kita lihat turunnya hujan dari awan atu, somehow warnanya yang jernih nampak macam kristal-kristal yang beguguran. Lagi, selama ani, aku appreciate kah kecantikan ciptaan Ilahi? Aku syukuri kah nikmat mata yang Allah bagi sampaikan aku mampu untuk melihat apa yang ada di tanah dan udara sejauh mata ani mampu memandang? Hmm... Malu. Malu rasanya...
Diwaktu Hujan,
10.35 p.m.

Labels:
Hidup,
Muhasabah diri
Wednesday, 7 May 2014
Tiada Nama 0
Bab 1
-----------------------------------------------
Seperti biasa aku memandang lesu computer riba milik kakakku memikirkan
apa yang perlu ku lakukan. Log in ke
muka buku sudah; semak inbox terkini
pun sudah… Twitter? Sudah dua puluh
kali ku online sekarang aku sudah
tidak mempunyai agenda lain selain daripada memandang skrin yang kembali
memandangku. Aku bangun berlalu dari tempat duduk ku. Perlahan ku buka pintu
bilik dan berjalan ke dapur. Walaupun pergerakan ku terlalu cliché, aku tetap juga membuka peti
sejuk dan seperti biasanya tiada yang berubah dari segi isi peti itu. Dengan hampa
aku penutup kembali peti sejuk dan berlalu dari dapur.
Baru beberapa bulan yang lalu aku
kembali ke pangkuan keluarga ku. Aku merenung kembali sejarah silam ku. Aku
seperti protagonis hidup dalam filem-filem Indonesia dan mungkin juga dalam
novel fantasy Inggeris sampai aku
sendiri kurang pasti adakah aku benar-benar insan bernyawa atau hanya watak 2D
yang ada dalam komik Ujang. Mungkin aku terlalu memikirkannya sampai otak ku
sudah tidak betul.
“Imani dah makan ke? Umi ada masak broccoli kegemaran Imani,” sapa umi
sebaik sahaja dia turun dari tangga. Wajahnya yang sedikit berkedut dimamah
usia tidak mengurangkan keayuan wajahnya. Alangkah cantiknya umi ku. Parasnya
yang pada pandangan ku cantik; pasti di zaman mudanya ramai pemuda yang
meminatinya. Tubuhnya yang rendah dan kecil amat berlainan dari ku yang
bertubuh tinggi dan tegap.
Aku menghadiahkannya senyuman
sambil berkata, “kejap lagi Imani makan. Imani nak ambik buku dulu.” Memang
sudah menjadi kebiasaan ku membaca buku ketika makan kerana bagiku dengan cara
itu, hidup ku akan lebih produktif.
Setelah
menikmati hidangan broccoli kegemaran
ku, aku masih lagi asyik dengan novel yang berada di tanganku. Bila ku membaca
novel yang menggambarkan kebahagiaan, aku bertanya sendiri, mungkinkah fenomena
bahagia ini boleh terjadi pada ku? Entah mengapa terkadang aku terasa yang diri
ku ini sungguh negative.
--------------------------------------------
‘Salam.
Nama saya Rayyan. Saya xpernah ada kawan dari Bulan, nak x jadi kawan saya?’
Aku membaca inbox yang baru sahaja aku terima. Rayyan, aku memang tidak
mempunyai kawan yang bernama Rayyan. Dengan senang hati aku membalas mesej
bakal kawan ku ini.
‘W’salam. Kita Imani Farisha
tapi kengkawan sume panggil Farish. Nice
to know you and I’m very happy to be your friend.’
-----------------------------------------------
“Farish, betol ke kau nak transfer sekolah ni? Kenapa kau tak mention apa-apa pat aku?,” tanya remaja
perempuan itu pada Imani. Dia seperti tidak puas hati dengan keputusan Imani
yang ingin segera berpindah sekolah tersebut. Bukan itu sahaja, Imani juga
telah merahsiakan perkara tersebut daripadanya dan juga geng-geng mereka.
Tiba-tiba Imani ingin berpindah dan tiada seorang pun yang mengetahuinya.
“Ha~ sekarangkan kau dah tau. Tak
payahlah aku nak bagitau plus memang
tak penting pon,” jawab Imani selamba. Dia memang sengaja tidak memberitahu
sahabatnya itu kerana dia tidak ingin melihat sahabatnya itu berat hati
melepaskannya nanti. Imani memandang wajah sahabat karibnya itu dan cuba
mentafsirkan apa yang sedang difikirkan olehnya. “Ala~ janganlah marah pulak.
Aku bukannya apa, aku takut kau sedih nanti kalau aku bagitau kau.”
“Kau ingat kalau kau hilang
tiba-tiba nanti, aku tak sedih? Sepatutnya kau bagitau lah aku awal-awal,
supaya aku dapat prepare emosi aku ni,” marah sahabat Imani.
“Qee, aku pun tak sangka sebenarnya
yang aku akan berpindah esok. Maafkan aku, eh. Aku tetap sayangkan kau walaupun
kita dah tak berjumpa lagi nanti,” pujuk Imani.
Imani tahu pada keesokkan harinya
dia akan memulakan hidup baru. Perubahan fasa pertama ini banyak mengorbankan
banyak perasaan. Tapi mereka tidak tahu apakah yang dihadapi oleh seorang
remaja yang bernama Imani Farisha ini. Dia sekarang ini menghadapi krisis
keluarga yang dia sendiri tidak pasti sama ada dia mampu menghadapi ujian yang
satu ini.
Malam itu dia mengeluh panjang,
memikirkan apakah yang akan terjadi padanya pada masayang akan datang. Dia
seolah-olah sudah kematian akal dan dia terasa betapa dia kehilangan arah pada
ketika itu. Sepatutnya dia gembira dengan keadaannya sekarang kerana bukankah
ini keinginannya sejak dia kecil lagi? Kembali ke pangkuan keluarga setelah
lama tidak berjumpa? Ya, itulah keinginannya tapi kenapa dia merasa sedih pula?
Imani tidak mampu menahan lagi air
matanya dan pada ketika itulah dia menyebut nama Penciptanya buat sekian
kalinya…
RrJ
Labels:
Bila ku menulis,
Cerita
Diari 1
ASSALAMUALAIKUM~
Alhamdulillah, campur hari ni, sudah dua hari aku menikmati cuti semester yang panjang. Selama beberapa bulan menjalani study dan beberapa events yang banyak mengajar aku untuk 'melihat', rasanya macam terlalu banyak yang ada dalam diri ani yang perlu diperbaiki, ditukar, dimantapkan dan probably dibuang terus. Pertemuan demi pertemuan yang membuahkan banyak hikmah dari segi tarbiyah sampaikan rasa kagum diri ani makin berganda-ganda banyaknya.
Peperiksaan adalah ujian bagi setiap mahasiswa/i. Memang inda dapat dinafikan lagi, examination adalah satu mimpi ngeri pelajar seperti perbualanku dengan seorang sahabat yang amat ku sayangi. Mungkin pasal apa persahabatan kami bertahan selama bertahun-tahun is because of ukhuwah. Ukhuwah kerana Dia. Cintai saudara mu sebagaimana kamu mencintai diri mu. Medan peperiksaan ani bagaikan medan peperangan jua, perisainya kefahaman, pedangnya ilmu... jika nada keduanya, pasti kita kalah. Jasad dan hati pun mesti dipelihara jua supaya inda mati dan supaya tahan berjuang walaupun rebah. Selama beberapa tahun bersahabat memang dikirakan banyak kata-kata semangat dan tips yang diberikannya tapi yalah, aku ni payah, bukan mau ingat cakap orang, ingat sehari, esoknya lupa tahap hilang ingatan.
Bila difikirkan balik, hidup sebagai seorang mahasiswa/i ni sebenarnya bukanlah sepayah mana kalau kita pandai memanipulasi masa sebenarnya. Teringat kata-kata anak muridku yang bagiku adalah teguran dari Allah;
"Cigu, masa tu laju kan? Dulu sempat lagi main-main, sekarang ani balik sekolah, terus ja tidur. Inda cukup masa lagi, cigu" (Saidun, 10yrs old)
Hari atu memang minggu peperiksaan dan seperti kebiasaanku, aku selalu main game layaknya seperti orang yang inda ada exam pada lusa harinya. Sekali, bagai tamparan hebat yang both mengenai pipi dan hati ku hari atu, aku gagahi diriku dengan membuka buku teks dan nota-nota dari lecturer. Bayangkan seorang kanak-kanak yang berusia jauh lebih muda dari aku tapi sedar akan lajunya peredaran masa... Aku? Macam mana? Bayangkan, pada masa atu perasaan ku macam rugi. Macam orang yang rugi. Ngamlah KalamAllah pada surah Al-Asr. Manusia atu dalam kerugian kerana inda menggunakan masa seadanya.
Sama baru-baru ani, aku dipertemukan dengan seorang lagi akhi yang jua bagiku sebagai peringatan dari Allah. Pertanyaannya berbunyi;
"Kenapa memilih biologi?" (Akhi A, Tahun 3 Uni)
Mungkin pertanyaan seperti ani adalah pertanyaan cliche yang for some people, mungkin ianya pertanyaan suka-suka. Tapi hakikatnya, soalan sebegini bagaikan ketukan hati dari Dia. Bukankah dulunya aku pernah berniat untuk meneruskan ilmuku kerana ingin taqarrub padanya? Jadi mungkinkah sekarang ani aku lupa pada niat asalku? Refresh niat, wahai hati. Refresh.

Self-reminder
Friday, 2 May 2014
Kan Allah Sweet
ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH...
Hari Jumaat, memang hari ani, hari special untuk kita. Mungkin kita semua ani sedang berlumba-lumba untuk mendapat redhaNya hari ani. Mesti semangat, jangan berhenti, aku pun masih lagi baru dalam perjalanan ku. Dan jua masih lagi taking my baby steps, so basically, what I'm trying to say is, it is still not too late to change... Dan YA, it takes time and also a lot of sacrifices tapi when you think about demi keredhaan Allah, InshaAllah, apa yang kita buat ani, actually we will enjoy doing this, knowing the fact that He will guide us in return.
Apa yang ingin ku share di sini adalah sajak yang ku karang ketika ku.. hmm.. kurang ingat kenapa, tapi pernah sudah kena post di Timeline muka buku.
Kan Allah sweet, Dia bagi macam-macam.
Bila diri dilanda stress, Dia tau.
Dia kirimkan beberapa orang insan.
Pastu siap bagi nikmat keceriaan lagi...
Kan Allah tu sweet, Dia bagi macam-macam.
Bila assignments menggunung, Dia tau.
Dia tiupkan beberapa idea dan ketenangan.
pastu bila sudah siap, dia bagi nikmat kesenangan...
Kan Allah terlalu sweet, Dia bagi macam-macam.
Bila diri rasa tidak di hargai, Dia tau.
Dia belai hati ini siap dengar tangisan lagi.
pasal Dia cakap, 'Takpa, Aku sangat dekat dengan mu'...
Kan Allah selalu sweet, Dia bagi macam-macam.
Di saat aku sudah terlalu senang, Dia tau.
pastu aku lupa psl Dia lah yg bagi aku segalanya.
tapi Dia tetap setia dengan cinta-Nya pada hamba yang alpa ni...
Kan Allah tersangatlah sweet, Dia bagi macam-macam.
Ketika air mata jatuh jua, Dia tau.
Dia persembahkan cinta-Nya melalui keindahan bintang di langit.
Dia kata, 'sebenarnya Aku rindu padamu'...
Kan Allah terlampau sweet, Dia bagi macam-macam.
Di detik bilamana aku berkali-kali jatuh dalam kegelapan, Dia tau.
Dia pancarkan sinar rembulan, cahaya keimanan.
pasal Dia tau aku terlalu lemah dan rapuh tanpa pimpinan-Nya...
Hakikatnya Allah terlalu sweet dengan kehidupan ku selama ani cuma mungkin aku terlalu ego untuk mengakui, atau terlalu sombong? NauzubillahMinZalik... Yang ingin kunyatakan jua di sini ialah, kita mesti selalu bersyukur atas segala sesuatu yang Allah bagi, jangan kufur nikmat. Ingatlah, Allah boleh tarik balik nikmat yang Dia bagi bila-bila masa saja. Kalau kita imbas setiap ujian yang Dia bagi, sebenarnya Dia ada bagi pengajaran di dalamnya plus kesenangan dalam menghadapi sesuatu ujian atu sendiri. So, tanya diri sendiri, bila diri di landa ujian, selalukah kita melihat hikmahnya?
RrJ
Labels:
Kerana Dia,
Sajak,
Self-reminder
Thursday, 1 May 2014
Hakikat diri di kala ini
Salam, seperti biasanya aku menulis di waktu aku rasa banyak perkara yang ingin ku katakan.
Bermacam-macam points yang ku bincangkan dengan orang disekelilingku hari ani, dri pelajaran, persahabatan, cinta sehingga lah perkahwinan. Yup, kebanyakkan tajuk-tajuk di atas atu membuahkan banyak perasaan yang sungguh payah sekali kan dirungkaikan. Perasaan-perasaan yang ku rasakan ani bercampur-baur sampai aku sendiri kurang faham apa perasaan ku ketika ani.
Bercakap mengenai 'pelajaran': Pada ketika ini, memang terbentang satu ujian di hadapanku iaitu exam. Bila ku lihat teman-teman ku bekerja keras merevise everything, terasalah jua. Apalah sangat usaha diri ani berbanding daripada mereka. Sepatutnya aku lebih sedar dan usaha ku mesti semaksima mungkin. Apa sebenarnya yang menghalang aku untuk berusaha? Alasan kadang-kadang menjadi benteng penghalang antara untuk belajar atau inda. Kalau ikut nafsu untuk terus bermalas-malasan memang indakan disentuh pun nota-nota yang siap di depan mata. Jadi, wahai diri, jangan bagi macam-macam alasan sampai jasad inda mau bergerak. Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.
Persahabatan: Tadi baru sahaja aku bercontact kembali dengan teman-teman ku dari sekolah menengah. Rindu? Memang teramat sangat. Mungkin pasal sudah lama inda bertemu muka, hang out sama-sama dan do whatever we did masa dulu-dulu. Kadang-kadang ada waktu atu aku mau rasanya kan kembali ke zaman di mana aku masih dapat bergurau-senda, buat perkara-perkara yang nampak berfaedah padahal membuang masa saja, main-main dan yang sewaktu dengannya. Tapi bila difikirkan balik, so kalau benar-benar terjadi, adakah diri akan rasa happy and puas hati? Mau lagi lah kan membuat kesilapan yang lama atu? Sahabat yang baik adalah sahabat yang sentiasa menegur kita kearah kebaikan. Inda salah mencintai/ mengasihi/ menyayangi sahabat kita asal tahu batas-batasnya. Bersahabatlah atas dasar cinta kepada yang Maha Pencipta. Mungkin sahabat kita atu masih seperti dulu tapi inda salah kalau kita mau yang terbaik untuk sahabat kita sepertimana kita mau yang terbaik untuk diri kita sendiri. Therefore atas dasar cinta pada Allah, inshaAllah, our friendship lebih diberkati dan diredhai oleh nya. Kan lebih manis macam ani.
Cinta: Bila ditanya diri sendiri, apa definisi cinta sebenarnya? Yang baru ku realise is that, bila kita belajar mencintai Allah dengan sendirinya kita juga mencintai yang lain. Maksudnya di sini, kalau kita cinta pada Allah nescaya kita akan cinta pada segala apa yang Allah cintai antara kitani. Like for example, our parents, siblings, lecturers hatta semut berjalan atu pun kita takut kan pijak. Then yang manisnya jua bila kita cinta pada Allah, bila kita harap cinta Allah, Dia dengan happynya membagi apa yang tani mau. Sampaikan diri ani rasa terharu... jap, bukan terharu, malah perasaan atu melebihi dari atu.
Perkahwinan: Ada ketikanya aku akan cakap, "Kan kawin ku eh.." atau pun kadang-kadang, "Giler, nada ku mau kawin." Hakikat perkahwinan atu adalah sunnah nabi. Lebih baik berkahwin daripada bercouple. Buat apa kan buat benda haram bila Allah sudah sediakan cara halal di depan mata? Conversation ku dengan seorang adik yang disayangi tadi memang sesuatu yang membuat aku kagum lah arah insan ani. Jujur ku katakan, aku di kelilingi dengan remaja-remaja yang hangat dengan 'percintaan' dorang. Bukan remaja sahaja malah yang sudah sedikit dewasa jua. Aku bukanlah sempurna mana, cuma selagi akal masih mampu berfikir, bila sesuatu atu lebih banyak haram dari halal, baik jangan buat. Akibatnya apa? Diri yang kena. Adik yang ku maksudkan ani selalu membagi jawapan yang aku inda pernah dapat dari mana-mana remaja seusianya yang pernah ku temui.
"Bercouple ni membawa kepada kemaksiatan"
"Jauh lagi perjalanan hidup ni"
Apa sebenarnya tujuan hidup kita? Ibadah pada Dia. Mungkin memperbaiki diri sendiri atu inda kan dapat dilakukan sehari suntuk tapi berusahalah kearah insan yang berguna. Seperti katanya, jauh lagi perjalanan hidup ani, kenapa perlu di waste dengan membuat sesuatu yang tidak berfaedah? Allah indakan mengubah nasib satu kaum atu seandainya ea sendiri inda mau mengubah dirinya sendiri.
RrJ
Labels:
Cinta,
Hidup,
Self-reminder