Assalamua'laikum WaRahmatullahi WaBarakatuh,
Setelah beberapa ketika, diri ani jarang jua menulis, meng-update blog tapi kalau diikutkan hati memang mahu rasanya selalu di-update. Namun apakan daya, komitmen terhadap tugas menghalang diri yang sedia padat jadual harian daripada menulis apa yang termampu. Tapi apa-apa pun, akan dicuba supaya lebih dapat meluangkan masa untuk mengisi blog yang sudah behabuk ani.
Alright, back to square one. Hari ani ada satu majlis ilmu yang Alhamdulillah membagi banyak impak lah jua. Tajuk majlis atu adalah, 'Hari Raya Aidilfitri: Zikir & Fikir'. Kalau dilihat, tajuk yang dipaparkan, memang sudah nampak interesting, apatah lagi sebagai pendengar, ceramah yang di sampaikan memang osemlah.
Brother yang menyampaikan ceramah atu memulakan ceramahnya dengan satu hadis Rasulullah s.a.w. yang berbunyi: "Apabila kamu melintasi taman syurga hendaklah kamu berhenti singgah" Lalu para sahabat bertanya:"Apakah taman syurga itu?" Jawab Baginda: " Majlis Zikir". (Riwayat At Tirmidzi)
So maksudnya, apabila saja kita datang ke majlis ilmu atu, kitani sebenarnya masuk ke taman syurga. Pernahkah kita terasa asal kita masuk ke dalam satu tempat yang penuh dengan orang-orang yang mengingati Allah, hati kita automatically jadi tenang, seolah-olah hati atu sejuk saja. That's why kita dianjurkan untuk datang ke majlis ilmu. Setiap hari kitani selalu dipanah dengan segala cobaan dan ujian yang kadang-kadang buatkan diri kitani rasa fed-up, stress dan sebagainya. How do we rehatkan jiwa dan jasad kita?
Sebenarnya selain dari solat, majlis ilmu ani pun adalah sebagai satu perhentian untuk merehatkan jiwa. Kan kadang-kadang, stress sampaikan, solat pun, nya kata orang kitani, 'Sukur-sukur saja'. Asal takbir, rukuk, sujud, tahiyat habis tah semuanya. Basically, bila mana banyak perkara yang difikirkan, solat kitani jadi macam perbuatan saja, indalah sekhusyuk mana. Jadi macam mana kita kan menghidupkan jiwa kita? That is why we need majlis zikir sebenarnya. Bukan sahaja untuk tazkirah harian tapi sebagai makanan jiwa tani yang kacau-bilau atu.
The Brother also said about zikir bukan hanya pada lisan. Kita berjalan menuju ke majlis zikir pada ketika atu, kaki kita sedang berzikir. Kita mendengar orang memberikan ilmu yang bermanfaat, telinga kita sedang berzikir. Melihat majlis ilmu, mata kita sedang berzikir. Kan manis nikmat Allah. Bukan hanya lisan semata tapi semua anggota berzikir pada-Nya. Masya-Allah.
Dan juga kuasa istighfar. Zikir lisan kita. Kalau difikirkan balik, selalunya berat rasa mulut dan lidah kan beristighfar. Sedangkan asal kita beristighfar, Allah ampunkan dosa kita. Sedangkan Rasulullah s.a.w. yang bersifat maksum lagi beristigfar sebanyak 70x, setiap kali. Tapi kitani? Umat yang selalu terdedah pada melakukan dosa? 3x selepas solat pun kadang-kadang berat mulut melebihi beratnya gajah. Malu pada Rasulullah, apa yang sudah kita buat sebenarnya. Allahu.
Sama satu lagi kata-kata Brother yang membagi bekas dalam diri. Kira-kira berbunyi: "Kitani masuk syurga bukan dengan amal, tapi dengan rahmat Allah. Tapi untuk dapatkan rahmat Allah, kitani mesti beramal."
Then tiba-tiba terjumpa dengan hadis nabi ani:
Sabda Rasulullah s.a.w.: “Amal soleh seseorang diantara kamu sekali-kali tidak dapat memasukkannya ke dalam syurga.” Para sahabat bertanya, “Hai Rasulullah, tidak pula engkau?” Rasulullah menjawab, “Tidak pula aku kecuali bila Allah melimpahkan kurnia dan rahmat-Nya kepadaku.” (Riwayat Muslim)
Aduh, sebanyak mana amalan kita, bila di hitung dengan nikmat Allah, inda dapat membayar semuanya. Hanya harapkan rahmat Allah saja kalau mahu ke syurganya. Anikan pula diri ani yang terlampau kurang amalan. Jadi nikmat Allah yang mana lagi yang kan kita dustakan? Allahu.
RrJ
Rujukan:
http://hadisrasullulah.blogspot.com/2010/06/himpunan-hadis-hadis-rasullullah-10.html. Diambil Ogos 2014
http://perkarahati.wordpress.com/2013/10/23/tidaklah-pantas-menuntut-pada-allah/. Diambil Ogos 2014

0 comments:
Post a Comment