Seorang yang sedang berjalan di bumi Allah dalam waktu yang hanya singkat cuma. Seorang pendosa tegar yang ingin mendapat redha dan ampunan Rabbnya. Seorang yang terlalu biasa namun ingin menjadi seorang yang luar biasa. Seorang anak yang belum dapat memberikan apa-apa kepada ibu bapanya tapi masih memerlukan kasih sayang dari keduanya. Seorang hamba Allah yang masih terlalu kurang ilmu dalam deen-Nya.
Deskripsi mengenai hidupku adalah seperti di atas. Walaupun begitu aku masih ingin mencuba yang terbaik untuk menjalani hijrahku. Apa yang penting, kita mesti yakin yang Allah akan ampunkan dosa kita walau sebesar mana sekali pun.
Dilahirkan dan dibesarkan di dalam dua environments yang berbeza membuatkan aku kadang-kadang skeptical dan mudah melihat sesuatu dalam dua perspectives yang beza. Bagaimanapun dalam keduanya, diri yang lemah ani belajar hidup susah dan sederhana, tradisi dan in trend dan jua dalam keadaan strict dan supporting. Melalui pengalaman semuanya, diri yang tidak sempurna ani berjumpa dengan banyak manusia yang banyak kelebihan tidak kurang jua pengajaran dari mereka-mereka yang ada kelemahan despite kelebihan yang ada pada diri dorang sendiri. Masih terlalu muda dalam bidang ilmu walaupun umur sudah miningkat 1/4 abad.
Sekian dulu dari hamba Allah, RrJ.
Mengenai Blog
Hamba hanya lah penulis yang baru dalam bidang blog, andai ada suggestion untuk improvement sila comment diruangan yang disediakan.
Sebelum membaca blog ini, hamba ingin memohon maaf andai ada salah silap, jika ada sebarang teguran boleh comment terus diruangan yang disediakan. Blog ini mengandungi ayat-ayat yang mungkin sensitif dan dengan itu, sila siap sedia dengan beg plastik kosong kerana dikhuatiri akan menyebabkan muntah yang berpanjangan. Bukan itu sahaja, jika awda mempunyai sebarang penyakit seperti athsma, diharap juga menyediakan ubat awda apabila membaca blog ini kerana ditakuti awda akan semput seketika.
Tapi overall, jika ada yang terasa dengan penulisan hamba, maka ingin hamba ingatkan bahawa benda-benda yang hamba coretkan tidak ada kena mengena dengan yang hidup dan yang telah meninggal dunia. Cuma rekahayasa. *Ok, mungkin ada sedikit melalui pengalaman namun ianya adalah sebagai pengajaran bagi kita semua, In Shaa Allah*
Tidak lupa juga untuk menyediakan plaster, kerana takut ada hati yang terluka dek sarcasm yang disampaikan di blog hamba ini. Sebagai penutup, moga blog ini memberi manfaat. Moga Allah redha. Aamiin.