RSS

Saturday, 30 May 2015

Ujian! Maie tia~

Assalamua'laikum WaRahmatullahi WaBarakatuh,

'Yaw, stress ku! Macam jiwa kacau lah. Tahap bila ku melihat awan atu, nampak theory-theory Haldane effect sama Bohr effect. Ku pandang ke siring, aku nampak Poiseuille equation  atu. Ngeri banar. Lebih ngeri dari Zombie dari kampong marang kerapu kepunden marang skeper!!'

Ok. Krik, krik, krik…

Ish, ish, ish. Macam ani lah kebanyakkan dari kitani. Ada kalanya, ujian yang datang membuatkan kitani rasa hampa. Sampaikan setiap pandangan kitani atu penuh dengan masalah-masalah kitani. Yalah, fikiran kitani mulai rasa inda menentu, gelisah sama risau yang teramat. Ada masanya, kitani rasa macam sendirian. Rasa disisihkan pun ada. Seolah-olah orang disekeliling kitani atu macam racun tikus bagi kitani. Kenapa kitani rasa cematu?

Entah lah, sejak kebelakangan ani, aku rasa macam banyak saja assignments ani. Macam tanpa henti menggunung. Mana lagi events, kuliah, projek. Ish, si Bedah atu lagi menulak chenta ku. Macam-macam eh. Sudah tah tedasur di tangga, terabah lagi… adui-adui,’ kata si Dollah sambil minum kopi kapal api betul-betul kaw di kedai mamak.

Rasanya masalah yang kitani hadapi sebagai satu ummah is that kitani mempunyai satu kekurangan. Kekurangan ani lah yang menyebabkan kitani jumud dalam melihat setiap ujian yang kitani rasai. Mau tau apa kekurangan atu? Kekurangan yang ku maksudkan di sini ialah “KURANGNYA rasa SYUKUR”. Memang kalau dilihat macam indalah penting usulnya tetapi cuba kita lihat ‘syukur’ ani dari segi yang berbeza.

Ok. Ok. Sekali apa relevant-nya kan? Kitani happy, kitani syukur, ok jua sudah tuu. Sekali mau apa lagi?

*Duduk santai like a boss* This is the thing sebenarnya. Kitani cuma bersyukur masa kitani gumbira!

So what? Aku dah bersyukur. Apa lagi kan?

Aduh, seriyes pemikiran macam ani sebenarnya sempit banar. Rasa syukur ani meliputi segalanya, kawan. Ani kita lain, masa hepi baru tah syukur. Kana hadiahkan i-pon 6 baru lah keluar ‘Alhamdulillah’ kitani, dapat 5As, dapat sebuah rumah, kereta baru jenama boogaateee, lap top jenama Aylionway *tapi eksen*, pensel sebatang *eh*, baru lah lidah tani ringan menyebut ‘Alhamdulillah’. Di mana perginya ‘Alhamdulillah’ kitani atu masa kita bersedih?

Bukan atu saja syukur kitani sepatutnya meliputi banyak perkara. Sebagai contoh yang sering kena bagi ialah; ketika kitani sakit. Sepatutnya masa cani lah kitani belajar untuk bersyukur. Kenapa? Ada ke-ohsem-an melanda bila kitani kurang sehat sebenarnya. Bayangkan hidup kitani sebagai hamba yang inda luput melakukan dosa setiap hari kena ampunkan dosa-dosa kecil kitani yang Allahu’alam banyaknya cemana. Astaghfirullah. Bukankah ani satu anugerah??? Therefore why is it hard for us to say ‘Alhamdulillah’?

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Dia mendapat pahala dari kebajikan yang dikerjakannya dan dia mendapat siksa dari kejahatan yang diperbuatnya…” (1:286)

Ayat di atas ani, sebenarnya selalu kitani nampak. Barangkali lebih dari 10x ayat ani kena mention dalam ceramah-ceramah. Aku bukanlah kan jadi manusia skema *hehe* tapi sebagai peringatan untuk diri sendiri yang hakikatnya amatlah pelupa dan alpa. Ujian yang kitani hadapi atu mungkin bagi kitani amatlah berat tapikan apalah sangat ujian yang sepele atu dibandingkan dengan ujian para Nabi-nabi kitani dulu.

Wei, nabi-nabi manusia maksum.

Hah?? Alasan.

Apakah manusia mengira bahawa merekaakan dibiarkan hanya dengan mengatakan, ‘kami telah beriman,’ dan mereka tidak diuji? (29:2)

Dan sungguh, Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta. (29:3)”

Senang saja perumpamaannya. Kalau kitani seorang yang bertanggungjawab, buktikan dengan perbuatan kitani. Jangan cuma cakap saja. Kitani mestilah membuktikan dari segi kualiti kerja yang kitani buat and also keikhlasan kitani membuat kerja tersebut. Kalau kerja tanpa ikhlas, apa yang kitani buat serba inda kena, inda bisai dan inda terasa jiwa-damai-permai di dalamnya *chewah*. Samalah halnya kalau kita jatuh chenta. Kitani buktikannya dengan pengorbanan kitani untuk makhluk yang kita chentai kan? Kalau kitani inda buat cemani, rasanya belum cukup chenta lah tu.

Sekali? Cemana tah tu?

TAQWA. Taqwa yang macam mana? Yang paling senang dan simple gaban is that dengan membuat perkara yang Allah loves dan meninggalkan perkara yang Allah hates.

Ko cakap memang senang. Aku ni yang kan membuat payah!

Hah??!! Alasan cliché tu, kawan. Kenapa untuk makhluk kita mampu sedangkan untuk Maha Pencipta, kitani inda dapat buat? Redahi lembah belukar lah, berenang lautan api lah, berpanas berhujan lah, ombak ribut mencengkam lah…kononnya  kitani okay saja buat untuk makhluk walau payah cemana sekalipun. Why don’t we go too far for Allah and forthe sake of Him? Malunya!

Allah inda minta kitani tadahkan emas, duit bebillion, istana 99 buah, kereta felari 70 buah dan macam-macam lagi lah. Allah hanya mahu kitani tadahkan tangan, minta dari Dia, syukuri nikmat-Nya dan also rebahkan kepala kitani pada tanah untuk bersujud pada-Nya. *check-up iman dan ketuk-ketuk pintu hati*


RrJ