RSS

Tuesday, 17 March 2015

Catatan Si Musafir Rasa

Assalamua'laikum WaRahmatullahi WaBarakatuh,

Ehem… ehem… Catatan ku kali ani berkisar tentang monolog Si Musafir Qaseh *Uhuk… uhuk…* Si Musafir Rasa lah *discreetly menukar supaya orang inda asthma bila membaca*. Pada era ini, telah lahir ke bumi satu jasad yang tiada cacat celanya. Aiseh, macam peraduan mari bercerita dah. Bila satu jasad ani mula mengenal perubahan warna di alam sekelilingnya, dia mula mengeluarkan suara seakan ingin bertanya. Namun yang keluar dari bibir mungilnya hanyalah “Baa… baa… mmhmmm…”. Ya, sekarang kitani sudah ter-click siapa yang ku maksudkan. Seorang baby ler… *ada yang inda tau, confirm tutup muka pakai bantal pasal lambat ter-click*

Hari berganti hari, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun, *ok, cliché amat* baby tersebut telah membesar menjadi seorang insan yang mengenal erti kehidupan walau terkadang kelam yang dirasakan tapi dia mengerti, kilauan setiap warna pada wavelength visible light yang ter-reflect di sepasang mata miliknya akan pasti dapat ditawannya. *para pembaca pun berkata, “hai, merepek nampak blogger seekoq ni”* Just bear with me, we are almost there…

Nah ini dia; *lagi saspen, lelah orang menunggu untuk membaca monolog atu* Sebelum para pembaca meneruskan, sila sediakan beg plastik. Takut ada yang termuntah. Bersabar, ya…

Dulu, masa diri ana masih kecil, ana harap banar-banar diri ana akan hidup bahagia selamanya. Layaknya seperti seorang putera/ puteri dalam kisah dongeng raja-raja. Bahagia hidup macam di awang-awangan. High. Nada istilah masalah. Nada istilah sakit. Sampai rasa ingin di jiwa ana memiliki planet sendiri. Planet milik ana atu akan ana dekorkan ia dengan binatang-binatang dan tumbuh-tumbuhan pelik yang ana suka. Swan, pegasus, unicorn, kucing, burung-burung dan bunga-bunga rose yang berlainan warna dan macam-macam lagi lah. Mesti chantek. Mesti lawa kan?

Di langit malamnya, ana mahu menyimpan berjuta bintang-bintang yang indakan berhenti kerlipannya dan satu bulan purnama. Di siangnya sengaja ana mau simpan cahaya matahari, biar tanam-tanaman dan bunga-bungaan ana happy sambil nyanyi-nyanyi bilamana dorang melihat cahaya si Matahari. Sahabat-sahabat ana, semestinya pari-pari kecil yang tinggal di bunga-bunga yang ana tanam. MasyaaAllah, mesti rasa hepi- kan? Di planet atu jua, ana ingin membina sebuah mahligai yang diperbuat dari pelbagai jenis batu-batu kristal yang berkilauan sampaikan terciptanya kaleidoscope impian ana. Ada fountain, barang-barang perabot yang cukup dan tidak dilupa jua, sebuah perpustakaan milik ana yang di dalamnya ada berjuta-juta buah buku supaya ana indakan rasa bosan. Macam mana? Mesti bahagia kn?

Tapi hakikatnya diri ana sedar, semua ani hanyalah khayalan yang ana inginkan. Khayalan budak kecil yang masih belum mengenal erti sebuah kehidupan. Khayalan budak hingusan yang tidak mengetahui apa arah tujuannya. Bila sudah dewasa, ana mula tertanya-tanya. Kenapa setiap manusia ada masalah? Orang kaya ada juga masalahnya. Hati inda tenang, takut kehilangan harta dan macam-macam. Orang miskin, lain pula halnya. Nada makanan, inda mampu dari segi kewangan, hidup melarat dan banyak lagi. Manusia dengan ragam masalahnya. Sekali ana berfikir, jadinya kenapa ana rasa ana lah yang paling menyedihkan di dunia?

Pasal ana terlalu jauh daripada Tuhan ana. Pasal ana inda mengendahkan seruan Tuhan ana. Ana belum kenal siapa Tuhan ana. Ana tahu Dia ada tapi ana buat endah tak endah saja. Aduh. Aduh. Aduh. Kejamnya diri ana. Ana lupa untuk bersyukur pasal Dia memberikan ana kesempatan untuk melihat dunia yang bagi ana indah ani. Jadinya, kalau dunia ani sudah ohsem pastinya Maha Penciptanya lagi hebat kan? Ana hitung-hitung diri ana, indalah seberapa sangat diri ana ani. Solat inda tentu, khusyuk di bibir tapi jiwa melayang ke langit biru, doa pun entah inda tau makna, apatah lagi menghayati bait-bait isi kalam-Nya. Aduh. Aduh. Aduh. Ana rasa sakit. Sakit pasal jiwa dan hati ana rasa kosong yang teramat. Menderita rasanya. Macam rasa ditinggalkan. Putus chenta!!

Tapi masa tu ana masih belum tahu apa yang menyebabkan kekosongan jiwa ana. Ana cuba mengemis chenta makhluk ajnabi se-species ana. Masa tuu masih lagi budak mentah, jiwa muda, otak cetek, tahu hukum tapi inda memahaminya. Ana biarkan diri ana dibawa arus dalam satu perasaan yang makhluk se-species ana declare: chenta dan berqaseh syayang. Mereka kata chenta style gini buatkan species kami mabuk kepayang, makan tak lalu, tido tak lena, mandi tak basah *ana amat cliché*, kan barus gigi sampai telupa bagi colgate, pakai kasut pun setampik lain, setampik lain dan banyak pekara pelik lagi. Namun semua ani, inda pernah terjadi pada diri ana. Jadi ana buat konklusi yang ana species yang luar biasa. Walau luar biasa sekalipun, ana inda pernah rasa damai di jiwa ana. Kenapa? Bukankah ana sudah mendapatkan chenta yang ana mahukan atu?

Ana mencari-cari siapa diri ana. Yalah kan, mana lah tahu, dalam pencarian atu, ana boleh jumpa apa yang ana mahu. Tapi semakin lama, seolah-olah diri ana terapung-apung arah vacuum. Tanpa udara, semua perkara terasa sempit. Dunia ana dari luarannya nampak penuh cahaya, hakikatnya hidup ana macam dipenjara oleh kegelapan. Ana nampak bayangan ana di bawah cahaya atu tapi bayangan atu macam ingin menerkam ana. Takut. Takut. Jiwa ana berkali-kali meraung!


Dan suatu hari atu, ana memandang cahaya bintang di atas. Berkali-kali melambai diri ana dengan kerlipan-kerlipannya. Inda semena-mena hati ana tiba-tiba menjadi rawan. Selang beberapa ketika basah pipi ana dek air mata yang tertumpah secara tidak sengaja. Perasaan hiba membanjiri jiwa ana. Baru ana perasan betapa egonya diri ana. Baru ana perasan betapa sadisnya diri ana. Ana melupakan Dia! Astaghfirullahal’adzhim…  pandangan ana yang sedari tadinya kabur tetap memandang langit gelap-Nya. ‘Ya Tuhan, Engkau kah itu? Memanggil diri hamba untuk menyebut nama-Mu? Ya Rabb pencipta keindahan sang bintang, apakah ertinya perasaan ini? Mengapa hibanya hati hamba di kala ini? Wahai Pemilik sekalian alam, rasa ini… apakah kerana hamba terlalu jauh dari Mu? Rasa di hati hamba… entah… adakah ia kerana Mu? Atau mungkinkah Engkau merindui jiwa sekosong jiwa hamba?’


“Tuhan mu tidak meninggalkan engkau (Muhammad) dan tidak pula membenci mu” (93:3)
“Dan Dia mendapati-Mu sebagai seorang yang bingung, lalu Dia beri petunjuk”(93:7)

Ya. Ana sudah faham, rupanya diri ana… eh, bukan… hati ana sedang kehilangan-Nya. Hati ana kosong kerana Dia tidak ana tempatkan di tempat yang sepatutnya. Hati ana rupanya ana isi dengan chenta yang ala-ala; bukan dengan chenta hakiki. True luv ana sepatutnya Dia. Aduh, malunya. Kata Maha Pemilik hati ana, “Hanya dengan mengingati-Ku, hati mu akan damai. Ketahuilah Aku sangat dekat pada mu…” Sweet kan, True Love ana. Baru ana perasan chenta yang ana idamkan adalah chenta Si Pencipta rasa chenta. Jiwa ana yang awalnya kosong, sekarang macam terisi. Tenang. Lapang. Wah, ani baru kebahagiaan. Happiness is… you feel content when you please Him (your only True Love). Alhamdulillah… Wahai Pemilik hati ku, tetapkan lah iman ku pada agama-Mu, tetapkanlah hati ku untuk chenta-Mu…” - Inchi’/Chi’ Musafir Rasa

MasyaaAllah~ :’)
RrJ