Assalamua'laikum WaRahmatullahi WaBarakatuh,
Alhamdulillah, setelah sekian lama jua lah baru meng-update blog ani. Bukanlah kerana kemalasan melanda melainkan ke-busy-an cuma. Chewah. Aku membaca pun geli dah. So Ramadhan tahun ni macam mana? Apa khabar Iman? Soalan yang memang aku tanyakan arah diri yang kerdil ani. Apa lah sangat amalan ku yg kecupal ani dibandingkan dengan nikmat Allah pada bulan Ramadhan ani.
The best part about bulan Ramadhan is the fact that ibadah atu lebih ringan dijalankan berbanding dari bulan-bulan lain. What I mean by this, syaitan, iblis, hantu-hantuan semua digari oleh Allah just so we can put our amalan to the highest priority and as maximum as we can. I know bagi yang baru berhijrah memang banyak cubaan lah sedikit. Tak pa kitani sama-sama cuba untuk meraih cinta-Nya. Ingatkan pada diri sendiri, Allah lihat kitani punya effort walaupun kesudahannya bukan seperti kita inginkan. Allah maha adil, Dia saja yang tahu mengadili kitani. So jangan berhenti berusaha. *Ahad* *selfreminder untuk diri ku yang rapuh ani jua*
Ok, sekarang cuti sem pun kan habis sudah. Awal bulan Ogos start sudah study balik. Maybe adalah insan-insan yang merungut pasal beraya inda lama. Haa~ cuti lama pun kurang bersyukur? Nasihat diri ani cuma satu, "Sabo je lah". Jangan sampai amalan tani bulan Ramadhan atu sia-sia. Beraya pun berpada-pada. Walaupun habis dah puasa tetapkan amalan kitani supaya lebih istiqomah. Dan juga terasalah betapa tahun ani sekajap benar Ramadhan atu. Since blog ani kurang berupdate, arah pengicau saja mampu di update. Mostly peringatan pada diri-diri kitani di Ramadhan yang mulia ani. Yang di buat hashtag atu yatah sudah. Usul hashtagnya macam ani #kicauanRamadhanku. Memang pelik benar-benar bila kita lihat masih ada manusia yang ignorant semata masa bulan suci ani. Especially halnya dengan aurat, ikhtilat, pembaziran dan sebagainya. Tanya diri sendiri, siapa yang hantu sebenarnya? Kita kah atau hantu atu sendiri? Jangan salahkan makhluk lain andai sekiranya kitani bukan kesalahan or dosa. Bukankah kita sendiri yang melakukannya?
Kebanyakkan kitani ani menjadikan iblis sebagai alasan. Contohnya:
Manusia: Aduh, iblis tuu bisik-bisik supaya aku buat kejahatan
Iblis: Habis, kenapalah kau ikutkan jua..
Antara salah satu sikap yang kitani ada ialah menyalahkan orang ataupun benda lain. Hatta kalau tersepak batu sekali pun kitani cakap, "Kenapa tah batu atu di sana?". Ironinya walaupun kita tahu batu inda boleh bergerak tapi masih jua disalahkan benda yang mati. Pelik tapi benar. Jadinya yang perlu kita persalahkan adalah diri kitani sendiri sebenarnya. Sama lah halnya dengan ibadah dengan diri kitani. Kitani ada hak memilih untuk melakukan atau tidak melakukan. Jadi kalau inda mau rugi kemudian hari pilihlah untuk melakukan kebaikan.
Benar memang benar kitani manusia biasa yang prone untuk melakukan dosa. Walau bagaimana pun janganlah ani dijadikan alasan untuk terus melakukan dosa. Tahu diri bukanlah perfect tapi cubalah untuk menjadi Muslimin dan Muslimat yang sempurna. Biar orang lihat diri kita ani biasa-biasa tapi di pandangan Allah, dengan usaha kita untuk mengenali dan mendekati Allah, InSyaaAllah, kitani boleh jadi manusia yang luar biasa.
Ok. Di bulan kerinduan ani, banyak sebenarnya perkara yang boleh dibahaskan. Cuma diri ani kurang kesempatan untuk menulis. Apa-apa pun harapan diri ni cuma satu lah, agar Ramadhan kali ani kitani semua jadi manusia yang lebih baik dari sebelumnya. InSyaaAllah, dalam masa terdekat ani, kalau masa mengizinkan memangkan meng-update lagi.
RrJ

0 comments:
Post a Comment