RSS

Saturday, 26 July 2014

Adakah kitani perasan yang

Assalamua'laikum WaRahmatullahi WaBarakatuh,

Ingin rasanya kan buat speech sikit-sikit tapi nampaknya aku bukanlah manusia yang pandai bermain dengan madah kata. Bahasa ku terlalu simple, just as simple as my mind. Indalah se-complicated mana. Antara sebabnya adalah kerana aku akan baca balik blog post ku walaupun berkali-kali sampaikan aku hafal. Pergh. Pasalnya diri ani sentiasa memerlukan tazkirah. So basically when I write atu adalah perkara yang terlintas di fikiran yang kalau inda diluahkan confirm hilang meniti waktu dan jadilah aku ni seperti orang yang rugi semata.

Seperti tahun-tahun yang lepas banyak kejadian-kejadian yang aku sendiri sudah lupa. Tapi walaupun begitu banyak yang berbekas di ingatan kitani. Tahun ani lain lagi kejadiannya. Seperti kata UltraAbi ku, "Dunia makin tua, ada satu masa ia kan ngalih jua. Manusia tahu mengerajakan saja.

Kata-katanya memang inda dapat ku lupakan. Even dalam Al-Qur'an, ada malaikat cakap yang manusia selalu melakukan kerosakkan di bumi. Despite all that, Allah tetap jadikan kita Khalifah yang berjalan di muka bumi ani. Peluang yang Allah bagi ani, adakah kita patut sia-siakan begitu saja? 

Berbalik kepada events yang berlaku pada tahun ani. Dari awal tahun sudah macam-macam kejadian yang inda kurang peliknya bila difikirkan dengan akal kita. Ingat lagi pasal MH370? Rohingya? Syria? Gaza? MH17? Algerie Airlines? Macam-macam yang berlaku. Memang inda dapat dinafikan diri ku bukanlah jenis manusia yang menonton berita 24 jam. Tapi bukankah di setiap kejadian atu ada signs yang Allah kan tunjukkan? Kita hidup dalam kemewahan selama ani, tidakkah kita terfikir andai sekiranya kita di tempat mangsa, apakah Iman kitani ani akan kuat? 

Ibnu Abbas r.a berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tiap umat ada fitnah(ujiannya) sendiri-sendiri, dan ujian umatku adalah harta kekayaan”  (Abul Laits Al-Samarqandi, Tanhibul Ghafilin)

Benteng kitani adalah Rukun Iman sebenarnya. Andai keimanan kitani kuat, mustahil kesusahan atu membuatkan kita jauh dari Allah dan jua kalau kita ada kesenangan, mustahil jua kita kan melupakan Dia. Kita mesti menternak Iman di dada supaya inda mudah diri kita rebah andai kata ada ujian yang Allah berikan. Jangan sampai kesenangan buat kita kufur nikmat dan jangan buat kesusahan sebagai alasan untuk kita putus harapan dengan pertolongan Allah. Pertolongan Allah atu comes on the right time. Allah rindu pasal atu tah Dia mau kita mengadu pada hanya pada Dia. 

If only we can just open our eyes to all the signs of His love, I, with no doubt, am sure that we will sacrifice everything just so we can be with Him. Layaknya seorang insan merindui kekasihnya. 

RrJ

Rujukan:

  • Jahil adalah kemiskinan yang lebih besar membawa kepada kekufuranhttp://futuhatulaqliah.wordpress.com/2011/08/08/jahil-adalah-kemiskinan-yang-terlebih-besar-membawa-kepada-kekufuran/. Diambil pada July 2014

Wednesday, 23 July 2014

Sesi sharing is caring di bulan mulia

Assalamua'laikum WaRahmatullahi WaBarakatuh,

Alhamdulillah, setelah sekian lama jua lah baru meng-update blog ani. Bukanlah kerana kemalasan melanda melainkan ke-busy-an cuma. Chewah. Aku membaca pun geli dah. So Ramadhan tahun ni macam mana? Apa khabar Iman? Soalan yang memang aku tanyakan arah diri yang kerdil ani. Apa lah sangat amalan ku yg kecupal ani dibandingkan dengan nikmat Allah pada bulan Ramadhan ani. 

The best part about bulan Ramadhan is the fact that ibadah atu lebih ringan dijalankan berbanding dari bulan-bulan lain. What I mean by this, syaitan, iblis, hantu-hantuan semua digari oleh Allah just so we can put our amalan to the highest priority and as maximum as we can. I know bagi yang baru berhijrah memang banyak cubaan lah sedikit. Tak pa kitani sama-sama cuba untuk meraih cinta-Nya. Ingatkan pada diri sendiri, Allah lihat kitani punya effort walaupun kesudahannya bukan seperti kita inginkan. Allah maha adil, Dia saja yang tahu mengadili kitani. So jangan berhenti berusaha. *Ahad* *selfreminder untuk diri ku yang rapuh ani jua*

Ok, sekarang cuti sem pun kan habis sudah. Awal bulan Ogos start sudah study balik. Maybe adalah insan-insan yang merungut pasal beraya inda lama. Haa~ cuti lama pun kurang bersyukur? Nasihat diri ani cuma satu, "Sabo je lah". Jangan sampai amalan tani bulan Ramadhan atu sia-sia. Beraya pun berpada-pada. Walaupun habis dah puasa tetapkan amalan kitani supaya lebih istiqomah. Dan juga terasalah betapa tahun ani sekajap benar Ramadhan atu. Since blog ani kurang berupdate, arah pengicau saja mampu di update. Mostly peringatan pada diri-diri kitani di Ramadhan yang mulia ani. Yang di buat hashtag atu yatah sudah. Usul hashtagnya macam ani #kicauanRamadhanku. Memang pelik benar-benar bila kita lihat masih ada manusia yang ignorant semata masa bulan suci ani. Especially halnya dengan aurat, ikhtilat, pembaziran dan sebagainya. Tanya diri sendiri, siapa yang hantu sebenarnya? Kita kah atau hantu atu sendiri? Jangan salahkan makhluk lain andai sekiranya kitani bukan kesalahan or dosa. Bukankah kita sendiri yang melakukannya? 

Kebanyakkan kitani ani menjadikan iblis sebagai alasan. Contohnya:
Manusia: Aduh, iblis tuu bisik-bisik supaya aku buat kejahatan
Iblis: Habis, kenapalah kau ikutkan jua..

Antara salah satu sikap yang kitani ada ialah menyalahkan orang ataupun benda lain. Hatta kalau tersepak batu sekali pun kitani cakap, "Kenapa tah batu atu di sana?". Ironinya walaupun kita tahu batu inda boleh bergerak tapi masih jua disalahkan benda yang mati. Pelik tapi benar. Jadinya yang perlu kita persalahkan adalah diri kitani sendiri sebenarnya. Sama lah halnya dengan ibadah dengan diri kitani. Kitani ada hak memilih untuk melakukan atau tidak melakukan. Jadi kalau inda mau rugi kemudian hari pilihlah untuk melakukan kebaikan. 

Benar memang benar kitani manusia biasa yang prone untuk melakukan dosa. Walau bagaimana pun janganlah ani dijadikan alasan untuk terus melakukan dosa. Tahu diri bukanlah perfect tapi cubalah untuk menjadi Muslimin dan Muslimat yang sempurna. Biar orang lihat diri kita ani biasa-biasa tapi di pandangan Allah, dengan usaha kita untuk mengenali dan mendekati Allah, InSyaaAllah, kitani boleh jadi manusia yang luar biasa.

Ok. Di bulan kerinduan ani, banyak sebenarnya perkara yang boleh dibahaskan. Cuma diri ani kurang kesempatan untuk menulis. Apa-apa pun harapan diri ni cuma satu lah, agar Ramadhan kali ani kitani semua jadi manusia yang lebih baik dari sebelumnya. InSyaaAllah, dalam masa terdekat ani, kalau masa mengizinkan memangkan meng-update lagi. 

RrJ