RSS

Friday, 3 November 2017

Cerita organisma dunia

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ



Assalamualai'kum WaRahmatullahi WaBarakatuh.

Gambar hiasan aje~ Sebenarnya blogger kan menampalkan puisi pulang saja, Hahaha. So sebagai intro, describing gambar sajalah aaa... *mabuk darat usulnya, blogger ani* Hahahaha. Bunga di atas berwarna putih, anther and stigma nya pula berada di tengah-tengah and berwarna jingga seakan-akan warna kuning. Daunnya pulaa..... bla bla bla... *merepek* 

Laju gerakan tapak kaki ini,
seakan mengerti akan malapnya sang kalbu,
berhenti bukanlah satu pilihan..
yang dia tahu, 
yang dia hendak,
cuma laju pergi laju...

Tersentak dedaun pintu dek hentaman tangan ini,
menghurai maksud bicara sang kalbu,
menghubung bahasanya dengan titisan hangat,
membasahi bumi,
membasahi angkasaraya,
merebahkan lutut ke tanah,
untuk merayu dan terus merayu...

Memujuknya, 
disangka dengan kata semanis gula Melaka,
disangka dengan timbunan emas permata,
disangka dengan ribut wang berjuta,
disangka dengan janji membelah Lautan India,
silapnya, kerana dia bukan seorang hamba..
bukan hamba dunia!

Kadang-kadang aku hairan,
selalu ku termenung...
bukankah kerlipan bintang-bintang itu terang warnanya?
mampukah jiwa yang rendah menggapai tingginya jauh di hujung semesta?
bukankah silaunya menerangi gelapnya dunia?
mampukah kulit senipis ini memegang kehangatan apinya?
Eh, tunggu seketika... kerana aku lupa,
Sang Bulan yang dekat dipelukkan rasa,
Sang Bulan yang membawa damai di jiwa,
Sang Bulan yang sering ada walau selalu bertukar warna.

Ku marah pada waktu,
Ku marah pada jarak,
Ku teriak pada rasa yang lantang membisu,
Ku teriak pada akal yang kononnya tahu,
Tapi dalam sedarku pada jarak itu bukan lah kejauhan,
waktu itu bukan pertukaran haribulan,
Mereka cuma benteng... benteng yang ku percaya menyatukan...
benteng yang ku takutkan akan memisahkan.

Berkibaran pokok-pokok melepaskan daun-daun yang kering kontang,
beterbangan hingga jatuh ke tanah,
bunyinya sepi, bunyinya halus,
tapi siksanya parah kerana sudah dilupa...
Aku berdiri merenung tangisnya,
"Ah~ sudah... kau tahu, sang bumi memerlukan mu. 
Tak usah kau damba pada ranting yang melepasmu,
tak usah kau kembali pada yang tidak menghargaimu.
Tidak perlu... kerana kau lebih berharga dari mutiara,
dan fitrah mu tenggelam bersatu dengan sang bumi...
Kau akan bergembira sekejap lagi!"

Ku terpesona pada kemerahan si mawar,
Ku terlihat anggun gayanya membuat orang terpana,
Ah... Aku ingin jadi sepertinya,
menambat hati manusia yang memerhati,
akan sopannya, akan santunnya, akan cantiknya...
walhal aku tumbuh sebagai kaktus,
penuh duri tajam, menakutkan manusia untuk menyentuhku,
hijau terang gagah berani ku berdiri,
tapi terbiar ku melihat seorang demi seorang pergi...

Sekian kisah species yang blogger huraikan pada hari ani, di harap dapat membantu abiskita untuk men-describe other new species kalau terjumpa di perkarangan rumah mahupun di lereng-lereng bukit Shahbandar. *merapu inda sudahnya*

RrJ

Thursday, 2 November 2017

Diari 6

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalamualai'kum WaRahmatullahi WaBarakatuh.

Alhamdulillah ‘alaa kulli haal. Inda terasa bila November telah tiba~ *gerakkan badan kiri ke kanan ikut irama Pop Ye Yeaaahh!!*. Sudahnya masa ani atu, barulah blogger ada rasa hati kan meng-hapdate this humble blog *uhuks uhuks* of mine. Manatah jua, satu post ganya sebelum ani. Hadang luan, mun kan dituruti busy memanjang ato. *meraung di dasar lautan… lamas tu eh* Hahahaha. Now that sudah busy atu baru tah kan meng-update. Engkau dah kenapa blogger!!

Bila meliat filem-filem animasi dan sebagainya, nampak banyak antagonis n also the protagonis nya yang memainkan peranan penting untuk menjadikan sebuah animasi atu interesting tahap dewa-dewa 19. Apadehhh. Okay… you see, setiap kisah-kisah dorang memaparkan masalah, tribulasi, ujian yang seringkali tertimpa *lol, tatabahasa sumbang ke laut. Kohkohkoh* arah protagonisnya and orang di kelilingnya. It actually shows that, life is not always about rainbow, guys. We have to admit that life’s not easy. Itulah our Beloved berfirman bahawa Dunia ini neraka bagi Mukminin dan sorga bagi mereka yang lainnya.

So if we want never-ending happiness… tunggulah sebenar-benar sorga dari Allah, bukan mengharapkan sorga dunia yang fana ini. Alih-alih, hujungnya aku buat syarahan lah jua kan padahal, yang kan dibuat ani adalah diari kehidupan. Haha. It was that one fine day, when I took my Ultra-Abi to his appointment di satu hospital terkemuka di negara ani *eh, ada wah?*. Mendung memanjang saja waktu atu, hatta nada mood banarnya kan melangkahkan batis keluar rumah. Rasa macam minta dimanjai oleh benda empuk tersebut tapi ku gagahi diri untuk tetap memandu ke tempat tujuan. Parking jauh tapi ada shuttle bus. Nice~ Alhamdulillah, hari yang biasa, mood pun biasa-biasa… atau mungkin nada mood langsung. Pasal masih lagi membayangkan betapa indahnya dipelukkan sang selimut di rumah.

So tiba lah masanya untuk pulang. Sampailah shuttle bus atu ke tempat menurunkan penumpang. My Ultra-Abi bukanlah secakah dulu bila qudratnya masih lagi mampu mengendong kami semua but I know he is the strongest man ever on earth. At least for me. Perlahan-lahan ku berjalan seiring dengan my beloved, dituntun pasal kakinya bukan lagi selaju dulu. Hujan pun rintik-rintik, ombak mungkin bergelora… but then ada satu benda yang membuatkan aku terharu dengan qaseh sayang Allah… *sebenarnya banyak lagi; telampau-lampau-lampau banyak, cuma for today, just this one is enuff*

Hamba Allah: (mengarik dri kreta) Jauh lagi paking kita?
Aku: Eh, napapa. Dekat saja.
Hamba Allah: Oh, kalau inda, aku ngantarkan ke sana.
Aku: Tu sana, hampir sudah.

Dan pemuda atu pun driving pelahan untuk melihat kami sampai sudah ke tempat parking or not. Sudah kami sampai, orang atu pun drive macam biasa. Wah, nampak sweet di sana? Sweet bila Allah jaga kita bila kita jaga hati Ultra-parents kita. Banyak rasanya perantaraan yang Allah tunjukkan in order to show how much He loves us. Thus hari atu, rasa macam hidup semula. Yalah, rasa disayangi so semangat membaralah kononnya. Haha.

Berbalik kepada hal dimana protagonis yang menghadapi berbagai rintangan tadi, kitani seharusnya faham yang dunia ani is a temporary thing. Yes, ada waktu kitani rasa ngalih. Ngalihnya atu, kalau dibawa tidur pun macam inda membari-membari. Ketahuilah, masa atu bukan jasad tani yang ngalih tapi hati tani yang empty. Nada isi. Pasal terlalu letih memikirkan dunia, manusia… yatah kosong tia. Tapi… bila kitani bawa chill seketika dengan zikir dan meluahkan segalanya pada Allahu Ta’ala, serius, kawan… You will feel like you are being born again.

Baru-baru ani jua I learn betapa sadisnya bila 3 benda ani hancur terburai. And then I go, “woah, patutlah”.

Remember this Wahai Future RrJ,
3 things you should never break; Trust, Promises and Hearts” –Anonymous

Pasal 3 benda ani, connectionnya! Waduh, kuat gilerrr. Apabila satu berkecai, yang the other two pun ikut bergelimpangan hangus. Padu tu, bro.

And then tiba-tiba aku teringat satu nasihat dari Pengerusi Al-Badar. Kira-kira macam ani:

Masa mula-mula dulu, semua anak panah pegi mana entah, ke sana, ke hujung, padahal target kat depan je… tapi jangan risau. Practice makes it perfect. Sekarang Alhamdulillah, dah tau dah macam mana nak pergi terus pada target. Tak pe kalau gagal. Kalau gagal, cuba lagi dan lagi dan lagi. Pasal bila Allah bagi kita ujian, Allah sebenarnya nak bagi kita something. So bila macam tu, bila gagal, jangan give up, teruskan. Cuba. Bila dah dapat target, apa kita rasa? Alhamdulillah. Dengan segala usaha tu semua kita akhirnya bertemu kejayaan. Yang penting niat; target. Lepas kita lepaskan anak panah… kita tawakkal. Allah lebih tahu apa yang patut kita dapat dan ingat… Allah bagi pasal Dia nak kita berjaya… ingat tu.” (E.A.,2017)

Memang bila kitani fikirkan semua benda macam inda ngam pada tempatnya, rasa macam stress lah kan. Apa yang tani mau, inda semestinya tani dapat. Yess, kechiwa lah jawabnya tapi tunggu sat… adakah kitani sudah menilai disebalik semua atu? Wah, buat aku termenung panjang. Inda semena-mena lapas atu, bibir pun senyum kan? Pasal tani tau semuanya bersebab. Senyum atu bukan calang-calang senyum… berjuta perasaan kena translate jadi satu senyuman. Allahu ‘alam.

P.s. macam semua yang ku tulis nada kena mengena dengan being a protagonis and antagonis kan. Hahahaha, inda menjawab point tah banar. Nasib inda keluar exam. 


RrJ

Wednesday, 23 August 2017

Promo produk be like!

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalamualai'kum WaRahmatullahi WaBarakatuh.

AARRGGGHHHHH! Apa! Bulan Ogos dah?? Blogger buat apa mereput lama-lama, almost kan hujung tahun barutah kan hapdet blog? *geleng-geleng kepala* Sebenarnya bukan apa, blogger benar-benar ada writer’s jam. I’m not sure whether it is a common thing or not if you are a writer *aku ani boleh dikira writer kah? Yalah, aku kan pandai merapu dan menyapu saja* but I’m pretty sure that it is very common to me every now and then. *hampeh, ckp ong puteh aiiihhh* Entahlah, mungkin pasal sudah berpuluh-puluh tahun, inda minum susu Dumex (now a.k.a. Dugro); yatah sel-sel otak inda lagi berapa kan berhubong. Sabo je laa~

Selamat tahun baru 2017! Ngek, bangas. Sasak tu aah. Pasal untuk this year, this is the first entry… basi pun basi lah~ asalkan blogger bahagia. Gahahaha. So how’s life? Soalan ani sudah jd macam retorik.  Inda memerlukan answer lagi. Pernahkah anda merasakan bahawa kehidupan anda tidak bermakna lagi? Mari saya tunjukkan penawarnya. Kita akan berjumpa kepada yang lagi pakar dan arif tentang masalah anda. Tak perlu lagi khawatir. Losyen halia extra pedas dan extra hangat membara ini mampu membakar lemak dari luar kulit meresap ke lubuk paling dalam sehinggakan tidak terasa ada lemak-lemak degil yang bergantungan di urat hati dan jantung!

Hehehe, kalau benarlah losyen halia ani wujud, memang sudah sekian lama ku bali and urapi pada organ-organ yang banyak ditumbuhi lemak *lemak ani tumbuh-tumbuhan kah?* dan kotoran degil yang appear pada diri ani. Yalah, kot-kot lebih ringan badan ani menghadapi situasi yang horror, gemuruh, berguruh dan berkuruh! *merepek kan lagi* Read between the lines, I think semua orang mahukan losyen halia ani kan jua? Eh, bukan, maksudku I bet banyak antara kitani mau losyen atau sabun luar biasa yang dapat menghapuskan kekotoran pada hati, kalbu, jiwa dan raga ani kan?

Hakikatnya losyen dan sabun pisin gini nada berjual di mana-mana kedai. Hatta, cari lah arah kedai menjual kosmetik atau barang mandian yang branded tahap 9 skala richter memang nada tu kena jual. *muka sedih*

Namun begitu… untuk menghapuskan kekotoran atu bukan cuma sekadar menggunakan omo cuci baju walhal free of charge bah sebenarnya benda atu. Kitani saja kadang-kadang rasa tenaga tani ani terlalu mahal untuk dijadikan bayaran untuk menyuci sisa baki hitam-hitam karat yang ada pada diri kitani. Why is that? Apalah yang membuatkan diri kitani ani angkuh banar untuk mencurahkan seciput tenaga yang pada awalnya pun bukan milik kitani… pinjaman saja ni, bro. Apasal kedekut sangat?

Zikir. Free kan? Tapi kenapa berat sangat lidah ringan lagi tidak bertulang ani untuk melafazkan bait-bait zikir husna untuk-Nya. Baca laa few lines of zikir… and Our Beloved will surely ‘cuci’ karat-karat degil melampau atu. Apalah sangat kan? Nada pakai tenaga muscle pun. Kan ucap dalam hati pun bisa kok. How easy is that? Inda perlu keluarkan duit berpoyan-poyan untuk berzikir. Tiba-tiba… tup-tup… ada yang bertanya, ‘Zikir yang mana satu yang paling effective ni? Aku mau hatiku tu suci bersih, bercilat memancar berabis umpama embun pagi disinari pantulan cahaya matahari’… Errrrr….

Mmmkay, selagi namanya zikir, selagi atu lah ea effective tu semua. Pasal bila mau redha-Nya, Allah inda minta pun bayaran satu sen pun. 0.00000000000998 sen pun Allah inda minta, anikan pula memilih zikir mana yang paling mahal untuk berzikir padanya. Na perlu tu, kawan. Allah cek harga semua atu dengan tahap keikhlasan tani, tahap usaha tani untuk mendapat chenta dan qaseh syayang-Nya. #qualityBukanQuantity Dia tidak menyerupai segala sesuatu pasal Dia cuma yang Satu! Makhluknya saja yang minta mahal-mahal ani. *if you understand what I mean* Jadi tunggu apa lagi? Apa kelas pakai sabun untuk hapuskan karat? Gunakan aja spray zikir untuk melunturkan noda-noda hitam yang berkumpul padu di organ-organ yang diinginkan. Tunggu apa lagi… lakukanlah sekarang!

P.s. Jangan jua luan men-spray urang time berzikir atu. Dalam hati pun okay bah. *Jangan teperancit bah maksudnya* Astaaa.


RrJ