RSS

Saturday, 26 April 2014

Hazelnut dan kopi

Salam indah di hari yang manis ani~ 

Teringat kata-kata dari seorang akhi yang ku hormati, "Setiap hari-hari atu, ada kelebihannya." Nasihatnya ani membuka mata sebenarnya kerana pada ketika atu aku menggunakan perkataan 'lazy Monday'. Dan memang sewajarnya kita patut sedar, sedangkan kekasih kita; Nabi Muhammad s.a.w., lahir pada hari Isnin. 

Kenapa ku lakar perkataan kopi di sini? Tiada makna lain sebenarnya, hanya the fact that diri ani sangat menyukai minuman tersebut, tidak kiralah apa flavournya sekali pun. Banyak manfaat kopi sebenarnya, salah satunya adalah sebagai anti-oxidant tubuh kita. Banyak orang kata, minum kopi bukannya baik untuk kesihatan... Salah sebenarnya. Banyak kelebihan cuma jangan minum terlalu banyak. 

Bidang yang ku ceburi... salah satu cabang sains, Biology. Mungkin dari dulu lagi ku meminati this particular subject and just recently, aku cuba mencuri nasib dengan sastera. Aku bukanlah seorang yang kreatif malahan fikiran ku terlalu logik untuk menafsir sesuatu yang tidak ku nampak dengan mataku... Namun begitu, harapan memang ada untuk start menulis tapi lihatlah macam mana.. 

Btw ni ada dua laman sesawang mengenai kopi ---> 
1. http://www.popsci.com/science/article/2013-02/why-coffee-good-you-here-are-7-reasons
2. http://www.hsph.harvard.edu/nutritionsource/coffee/

RrJ

Wednesday, 23 April 2014

Coklat Hijau Hazelnut dan aku

Mungkinkah ada makna disebalik tajuk yang ingin ku sampaikan? Sebagai mukaddimah blog yang ku tulis ani, ada nukilan yang ingin ku tulis di sini:

Jauh angan insan seperti ku;
dalam diam menyimpan berjuta harapan;
kelu lidah tunduk malu;
kerana hanya Dia yang mampu..

Tiap mentari menjenguk jendela;
tenggelamlah bulan masanya beradu,
titipan doa mendamba cita;
menambah langkah mengadap rindu-Nya..

I think I should introduce myself, dengan umur maybe setahun jagung, masih lagi jauh perjalanan ku untuk meraih cinta-Nya. Dalam blog ani ada kemungkinan, akan ku muatkan coretan hati sama cerpen, or even novel dikala bosan melanda diri.

Apa-apa pun, apa yang ku tulis, mungkin ada kebersamaan dengan orang yg betol-betol exist tapi ingin di sini ku memohon maaf, bukan di sengajakan... 

Salam Ukhuwah,
RrJ